Swiss Dream Circus Yang Menghiburkan di Desa Park City sehingga 22 Oktober 2017
10:55:00 PM
Jumaat lepas kak fink berkesempatan untuk menonton sendiri persembahan circus daripada Swiss Dream Circus yang sekarang ni tengah diadakan di Desa City Park. Ni pengalaman pertama aku dapat tengok sendiri sarkas depan mata. Korang dah pernah pergi belum? Kalau belum lagi, masih ada masa sebab sarkas ni sehingga 22 Oktober 2017 ya..
Kredit Gambar dari Joshua Gasper untuk 9 Inch Tales
Kalau dulu Swiss Dream Circus ni diadakan di Mutiara Damansara pada tahun 2014 dan juga 2016, kali ni pada tahun 2017, lokasinya telah ditukar ke Waterfront Desa Park City. Jangan risau soal tempat letak kereta sebab kawasannya luas dan boleh memuatkan banyak kereta. Tak perlu berjalan jauh pun dari car park nak ke sarkas ni..Dekat jer..
Kak fink dapat seat di bahagian C. Memang betul betul center hikhik..Nampak jelas dari kerusi. Kami start masuk pukul 8.00 malam. Circus mula dalam jam 8.30 malam. Yang penting selesa dalam tu. Yer la pastinya berhawa dingin dan ada jualan di bahagian luar tu untuk korang beli makanan ataupun minuman ketika menyaksikan sarkas. Yer boleh bawa makanan dan minuman masuk..
Persembahan pembukaan pada malam itu dimulakan dengan persembahan daripada Clown Andre. Sekali tengok macam tengok Mr Bean pun ada ahahahaha..Comel la Clown Andre ni. Memang menghiburkan. Dia tak perlu bercakap pun dah rasa terhibur. Rupanya Clown Andre merupakan salah seorang badut yang terkenal di Eropah..I must said malam tu, persembahan daripada Clown Andre yang paling dinanti kan..
Kredit Gambar dari Joshua Gasper untuk 9 Inch Tales
Gabungan pasangan muda daripada Ukraine, Uliana dan Andrii ini memang memukau para penonton juga..Antara persembahan yang dipamerkan oleh mereka adalah menerusi persembahan kasut roda dan hula hoop..Bukan senang kan nak berpusing pusing dengan menggunakan kasut roda tu. Kalau kita mesti dah tergelincir hahahahaha..Korang kena tengok sendiri tau..
Kredit Gambar dari Joshua Gasper untuk 9 Inch Tales
Kredit Gambar dari Joshua Gasper untuk 9 Inch Tales
Hebat sangat mampu memusingkan gelungan tu serentak. Satu badan bergoyang ahahahaha..Yang penting tak jatuh pun. Berapa lama agaknya dia berlatih ni..Korang bayangkan gelungan yang sebanyak gambar di atas tu mampu berpusing serentak. Kita terkejut juga lah tengok dia berpusing tu..Keseimbangan badan dia memang dasyat..
Kredit Gambar dari Joshua Gasper untuk 9 Inch Tales
Antara persembahan lain yang ada lagi pada malam tu adalah persembahan solo daripada Andrii Maslov. Balingan bola sebanyak 7 biji secara serentak sambil menari tu memang kagum lah..Ada masa nya dia buat balingan bola dari arah belakang ahaahahahaha. Selain daripada bola, imbangan Andrii Maslov jalan dengan menggunakan tangga juga antara kekuatan persembahannya..
Kredit Gambar dari Joshua Gasper untuk 9 Inch Tales
Persembahan daripada Elli Hubber dari Australia ini mempunyai kepakaran dalam menghayunkan buaian tu memang dasyat. Tinggi betul. Dah berhayun tu satu hal. Dia boleh berpusing pusing dekat atas tu haaa..Eh seram pula kita yang duduk dekat bawah ni..Lagi satu yang menarik tentang Elli ni adalah suara dia dalam menyanyi tu..Sedappp oii suara dia..
Persembahan akrobatik daripada duo Anastasiia dan Oleksii juga mempunyai daya tarikan tersendiri. Paling seronok nak tengok tentang persembahan diaorang ni bila Anastasiia tu berpusing pusing dan terbang ke atas. Setiap kali dia berpusing dengan Oleksii mesti pengunjung bagi tepukan dan sorakan yang kuat..
Kredit Gambar dari Joshua Gasper untuk 9 Inch Tales
Kalau korang teringin juga nak tengok circus depan mata, boleh lah ke Desa Park City ya. Tiket bermula daripada RM39.00, RM49.00, RM67.00, RM78.00, RM105.00, RM129.00, RM149.00, RM159.00, RM169.00 dan juga RM199.00. Harga berbeza mengikut tempat duduk. Pilih lah yang mana mengikut bajet korang ya..Ni kak fink kongsikan sedikit video daripada Swiss Dream Circus
Klik 'Play'
Kredit Gambar dari Joshua Gasper untuk 9 Inch Tales
Tiket boleh dibeli di myticket.my dan juga dengan menghubungi hotline yang beroperasi waktu pejabat di talian 03-8076 6700 / 6500. Tunggu apa lagi. Dah nak sampai ke minggu terakhir Swiss Dream Circus ni berada di Malaysia. Kalau korang nak rasa pengalaman macam kak fink rasa boleh lah tempah tiket ke sana sekarang ni..
Website: www.swissdreamcircus.com
Facebook: www.facebook.com//swissdreamcircus/
Instagram: @swissdreamcircus
Tempahan Tiket: www.myticket.my
Hubungi: 03-8076 6700 / 6500
just right on time..yayyy!
1 828 PinKy PinKo say Hi!
wow... menaiknya! happening
ReplyDeletePlease have some respect and be courteous when you comment in my blog =)
Thanks peeps!