[VIDEO] Legoland: The Lego Movie 4D A New Adventure satu tarikan terbaru yang perlu ditonton di Legoland Malaysia!
10:07:00 AM
Hari jumaat lepas, kak fink berkesempatan sama sama menonton tayangan terbaru untuk The Lego Movie 4D A New Adventure di Legoland Malaysia..meriahhh sangat masa tayangan eksklusif ni..mana tak nya majlis bukan sahaja bergabung dengan pihak Legoland malah juga bersama sama dengan kehadiran tetamu kehormat daripada Pelancongan Malaysia..
Kami disambut dengan maskot karektor lego yang comel comel di depan pintu masuk Studio 4D Legoland..anak anak kak fink berpeluang untuk bergambar dengan mereka masa ni..suka lah budak budak tu dapat amik gambar dengan maskot dari karektor lego yang comel comel tu..sebelum tayangan bermula, anak anak boleh membina lego Unikitty di luar teater dan juga boleh makan pop corn yang disediakan..
Semua kena pakai cermin mata ni untuk kesan 4D yang real dan rasa macam depan mata jer korang menonton tu nanti hahahahaha.. serius anak anak dah teruja masa ni..eh bukan anak jer..kak fink dan suami pun sama..masa korang tengok cerita ni, bukan jer dapat tengok macam kesan 4D yang macam depan mata tu tapi juga akan rasa angin yang kuat masa babak naik roller coaster tu..korang juga akan rasa air turun dari atas..realll betul betul..4D dia memang terbaik..
Majlis perasmian untuk The Lego Movie 4D A New Adventure hari itu dirasmikan dan diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab selaku Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia..kalau korang nak tahu, sekarang ni Legoland Malaysia ada buat promo eksklusif untuk rakyat johor tau..Setiap pembelian tiket Dewasa akan dapat percuma tiket Kanak Kanak sepanjang bulan Mac dan April 2016..
Perghhhh untung sangatttt ni orang johor..untuk yang bukan rakyat johor, jangan la sedih..korang juga boleh membeli tiket secara online di website www.legoland.my . Dengan setiap pembelian 1 tiket dewasa, korang akan dapat potongan sebanyak 50% untuk tiket kedua..sila beli tiket lebih awal ya..sekurang kurangnya 3 hari awal sebelum nak ke Legoland..
Mesti korang nak tahu apa sebenarnya The Lego Movie 4D A New Adventure ni kan..Movie ni merupakan penggabungan semula bintang bintang dalam The Lego Movie sebelum ni ke dalam satu jalan cerita yang eksklusif di Legoland..di sini peminat boleh melihat ke hadapan apa yang berlaku selepas filem blockbuster apabila Emmet, Wyldstyle, MetalBeard, Benny dan Unikitty berjumpa semula..
Mereka mendapat jemputan dari satu karektor baru yang mencurigakan iaitu Risky Business, di mana dia merancang untuk membuka taman tema yang mempunyai persamaan yang mencurigakan kepada Legoland..Apa yang terjadi selepas tu? Haa korang kena lah tengok sendiri..Kalau kak fink cerita kesemuanya nanti tak saspen la kan hahahaha..
Mereka mendapat jemputan dari satu karektor baru yang mencurigakan iaitu Risky Business, di mana dia merancang untuk membuka taman tema yang mempunyai persamaan yang mencurigakan kepada Legoland..Apa yang terjadi selepas tu? Haa korang kena lah tengok sendiri..Kalau kak fink cerita kesemuanya nanti tak saspen la kan hahahaha..
Ok la cerita jer tak guna kan..Meh nak tambah keterujaan tu lagi dengan perkongsian trailer dari The Legi Movie 4D A New Adventure yang kak fink dah tengok hari tu..besttt ok..rasa tak puas tengok sekali..rasa nak masuk balik studio dan tengok lagi hahahaha..Dulu aku pernah masuk studio ni tapi masa tu baru 3D..sekarang ni dah 4D..sebab tu aku cakap real betul bila korang pakai cermin mata tu..
Bila korang ke Legoland, pastikan korang tengok showtimes pada hari tersebut di depan studio dan rancang waktu bila korang di dalam Legoland..sebab Legoland ni besar..banyak tempat menarik dalam ni tapi jangan sampai terlepas waktu tayangan tu nanti..dah sampai Legoland mesti kena ke Studio 4D yang terletak bersebelahan jer tengan Observation Tower..dari pintu masuk tu..korang jalan dan tuju ke kanan..terusssss jer ke belakang..dari depan tu dah nampak Observation Tower tu..so korang tuju ke arah tu je ya..
Bulan 3 ni cuti sekolah kan..jom ajak ramai ramai ajak ahli keluarga terutamanya yang ada anak anak kecil tu datang ke Legoland dan tengok The Lego Movie 4D A New Adventure ni..mesti anak anak korang pun akan rasa nak tengok banyak kali..seperti yang aku cakap di atas, kesan 4D dia tu reallll sangat..anak anak kak fink suka masa adengan naik roller coaster dan tembak tembak tu hahahahaha..macam diaorang pulak dalam movie tu..
Sempat kami bergambar kenang kenangan dengan Emmet dan Wyldstyle di luar Studio selepas tayangan eksklusif hari tu..comelnyerrrrr...ramai tau beratur nak amik gambar dengan mereka..tapi nasib baik kiteorang dapat jadi orang yang pertama masa beratur tu..excited sangat bila nampak Emmet dan Wyldstyle dari jauh hahahaha..mama memang selalu lebih excited dari anak..
Ok ni kak fink kongsikan harga sekiranya korang nak dapat kan promo Buy 1 ticket and Get 50% Off The Second..ni hanya valid untuk pembelian online via website Legoland je tau..so kalau korang nak jimat..cepat cepat plan dan beli tiket secara online lebih awal..jangan beli dekat dekat tarikh nak pergi sebab tiket ni valid untuk pembelian sekurang kurangnya awal 3 hari ok..
Online Ticket: www.legoland.my
Instagram: www.instagram.com/legolandmalaysia
Facebook: www.facebook.com/legoland.my
stay tune tau..
3 828 PinKy PinKo say Hi!
wow bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteBawak budak2, sonok..haritu gi berdua dengan asben, rasa kurenggg pulak..
ReplyDeleteSuka hulubalang kak diyaa.nad baru p sekali
ReplyDeletePlease have some respect and be courteous when you comment in my blog =)
Thanks peeps!