Followers

Kehamilan Kembar: Bila dua dua QD disahkan bengkak buah pinggang

9:00:00 AM


aku kalau boleh tak nak citer kisah sedih sedih dalam blog ni sebab aku tak kuat..
nanti kang baru taip..aku kat sini dah macam ribut topan meleleh leleh air matanyer huhu
tapi bila fikir balik..ni kenangan untuk anak anak aku tatap saat aku dah tua tak larat..
at least diaorang tahu..camner mama diaorang berdepan dengan setiap dugaan yang diberi

lepas aku selamat melahirkan double QD ke dunia..waktu aku boleh discaj..tiba tiba
doktor pakar kanak kanak tahan double QD untuk ke NICU..untuk cek buah pinggang
ko bayangkan..aku dah excited nak keluar..tiba tiba anak tak lepas nak bawa sekali
haruslah time time tu juga aku terpaksa ditenangkan oleh doktor yang incharge..haihh..

aku merayu untuk duduk sekali dalam NICU tu..tak sanggup nak berpisah dengan anak
cuma aku dapat duduk sehari semalam jer..sebab lepas tu aku kena attack asthma..adeh
so doktor NICU suruh aku balik rumah dan rehat..kembar biar mereka yang jaga..sedih
dengan keadaan masa tu aku baru lepas czer..doktor suruh aku balik dan rehat di rumah..

lepas seminggu dalam pemantauan NICU..double QD dapat discaj..boleh balik rumah..
tapi masih buah pinggangnyer ada pembengkakan..masalahnya melibatkan kedua dua nya
macam macam aku fikir..kuatkah anak aku dengan penyakit mereka ni? kuatkah aku juga?
memang menakutkan..dan sampai sekarang double QD dalam pantauan doktor pakar..

perkara yang paling aku tak sanggup nak tengok..bila double QD menangis sekuatnya..
saat mereka dimasukkan tiub kencing..korang bayangkan..kita yang tua ni pun sakit..
inikan pulak mereka yang masih baru lahir dulu..memang aku tak sanggup..mesti aku lari
aku akan biarkan encit papa yang handle dan berdepan dengan situasi tu..sakit sangat

lepas jer nurse tarik dan keluarkan tiub..masa tu double QD tetap menangis sekuatnya
aku peluk...ya Allah..kuatkanlah anak anak ku ini..tak pernah dalam hidup aku laluinya
dan minggu lepas masa buat scan di hospital ampang..Qalish Dariys (adik) dah kurang..
hanya masih bengkak sebelah jer..sebelah lagi dah kecut..tapi Qashif Dariys (abang)?


masih lagi bengkak kedua duanya...memang aku fobia kalau anak aku nangis jer
risau! tak tau sakit dekat mana..bila anak anak aku buang air banyak..aku legaaa..
alhamdulillah..tak pernah lagi kencing berdarah atau sembelit..pembuangan banyak
normal dan tak de apa apa yang pelik setakat ni..cuma masih perlu dipantau doktor..

hari ni aku ada check up lagi double QD di hospital ampang..harap harap ok semuanya
setiap kali check up double QD mesti aku berdebar debar..takut nak dengar result..
kembar mama..mama akan sentiasa kuat untuk kalian..sebab mama yakin kalau mama
kuat dan positif dengan dugaan ini..kalian juga akan rasakannya..moga dipermudahkan

doakan Qashif dan Qalish cepat sembuh..mereka harta kami dunia akhirat..sobs
semakin diuji..semakin aku kuat...alhamdulillah aku yang Dia pilih untuk diuji :)



You Might Also Like

28 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Insya Allah...semoga semua nyer pulih seperti biase..

    kembar mmg kuat macam mama diaorg la :)

    ReplyDelete
  2. sedih umi baca entry ni momma..pe pun umi tau momma insan yg kuat...kena kuat utk bg semangat pada double QD walaupun dia masih kecik...umi sebagai ibu boleh rasa apa yg bermain dlm pikiran momma tu...umi doakan yg terbaik utk ank momma...bykkan bersabar ye dear...huq dear...

