Followers

F&N Seasons NutriSoy "Breakfast Love" di rumah

9:34:00 AM


 sponsored post darlings..scroll down for new entry ;)

kalau entry sebelum ni aku ada share dengan korang resepi mudah untuk breakfast
sekarang ni nak kongsi dengan korang..breakfast love version di rumah pula..
hari tu aku share resepi mudah nak sediakan muffin pisang..tapi kali ni lebih mudah
rasanya semua orang pandai nak sediakan resepi mudah ni..sesenang ABC yer..


untuk mama anak 4 ni..mestilah waktu pagi adalah waktu kelam kabut pada aku..
nak siapkan husband untuk ke kerja..nak siapkan anak untuk ke sekolah..
nak siapkan kembar double QD yang nak menyusu..ok serius memang sibuk..
sebab tu aku perlukan waktu yang sangat sikit untuk sediakan sarapan yang senang

disebabkan anak anak memang sukaaaa roti dan telor..so kita gabungkan keduanya..
sediakan omelet diwaktu pagi adalah kesukaan anak anak..kata 'breakfast love' kan
tapi omelet aku special sikit bahahaha..ada cendawan untuk tidak nampak kosong
bahan bahan yang korang perlukan pun senang nak cari dikedai..yang penting sedap!

bahan bahannya:
telor 3 biji (anak ramai kenalah 3 biji)
roti 6 keping
cendawan butang
bawang besar
sedikit garam
sedikit lada hitam
mayonis
sos cili atau tomato

ok..dah ada bahan bahan di atas..jom kita siapkan 'breakfast love' kita jom..
1. pukul 3 biji telor tadi ke dalam satu bekas..
2. hiris bawang besar kecil kecil..
3. hiris cendawan nipis nipis..ikut suka nak kecil atau besar
4. masukkan bawang, cendawan, lada hitam dan garam secukup rasa dalam telor tadi
5. bakar dalam pemanggang ajaib tanpa minyak..
6. bakar roti dan letakkan sos beserta sedikit mayonis..




dan taraaaaa! dah siap omelet bersama roti bakar untuk 'breakfast love' di rumah
walaupun nampak simple tetapi ianya tetap mengenyangkan untuk permulaan hari
yang penting..sesimple mana pun penyediaan ataupun masakan tu..mestilah anak suka
masak dari hati dengan penuh kasih sayang..rasa dia mesti sedap dari biasa kan..


selain tu juga..aku suka sediakan carbonara mushroom pasta di waktu pagi..
sebab penyediaan dia yang senang tu yang buat aku rajin nak buat..lagi pun
anak anak suka sebab tak pedas sangat..nyum nyum..kenyang ok..tak amik masa pun
aku memang tak boleh nak amik masa yang lama..maklumlah anak 4 orang uols..

jangan lupa F&N Seasons NutriSoy sebagai gandingan yang lengkap untuk breakfast
kerana dengan F&N Seasons NutriSoy..korang akan dapat segala khasiat antaranya
F&N Seasons NutriSoy ni semestinya sumber protein yang baik pada badan kita..
membekalkan nutrisi tanpa laktosa..rendah lemak dan ada juga less sugar sekarang ni


korang cari yang kotak warna biru untuk less sugar ok..selain tu tiada pewarna..
tiada pengawet atau perisa tambahan..boleh minum tanpa rasa was was di hati
bila anak anak kenyang..anak anak akan happy..mama automatik rasa legaaa kan
tak risau..sebab breakfast yang dibuat sendiri di rumah..kita tau tahap kebersihannya..
korang boleh cuba di rumah..untuk lebih lanjut..KLIK F&N Seasons NutriSoy
happy breakfast everyone!



You Might Also Like

6 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!