Followers

Mr. Tuk Tuk Sunway Pyramid: Menu Thai yang Sedap dan Air kopi dan Green Tea Thai yang KAW!

3:05:00 PM

Siapa sini suka menu masakan Thai? Kak fink suka oii sebab menu makanan Thai ni kan cukup pedas dan cukup masam kan..Tu baru menu makanan..Belum lagi menu air..Kak fink dah cuba dah di cawangan terbaru Mr. Tuk Tuk di Sunway Pyramid baru baru ni..Kedai ni baru jer dibuka..Kiteorang orang pertama yang merasmikan kedai hari tu huhuhuhu..


Suka dengan dekorasi Mr. Tuk Tuk ni sebab memang ada Tuk Tuk di depan restoran..Comel sangat ni..Siap boleh posing haaa..Korang kalau cari tempat berbuka dekat mana hari ni..Boleh lah terjah Mr. Tuk Tuk Sunway Pyramid ni..Kaki kaki instagram tu meh lah cuba..Dah lah cantik untuk bergambar..Makanan dan minuman yang disajikan pun terbaik..Tak percaya? Haaa tunggu dekat bawah..Banyakkkk gambar nak kongsikan dengan korang..



Ni menu pertama yang kak fink cuba hari Phat Thai RM8.80..Pedas tau tapi sedap..Kalau rasa bosan nak makan nasi, boleh cuba Phat Thai ni..Macam kuew teow halus halus tu..Siap dengan serbuk cili dekat tepi tepi tu haaaa..Sila gaulkan dan makan..Perghh terangkat! Jujur ni antara menu yang kak fink suka di Mr. Tuk Tuk..Kalau tak tahan pedas, tak payah campurkan serbuk cili tu tadi ok..


Tomyam Fried Rice RM8.80..Kak fink suka nasi goreng dekat sini sebab tak berminyak..Sesetengah tempat nasi goreng bila kita makan macam berminyak kan..Yang ni tak.. Sedang elok jer masakannya.. Tak pedas sangat..Ok jer masam masam sikit..


Thai Special Platter..Ada 2 sets tau untuk platter tau..Harga hanya RM23.80..Sedappppp la satay niiii..Platter set ni tak de nasi tau..Tapi ada satay yang super sedap..Satu set platter lagi tu ada chicken wings..Korang pilih la yang mana korang suka nak makan..Gambar Thai Special Platter ni kak fink ada kongsikan di bawah entry ni ya..


Thai Pomelo Salad RM11.80..Yang ni buah bali tau..Cara nak makan tu, korang kena gaulkan semua bahan bahan tadi dan dah boleh dimakan..Untuk yang tak biasa makan, memang rasa pelik sikit..Tapi tak cuba tak tahu kan..Korang cuba lah..Memang lain dari yang lain ni..Pedas, masam, manis dan sikit rasa pahit buah bali tu, semuanya terasa dalam 1 hidangan ni..


Seafood Tom yam RM11.80..Kalau pergi kedai thai, tak makan tom yam rugi lah kan..Alaaa sedap sangat ni..Tom yam dekat Mr. Tuk Tuk ni ada banyak jenis tau..Tom yam chicken RM8.80..Tom kha pun ada..Tom kha ni kuah dia putih..Tom kha seafood RM11.80 dan Tom kha chicken RM8.80..


Mr. Tuk Tuk Set Menu ni ada 4 jenis..Harga untuk satu set ni hanya RM17.80..Murah kan..Banyak ok dalam set ni..Boleh share..Kak fink pilih yang ada ayam pandan, salad mangga, crispy fish fillet dan semestinya ada nasi..Kak fink rasa memang kena repeat lah dekat sini lagi..Haihh teringat ingat..


Fried Kangkung sedapppp sangat..Crunchyyyy okk..Dip dengan sos tu pun sedap..Makan macam tu jer pun sedap juga..Harga 1 set ni cuma RM9.80 jer uols..Puas hati lah makan..Memang rangup sangat sangat..Anak anak korang mesti suka sebab macam makan keropok..


Fried Glass Noodle RM8.80 sahaja...Yang tak nak makan nasi tu boleh cuba noodles ni..Siap ada udang udang tu haaa..Panas panas tau diaorang hidang set ni..Siap dalam kuali tu terus hidang..Kena hati hati nak makan yer..Sebab kuali tu panas hahahaha..Ni pengalaman sendiri..Ingatkan kuali tu deco jer..


Fried Chicken Wings ni di hidang sekali dengan Tomyam RM8.80.. Sos tu pedasssss tapi sedap.. Makan mananan thai kalau tak pedas, memang tak best lah kan..Lagi pedas..Lagi Sedap..Korang boleh cuba nanti ya..


Lab Kai RM9.80..Ni untuk peminat peminat ulam ulaman..Boleh lah order Lab Kai ni sekali ya..Mana tahu korang nak makan dengan set nasi dan tom yam tu..Teringin nak makan ulam ulam pula kan..Pilih jer Lab Kai ni ok..