    ReplyDelete
  3. salam twins!!
    kami doakn twins sihat selalu :)
    insyaallah

    ReplyDelete
  4. Ya Allah Pinkymomma, saya baca entri ni pun rasa nak elelh air mata. Apatah lagi pinky momma yang menanggungnya. Saya boleh rasa perasaan pinky bila mana kita sama, punya anak kembar. Apatah lagi bila cik kembar pinky mengalami masalah kesihatan. berat mata memandang, berat lg bahu memikul kan.

    walau apa pun yang berlaku, Dieyana sebagai mommie, doakan cik kembar pinky cepat sembuh, dan masalah buah pinggang mereka sembuh seperti yang normal. Moga pinkymomma tabah menghadapi ujian Tuhan yang hebat ini. Sesungguhnya, apa yang berlaku ada hikmahnya.

    Banyak2kan solat hajat, solat2 sunat yang lain, doa ibu bapa adalah yang paling dimakbul-Nya.

    ReplyDelete
  5. Ya Allah semoga ur twin takder apa2.. Amin... hope u kuat sis...

    ReplyDelete
  6. semoga kembar Q cepat sembuh dan akak bertambah kuat dan tabah demi kembar Q

    ReplyDelete
  7. Qashif dan Qalish mesti kuat! mcm mama dia..

    ReplyDelete
  8. In shaa Allah...
    Walau apa pun dugaan moga terus tabah..
    Moga ada berita baik utk baby qd xlama lagi

    ReplyDelete
  9. diya..in sya allah adik kembar sihat & kuat..auntie lin doakan yer :)

    ReplyDelete
  10. ya Allah..
    sedih juga mama zura baca ni dear
    hati ibu mana tk sakit bila anak dia sakit kan..mmg tk tahan kan..
    kena byk2 bsbr dear...
    bsr dugaan kamu...
    inshaAllah pahala utk kamu ..
    semoga double QD cepat sembuh..
    ameen..
    mama zura syg kamu!

    ReplyDelete
  11. Semoga double QD cepat smbuh. Akk mmg kuat. Ritu kmbar ank buah fizi pun ade problem. Alhamdulillah dah 10 bulan ni dh ok

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum diya...semoga double QD cepat2 sembuh yer...mmg x tahan hati kalau tengok sikecik mcm ni sakit...

    ReplyDelete
  13. insyaAllah sis.moga mereka sihat seperti baby lain.sis takmo try ke bagi diowg double stem cell yg tgh meletops tu? sy pon baru nk try makan utk penyakit sy.walau tak boleh sembuh tapi at least memaksimakan tahap kesihatan.insyaAllah.

    ReplyDelete
  14. semoga kembar sihat seperti biasa..amin..moga mama tabah dengan ujian ini..

    ReplyDelete
  15. Moga2 kembar QD akan sihat sepenuhnya..Hanya Tuhan Maha Mengetahui segalanya..

    ReplyDelete
  16. selalu orang kate kat ida, ALLAH uji kita sebab ALLAH sayang kita. Akak ingat tu mesti akak redha dgn apa jua ujian dari NYA. insyaALLAH kembar pasti sembuh ;))

    ReplyDelete
  17. pinky momma kena kuat... semoga baby double QD kuat jugak mcm momma nye.. T_T

    ReplyDelete
  18. insyallah baby QD pasti kuat sekuat mama nya yg gorjes... be strong dear... we will always pray for you! huggss!!

    ReplyDelete
  19. nad aku baca berdeerau darah...tak sangka.double QD...In Sha Allah sihat ye...aku doakan tau

    ReplyDelete
  20. Semoga dikuatkan semangat dan baby twins sembuh dan sihat seperti baby lain. AMIN

    ReplyDelete
  21. semoga cepat sembuh ya kembau.. sis kuat ya :))

    ReplyDelete
  22. B strong k twin..insyaallah berkat doa kengkwn n ur parents nnt sembuh...x sabar nk jumpa twin ni..

    ReplyDelete
  23. aminnn... semoga kedua2 baby diberikan kesihatan yang baik..

    ReplyDelete
  24. semoga double QD sentiasa sihat & cergas. akak pon kena jaga kesihatan jugak ye.

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!