­
Pinky Momma

Followers

Resepi Sambal Sotong Kering Sedap

4:36:00 PM

Siapa sini suka makan sambal sotong kering? Rumah ni memang peminat sambal sotong kering. Sampai ke kembar tu suka sambal ni. Kalau buat sambal sotong biasa ke atau sambal udang ke, diaorang lagi suka sambal sotong kering juga..Ni kalau gabung makan dengan nasi lemak lagi sedap kan..

Setiap kali pergi NSK mesti pergi dekat area sotong kering ni wak..Yer lah dah anak anak suka kan..Mari lah mak masak. Sambal dalam rumah ni macam pembuka selera gitu..Plus sambal sotong kering ni lagi korang panaskan, lagi sedap tau rasa dia..Dulu sempatlah panas panas tapi sejak kembar suka juga ni memang habis terus wak hahahahaha..Harapan lah dapat simpan tu..

Bahan bahan yang diperlukan:
  • Sotong kering
  • Cili kering yang dikisar
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Belacan (Ni option kalau suka)
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula

Cara cara menyediakannya:
  • Sotong kering tu korang kena rendam dengan kapur. Ada jual dekat kedai. Rendam semalaman
  • Basuh bersih bersih sotong tadi dengan air sampai hilang bau kapur tu ya
  • Kisar bawang merah, bawang putih, belacan, cili kering yang dah direbus tadi
  • Tumis bahan bahan kisar tadi sehingga garing
  • Letak gula untuk mempercepatkan sambal tu garing..1 sudu gula dah cukup
  • Masukkan sedikit air asam jawa (1 mangkuk kecil macam tu)
  • Lepas dah garing, masukkan sotong tadi dan kacau sehingga masak
  • Perasakan dengan garam.



Taraaaaaa dah siap..Sambal lah paling senang nak buat wak..Lepas tu goreng sayur sebagai pelengkap hidangan.. Settle kan..Tapi rumah ni sayur tak laku. Kalau lauk macam ni, diaorang lagi suka telur dadar..Sayur tu selalu mak ngan pak jer makan ahahhahaha..Kalau rasa nak buat banyak, banyakkan lah cili kering tu ok..So boleh panas panaskan..Tak lah kering sangat ye dak?


korang buka apa hari ni? kakak dah buntu nak masak apeni hukhuk..
rasa nak buat tom yam jer lah..nak hirup hirup gitu..



You Might Also Like

5 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. sambal sotong kering ni xbrp suka tp bole la mkn hehe

    ReplyDelete
  2. amboi amboi sakan masak weh! hahahaha...semua hulubalang mmg suka makan pedas ke?

    ReplyDelete
  3. Hahaha lama xjengok ye kak asek mbawang kat whsap je hahahah btw sy suka sotong basah tu jg xmo yg keeing ni! Xmo! HAHAHA eh knapa dia ni? HAHAHA bye kak saket perot

    ReplyDelete
  4. boleh suruh bini try masak nih.

    lama dah mengidam.

    ReplyDelete
  5. alamak. baca entri ni pagi2 puasa pulak.aiyoo..telan air liur je lah.

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!