Followers

Restoran Nelayan Titiwangsa Gombak: Buffet Ramadhan Steamboat hanya serendah RM35.00 sahaja untuk dewasa

11:48:00 AM

Kalau korang nak berbuka puasa dengan steamboat, boleh lah ke Restoran Nelayan Titiwangsa di Gombak..Kak fink first time datang sini..Tempat ni cantik..Ala ala romantik gitu..Yang penting tak mahal pun untuk korang berbuka di luar bersama family tersayang..Yer lah dari serendah RM35.00 untuk dewasa dan kanak kanak yang berumur 7 tahun hingga 12 tahun hanya perlu membayar separuh daripada RM35.00 tu tadi..6 tahun ke bawah percuma jer uols..


Hulubalang dah tak sabar nak main celop celop dengan steamboat yang ada atas meja tu hikhik..Korang boleh pilih sama ada nak tomyam ataupun sup..Kak fink pilih sup hari tu..Bagitahu jer staff dia korang nak apa ya..Nanti diaorang akan hidupkan dapur tu dan letakkan kuah sama ada korang nak sup ataupun tom yam..


Taraaaaaaaaaaa..Tempat paling orang suka rasanya..Kambing bakar pun ada..Kambing ni akan dipotong dan dimasak lagi sekali atas dapur macam buat kebab tu..Untuk pengetahuan korang kambing ni ada upon request jer..Kalau ada event ataupun private function yang ingin diadakan di sini..Kalau tak, tak de kambing ni ya..RM35.00 tu hanya untuk steamboat jer..


Ni antara bahan bahan steamboat yang sempat kak fink ambil..Banyakkkkkkk tau pilihan di sini..Ketam, udang tu semua ada cuma kak fink tak ambil lah semua..Kang membazir kan..So kita ambil sikit sikit dulu..Kalau tak cukup, baru ambil lagi sekali..Ohh yaa, akan ada bayaran yang akan dikenakan untuk makanan yang diambil tapi tidak dihabiskan ya..So sila ambil sikit sikit dulu kalau tak nak kena charge tambahan hihi..



Mula mula cadang nak main bakar bakar jer tapi terasa lambat pula bila nak bakar bakar ni..Dalam 10 minit lepas tu, kak fink decide untuk rebus jer lah senang hahahahaha..Sup tu sedap juga..Sambil sambil tu kalau korang tak nak hirup sup, korang boleh jer cicah dengan sos yang disediakan ya..Steamboat ni korang tak boleh makan sekali arong banyak banyak kan..Kena makan sikit sikit baru tak senak sangat perut..


Selain steamboat yang disediakan, ada juga beberapa lauk pauk yang korang boleh pilih untuk dimakan dengan nasi..Yer la setengah orang tak boleh makan steamboat jer kan..Nak kena ada nasi juga..So jangan risau..Ni antara beberapa pilihan lauk pauk kampung yang korang boleh cuba..Sambal sotong tu sedapppp!


Ulam ulaman dan kerabu pun ada..Sambal belacan tu semua pun ada..Baru lah kena dengan lauk pauk kampung tadi tu kan..Masa kak fink datang ni, ada nasi putih dan nasi goreng disediakan..Tapi kak fink pilih nasi goreng..Lepas tu dilawankan dengan sambal sotong..Terbaik oii gabungan tu..Nak makan lauk lauk lain takut terkenyang sangat sebab dah plan nak makan steamboat kan..


Dalam banyak banyak menu yang disajikan ni yang terpalinggggggg suka...Kak fink tak sure ni ayam atau ikan..Tapi memang sedap..Makan macam tu jer..Rasanya ramai juga suka sebab cepat betul habisnya hahahaha..Nasib diaorang top up menu ni, so sempatlah kak fink repeat kali kedua..Kembar pun suka nak kunyah kunyah..


Pilihan buah buahan yang disediakan di Restoran Nelayan..Jangan risau kurma pun ada mereka sediakan siap siap di meja nanti..Korang tinggal bangun nak ambil pilihan steamboat yang korang rasa nak makan jer..Janji jangan membazir..Jangan sebelum buka ambil penuh meja tetiba tak makan huhuhu..Nanti kena charge!


Air panas dan sejuk juga disediakan untuk semua..Tapi air panas staff dia dah siap siap letak atas meja..So kalau korang jenis tak minum air sejuk, tuang jer jug air panas yang diletakkan atas meja tu..Air sejuk jer korang kena ambil sendiri..So far yang kak fink pergi hari tu, ada satu jer pilihan air..Ok lah dengan harga yang dibayarkan..Kiteorang disajikan dengan air kedondong..Sedap! Masam masam manis..


Sebelum makan steamboat, kami berbuka dengan nasi goreng dan sambal sotong tu dulu huhuhu..Suap kembar siap siap bagi kenyang dulu kan..Baru mak mampu makan dengan tenang..Kalau korang tak nak makan nasi goreng, nasi putih pun disediakan..Pilih jer korang nak makan nasi apa..


Surau disediakan..Untuk wanita, kak fink cadangkan korang bawa telekung sendiri ya..Surau luas sebab dia jadikan dewan tu sebagai surau..Cuma tempat ambil wudhuk agak kecil sikit..So kak fink cadangkan, kalau korang tak nak berasak dengan orang..Lepas jer orang azan, berbuka dulu dengan kuih atau kurma ke..Lepas tu terus solat..Tak lah berebut rebut nanti kan..Untuk keselesaan sendiri juga..


Restoran Nelayan Gombak
Alamat: Lot 1183, Batu 8 3/4, Gombak
Waze: Nelayan Restaurant

Harga Buffet Dewasa: RM35.00
Harga Buffet Kanak Kanak 7-12 tahun: 50% daripada Harga Dewasa
Bawah 6 tahun: Percuma

Telefon: 013-296 7228 / 012- 375 4982

selamat mencuba korang!
saper teringin nak makan steamboat, boleh cuba di sini ya..



You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!