Followers

Set Tropika untuk ibu semasa pantang dan baby

8:20:00 AM


hari ni nak share pada korang yang akan bersalin dan menjalani rutin berpantang..
biasanyer untuk sesiapa yang lepas bersalin..urat banyak putus huhu..badan pun lenguh
mestilah rasa nak berurutkan..dan kali ni minyak kelapa dari Tropika mempersembahkan
Mommy Belly Oil, Post Natal Massage Oil dan Blackcurrant Flavour Virgin Coconut Oil..


ok kita mulakan dengan Mommy Belly Oil dulu yer..ianyer dilengkapi dengan
bahan bahan organik yang mempunyai vitamin E dan kolagen untuk ibu ibu..
sebenarnya Mommy Belly Oil ini juga boleh diamalkan dari saat kehamilan lagi..
bagi mengurangkan strech mark yang hudoh itu serta mencantikkan kulit perut kita..

hanya perlukan beberapa titik jer...very economical yer mak mak gorjes semua..
yang penting kerajinan korang menyapu di perut..bagi suami tengok cantik berseri seri
mencuba adalah satu usaha yang murni..tak gittuuu..bau pun harum sangat okeh..
seperti ada bau lemon..memang menyegarkan..aku hari hari sental perut hahaha


selain tu, untuk sesi berurut..korang boleh suruh tukang urut tu guna minyak ni..
Post Natal Massage Oil yang tentunya dihasilkan daripada minyak kelapa dara
dengan campuran ramuan herba hutan tropika yang dirumuskan khas untuk mengurut..
terutama yang baru melahirkan..amacam? masih mengekalkan ketradisionalan itu kan?

tujuan minyak ni adalah untuk memulihkan kesegaran ibu selepas mereka bersalin..
ianya akan melancarkan peredaran darah..membuang angin..mengempiskan perut..
mengetatkan kembali rahim serta mempercepatkan pengeluaran darah nifas..sukaaa!
tak de la sakit sakit pinggang nanti kan..bau dia memang ada bau herba pun..


ok itu untuk luaran..dalaman korang boleh amalkan pemakanan Blackcurrant ni..
bukan buah blackcurrant tapi Blackcurrant Flavour Virgin Coconut Oil..
antara faedah faedah yang akan korang dapat melalui VCO ini adalah seperti:
  • membunuh bakteria yang menyebabkan kurap, athietes foot dan ruam lampin bayi.
  • memberi sumber nutrisi untuk tenaga segera, meningkatkan tenaga dan stamina.
  • meningkatkan kadar metabolisma pada sel tubuh & serap sebagai tenaga dalam badan.
  • mengurangkan kadar kolestrol dan alternatif terbaik diantara minyak minyak yang lain.
  • mengawal kencing manis, pankreas lebih efisyen mengeluarkan insulin.
  • awet muda.
  • melembut dan mencantikkan rambut, menghilangkan kelemumur dan kuatkan akar rambut.
  • kulit menjadi lebih lembut, licin dan halus.
  • merawat dan membantu menyembuhkan penyakit ekzema dab dermatitis.


ada lagi satu produk untuk baby yang sangatttt menarik hatiku..even iols pun guna ok..
Baby Herbal Cream dengan ramuan minyak eucalyptus (minyak kayu putih), halia
dan herba tropika membantu melegakan perut kembung serta perut bayi yang berangin..
antara keistimewaan krim telon herba tropika ini adalah seperti di bawah:
  • krim tidak panas serta sesuai untuk kulit bayi dan kanak kanak.
  • krim mudah meresap serta tidak meleleh atau melekit bila di sapu berbanding minyak lain
  • berfungsi sebagai vicks herba bagi mengurangkan masalah batuk dan selsema.
  • sesuai untuk bayi dan kanak kanak yang berkulit sensitif dan ekzema.
  • adalah 100% produk natural..tiada alkohol mahupun steroid..jangan susah hati ok!
 bila aku pun kadang kadang rasa macam susah untuk bernafas atau ada angin..
memang suruh encit papa sapukan krim ni di bahagian kepala dan dada bagi kelegaan
baunyer pun tak memeningkan..sangat segar jer rasanyer..berangin tu buat aku suka..
bila abg long batuk pun aku sapukan di belakang dan depan dadanyer..alhamdulillah ok..


untuk produk produk di atas..harga adalah mampu milik sangat sangat..jom cek it out!
  1. Mommy Belly Oil - RM 60.00
  2. Post Natal Massage Oil - RM 65.00
  3. Blackcurrant Flavour Virgin Coconut Oil - RM 29.90
  4. Baby Herbal Cream - RM 39.90
untuk lebih lanjut..korang boleh LIKE page Facebook: Great Baby Skin

paling suka adalah Baby Herbal Cream dan Mommy Belly Oil itu..nyamannn!




You Might Also Like

15 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. jenuh nak buat list nak beli nie.... :)

    ReplyDelete
  2. yg tuk baby tu pun lin berkenan gak... =)

    ReplyDelete
  3. kalu x bersalin bole ke nk try yg blackcurrent tu?

    ReplyDelete
  4. info yang bagus. boleh lah digunakan pada masa akan datang

    ReplyDelete
  5. hoho.. minyak telon pe paling elok kak?

    ReplyDelete
  6. Coming soon kot nak cuba sis...cm best jerk...hehhehe

    ReplyDelete
  7. perghhh hebat betul ubat ubatan ko ms berpantang lg..cumel2 jerkkk..aku pantang main pakai myk panas kpg je hahahahahaha..

    lau ada rezeki nak aku belai ngan ubat2 mcm ni ..hehe doakan aku beb

    ReplyDelete
  8. Boleh inform kat adik ni coz dia tgh pregnant..hehe

    ReplyDelete
  9. thanks kak .skang blog akak jela jadi referral saya untuk pregnancy and parenting. :) mekasih tau. kalau tak kita blur2 ayam gak...

    ReplyDelete
  10. Ada sesaper yg dah try? Tolong feedback skit. .. mcmaner?

    ReplyDelete
  11. Ada saper yg dah guna products ni tak? Bg comments skit kesan dia....

    ReplyDelete
  12. Mcmaner nk order? Phone no skali?

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!