Followers

5 PizzArt Baru Yang Korang Kena Cuba Daripada Anchor Food Professionals

7:44:00 AM

Hari tu kan aku berkesempatan untuk merasai 5 Pizza unik yang dibawa khas oleh Anchor Food Professionals. Kebiasaannya kita akan makan pizza yang berbentuk bulat dan dihiasi dengan cheese di atas nya betul tak? Tapi kali ni macam macam bentuk pizza ada. Sebab tu lah ianya dipanggil PizzArt..Setiap PizzArt mempunyai bentuk dan rasa yang lain daripada pizza yang pernah kita rasa



Aku kongsikan kesemua 5 PizzaArt yang kami semua berpeluang makan hari tu. Yer kena makan semua ya. Fuhh kenyang yang amat masa ni. Tapi sebab aku memang peminat cheese, ok jangan lepas kan peluang ni. Mari kita cuba. Mula mula hebat lah boleh makan satu PizzArt tu sorang sorang. Tak nak kongsi haha. Tapi bila dah masuk yang kedua, ketiga, keempat dan kelima huwaaa perut dah kenyang sangat. Mari kita kongsi jer kawan kawan


Ok jom aku kongsikan dengan korang:

1. Deep Cheese Pizza
Yang ni paling aku suka. Sos dan cheese tu bila bergabung memberikan rasa yang cukup sempurna. Nama pun Deep Cheese. Huwaaa cheese dia memang meleleh habis. Terbaik lah Anchor Cheese ni. Ianya menggunakan Anchor Mozzarella Cheese and Anchor Colby and Cheddar Cheese untuk menghasilkan Deep Cheeze Pizza ini. Doh ditepi pizza tersebut, menjadi rangup jer lepas di bakar akan menaikkan lagi selera bila korang makan pizza ni..


2. Pizz Burger
Ianya berbentuk bulat. Dan yang ni mesti korang pun tak jangka dalam tu ada apa kan? Ada ketulan daging kambing besar ok dalam tu. Di dalam roti tu, kelilingnya telah disalut dengan Anchor Mozzarella Shredded Cheese, Anchor Colby dan Keju Cheddar, kemudian dibakar di dalam kerang ringan dengan Anchor Butter. Cheese dengan daging kambing sama sama tebal. Peminat kambing memang kena cuba yang ni..


3. Pizza Rolls
Haa ni sekali memang pizza untuk mereka yang menyukai kambing. Masa hidangan Pizza Rolls ni dihidangkan kepada kami, memang kuat betul bau kambing tu. Yang ni korang tak perlu share pun sebab bentuknya memang dah dibentukkan dalam bentuk bulat dan kecil. Sesuai untuk dijadikan sarapan pagi dan juga minum petang. Ianya mempunyai bahan bahan seperti Anchor Mozzarella Cheese, Anchor Shredded Parmesan Cheese and Anchor Colby and Cheddar Cheese, daging kambing marsala bersama dengan bayam.


4. Ultimeat Pizza
Biasanya kita makan pizza yang dibuat daripada doh kan? Tapi pernah tak korang makan pizza yang dihasilkan menggunakan sepenuhnya daging ayam? Fuhh kenyang sangat makan pizza ni. Yer la kalau doh tu tepung, mungkin kita boleh selit selit lagi dalam perut ni kan. Ni daging ayam. Memang padat betul pizza ni. Nasib la topping nya, pizza ni diseimbangkan dengan campuran sayur sayuran. Tapi tetap diletakkan Anchor Cheese sebagai pelengkap hidangan ya..


5. Cheese Pretza
Ni paling favouriteeeeeeee! Serius sedappp. Ni pizza salmon tau tapi sedap dia tak boleh nak gambarkan. Aku dengar salmon antara bahan bahannya rasa macam pelik juga. Mana pernah makan pizza ikan betul tak? Tapi yang ni memang tak pernah mengecewakan. Menggunakan Anchor Cream Cheese and Anchor Extra Yield Cooking Cream dapat memberikan rasa Pretza ini lemak lemak gitu. 


Sebelum ni aku pernah turut serta dalam kempen PizzArt yang diadakan pada Mei sehingga Oktober 2017 yang lepas tapi tak pernah rasa sebanyak dan sepuas ini dapat makan pizza. Macam macam rasa. Macam macam bentuk. Tak sangka pizza boleh dihidangkan dalam pelbagai bentuk yang unik dan rasa yang sedap kan?

Anchor Food Professionals bekerjasama dengan 18 outlet di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur sepanjang tahun ini, untuk memperkenalkan 5 jenis pizza baru yang lebih menarik. Ianya dicipta oleh Chef daripada Anchor Food Professionals sebagai satu cara untuk membantu rakan rakan mereka mewujudkan lebih banyak keseronokan dan kepelbagaian yang boleh mereka tawarkan kepada pelanggan.


kalau korang teringin nak makan juga 5 PizzArt yang aku cuba di atas tadi, boleh lah ke:
  • Klang Valley - U Pizzeria, Pizza House, Pizza 185, Havana, The Butcher's Table
  • Ipoh - Mustard Sandwich House, Food & DesirePenang - US Pizza
  • Kedah - Sky Garden Resto Bar
  • Melaka - Temasek Hotel Cafe, Hungry Bear
  • Johor - Finale Kitchen Bar
  • Sabah - The Chubs Grill and Mad Ben Café 
  • Sarawak - Chillax Café & Bistro, Osome Wood Fired Pizza and Bistecca & Bistro


nak repeat lagi lah Pretza tu..terpaling sedap antara 5 PizzArt..



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!