Followers

Claire Organics: DIY Skincare sendiri dengan bahan bahan semulajadi yang selamat digunakan untuk kulit sensitif!

9:41:00 AM

Kak fink berkesempatan hari tu untuk sama sama dalam satu workshop untuk DIY Skincare In Your Kitchen bersama Claire Organics..Sebelum ni memang kak fink tak pernah buat sendiri skincare menggunakan bahan bahan yang organik tapi hari tu dapat buat sendiri hihi..Yang penting bahan bahan skincare tersebut selamat untuk digunakan..


Kami diberi kertas setiap seorang untuk letak kan bahan bahan sendiri..Yang bestnya, bau tu kiteorang ada option nak letakkan bau apa..Macam aku memang suka bau rose so kebanyakan skincare yang aku buat, aku letakkan haruman rose hihi..Rasa tenang jer..Ada juga bau lavender untuk sesiapa yang tak suka rose..


Dah siap siap disediakan satu kotak yang mengandungi pelbagai saiz botol dan bekas untuk simpan  skincare yang akan dibuat..Antara skincare yang kak fink cuba hari tu adalah Calming Pillow Mist, Whitening and Exfoliating Facial Mask, Relaxing Floral Bath, Hair Darkening Coffee Spray, Whitening Facial Mist, Room Freshner Pouch, Aromatheraphy Natural Perfume dan Anti-Blackhead Facial Mask..


Ni kak fink tengah buat Whitening Exfoliating Mask..Sejukkkk jer bila letak dekat muka tau..Korang cuba lah nanti..Bila pergi kedai Claire Organics ni boleh la tanya staff diaorang untuk minta bahan bahan kalau korang nak buat juga skincare macam kak fink ni..Senang kan? Lepas ni boleh buat sendiri dekat rumah jer..Jimat masa!


Yang ni pula Relaxing Floral Bath Salt..Siap ada rose petal lagi hikhik..Maklum suka suka betul roses kan..Boleh jer nak pilih bunga lain tapi tak nak hahahaha..Nak rose juga..Nampak berseri sangat bath salt ahkak kan..Macam mana nak guna bath salt ni? Senang jer..Just campurkan dengan air suam, kemudian korang boleh lah rendamkan kaki korang dalam air tu..Kalau tak nak rendam kaki, boleh juga buat mandi ya..Ikut lah korang suka macam mana..Spa di rumah gituuu.



Kalau korang pun teringin nak beli produk produk Claire Organics ni datang jer ke kedai Claire Organics yang terletak di Sunway Pyramid..Ada pelbagai skincare yang korang boleh beli pada harga mampu poket..Kalau rasa nak buat skincare sendiri tapi tak tahu nak beli bahan bahan tadi di mana, di sini pun korang boleh dapatkan bahan bahannya..Essential oil jer dah banyak sangat pilihannya..Antaranya lavender, rose geranium, sweet orange, lemongrass, eucalyptus, peppermint, grapefruit, tea tree, ylang ylang, lemon, bergamot dan sandalwood..Tapi haruslah kak fink pilih rose geranium hihi..


Ada lipbalm, sabun, essential oil, perfume dan banyak lagi rangkaian produk produk kecantikan yang dihasilkan daripada bahan bahan semulajadi..Mana la tahu korang cari minyak untuk urutan kan, boleh lah cari jer dekat sini..Pilih jer bau mana yang korang suka..Mereka yang ada masalah kulit ekzema tu kalau rasa susah nak cari skincare dengan kulit korang, boleh cuba datang sini ok..



Sebelum beli tu, memang ada tester untuk korang cuba..Sampai terpening nanti nak cuba yang mana hahahaha tapi nasib baik aku ni memang peminat rose..So senang sikit kerja aku nak buat keputusan untuk pilih yang mana kan..Asal bau rose je aku ambil hahahaha..Bau rose ni lebih soft sebab tu kak fink suka..Lavender macam kuat sikit kan so hidung aku tak berapa sesuai sangat bau yang kuat kuat ni..


And taraaaaaa..Banyakkan skincare yang sempat kak fink belajar..Hanya dengan menggunakan bahan bahan organik..Sangat sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif..Bukan kita jer boleh guna tapi boleh juga apply pada anak anak..Bahan bahan tu memang daripada bahan bahan semulajadi seperti lemon juice, essential oil, black coffee, floral water dan banyak lagi.. Memang tak de bahan kimia ya..


Selain daripada produk yang kak fink buat hari tu, kak fink juga bawa balik beberapa produk daripada Claire Organics yang memang dah siap di buat dan dijual di kedai ni..Nak tahu kak fink pilih produk mana? Ni antara yang kak fink pilih dan berkenan di hati hihi..Ada Anti-Cellulite Body Scrub, Anti-Wrinkle, Rosehip Face and Body Oil, Enchant Perfume Oil dan Essential Oil Rose Geranium.. Paling suka oil perfume daripada Claire Organics ni sebab bau macam masuk spa..Tenangggggnyerrr..


Instagram: @claireorganics

Alamat: 
Kiosk Lot K004, F-Floor Sunway Pyramid Shopping Mall, 
Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor

yang suka kan produk semulajadi dan spa di rumah boleh cuba ok..
Claire Organics sekarang dibuka di cawangan terbarunya di Sunway Pyramid



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!