Thai BBQ Lamb RM11.80..Siap dengan sos tu sekali..Lembuttttt...Try juga la rasa satu hari tu sebab aku kan tak makan kambing hahahaha..Tapi bila makan tu sukaaaaaaaaa sebab tak bau kambing pun korang..Terutama yang tak suka makan kambing macam kak fink tu, haaa kena cuba..Sebab aku boleh makan kambing yang ni hahahaha..Sukaaa!


Taco ni memang didatangi dengan 3 ketol macam ni..Bukan tepung pelita tau hahahaha..Jangan keliru pula..Bawah tu macam agar agar ada jagung jagung sikit..Pencuci mulut yang sedap di Mr. Tuk Tuk..Harga? Cuma RM6.90 untuk 3 ketol Taco ni..


Siapa sukaaaaaaaaaaa? Mango with sticky rice! RM7.90 sahaja..Pencuci mulut yang paling orang cari rasanya kan..Korang nampak tak betapa banyak aku makan malam tu hahahaha..Pengsannnn! Semua sedap..Semua kena rasa baru boleh share dengan korang kan..Yang mengidam nak makan pulut mangga tu cari jer dekat Mr. Tuk Tuk ya..


Yang ni Water Chesnut (Red Ruby) in Coconut Cream..Cuma RM7.90 sahaja korang..Rasa dia macam lemak lemak dengan air kelapa tu..Sedappp..Yang ni first time cuba di kedai makanan Thai..Sebelum ni macam tak pernah jumpa jer..Tapi dekat Mr. Tuk Tuk, kak fink dapat rasa..


Ni Thai Coffee Ice Blended..Korang boleh pilih sama ada nak kopi panas atau pun sejuk..Kak fink haruslah pilih ice blended! Cukup kaw..Cukup lemak..Aiyohhh tak boleh bayang..Kecur dah haaa..Kena repeat lagi..Green Tea dia pun korang kena cubaaaa! Pekat kaw juga..Aku sampai terminum 2 jenis air malam tu hahahaha..Air dia sedap..Tak boleh tak minum..Mesti nak minum juga


Ni haaa baru sebahagian gambar yang kak fink kongsikan dengan korang..Sebenarnya banyak lagi menu yang kak fink makan..Gambar gambar di atas tadi tu semuaaaanya yang kiteorang makan..Ya Allah sampai terpaksa kongsi kongsi sebab dah terpenuh sangat perut..Malam tu siap susah nak tidur ok sebab kenyang sangat hukhuk..


Kak fink kongsikan antara menu menu dan harga untuk setiap hidangan yang ada di Mr. Tuk Tuk..Bagi kak fink, harga tu sesuai dengan menu yang korang pilih kan..Berbaloi lah..Buat masa sekarang ni, pihak Mr. Tuk Tuk tak ambil reservation tau..Sesiapa yang nak berbuka dekat sana bulan Ramadan ni boleh lah datang awal sikit..Yer la takut penuh nanti kan..Datang awal lepak lepak sana dulu yer..


Ni lagi satu nak kongsi dengan korang..Dengan setiap pembelian nasi, noodle ataupun meal set, korang dapat beli dan rasa Tomyam, Green Curry dan Thai Ice Tea Ice cream ni dengan harga RM1.00 sahajaaaa...Paling suka Thai Ice Tea Ice Cream tu sebab terasa kepekatan teh tu..Korang kena cuba tau..Memang lain dari yang lain..Promosi ni tamat 30 Jun 2016 ni..



Kami yang kekenyangan malam tu hahahaha..Semua happy sebab menu menu yang disajikan oleh Mr. Tuk Tuk memang sedap sangat sangat..Jemput datang ke cawangan terbaru Mr. Tuk Tuk di cawangan Sunway Pyramid ya..Segala details kak fink kongsikan di bawah ni..Mana tahu lepas ni nak bawa family cuba makanan Thai di sini pula kan..Highly reccomended!


Mr. Tuk Tuk Sunway Pyramid
Alamat: LG2.27 Sunway Pyramid (opposite Cold Storage)
Telefon: 03-5612 5738

Instagram: @mrtuktuk_my

selamat mencuba tau korang..



You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Memang nak kena repeat hehehe sedap sangat 😍

    ReplyDelete
  2. Aduhaii sedapnya lah nengok juadah kat sini..tapi pikiq nak tempuh jem tu..rasa bercinta lak nak kesana

    ReplyDelete
  3. fav kalo thai food...alhai jauhnye nk ke sunway hehe..dh la promo smp akhir bln je...ada kesempatan bole la terjah...dessert fav pulut mangga & red ruby kalo pegi restoran thai...air tu menarik juga tu..1st time dgr eskrem perisa tomyam...unik

    ReplyDelete
  4. Merecik tgok gambar...best la Diya Makan sedap selalu

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!