Followers

Kes Buli di sekolah..amboi..amboi..amboi..

10:36:00 AM


memula kak fink sabar bila anak kena buli..yer la aku tahu budak ni ada nakal dia
kalau tak nakal..tak budak lah kan...tapi aku tak jangkakan buli sampaikan
abg long boleh cakap dari mulut dia..dia tak nak pergi sekolah..eh apakah?
dia dah cakap dengan aku khamis lepas tak nak pergi sekolah..aku cakap pergilah

awak bukan semput pun..lagi pun duduk rumah bukan buat apa pun..
kang nanti bergaduh dengan abg ngah jer..dia dah buat muka sedih masa ni
tapi aku buat biasa jer la..tak de lah syak apa apa..tapi petang khamis tu..
masa dia turun kereta..aku tengok belakang baju dia..ya Rabbi..ni kenapa ni


kena lecak pun tak teruk camni abg long..nak menyental kang satu hal..
dah la baju putih..camni punyer kotor..awak buat apa kat sekolah ni..haishh
barulah dia buka mulut..sebenarnya dekat sekolah..abg long selalu kena buli
tadi abg long nak makan masa rehat..tetiba D bukan nama sebenar tuang air milo

dekat belakang baju abg long..lepas tu dia gelak gelak..hoihhh ni dah kenapa ni
kecik kecik dah mental..aku cakap lah..dia tertuang ke? abg long cakap tak lah
dia memang sengaja tuangkan air milo tu..dialah budak yang suka tumbuk perut
aku macam..whattt?? tumbuk perut? kenapa abg long tak cerita dekat mama?

mula la kan..ni dah kenapa ni..ko ingat abg long tu pokok ke..nak tumbuk tumbuk
yang lebih rasa macam nak tukar hijau bila abg long cakap dia tumbuk setiap hari
ya Tuhan..kenapalah nak awak tak balas dia..cuba korang bayangkan..satu hari tu
dia bertahan dengan baju melekit sampai balik sekolah..terseksanya anak aku..


patutlah dia beriya iya tak nak pergi sekolah..rupanya ada benda terjadi..
selama ni aku sabar jer..bila dia cakap..pensil dia tak de..duit dia kena paw
botol air pecah..tapi bila ko dah tumbuk perut anak aku tu hari hari..eh lebih ni
plus abg long memang ada asthma..bukan asthma biasa..asthma dia memang teruk

aku tekad sangat nak pergi sekolah esoknyer tu..betapa gigih angkut kembar
dah la pejabat tingkat atas..wuuu rasa nak nangis kendong kembar kiri kanan
 semua ko kena handle bila PJJ dengan laki hukhuk..serius rasa nak nangis..
anak yang kena buli..mak yang stress hokayy..naik nak jumpa GB atau PKHem..

tapi dah petang kan..mana ada GB..mana lah ahkak tau..ok jumpa cikgu displin
tapi lepas nak tunjuk gambar dekat cikgu pun cikgu tak nak..nak bagi nama pun
cikgu tak nak juga..dia cuma cakap..ni kes biasa..nanti saya selesaikan..hukhuk
ok sebagai mama..jawapan tu jujur la aku kecewa..balik la kendong kembar..


so balik tu call husband..rasa nak nangis..ok hari isnin tu ke sekolah lagi..
selepas dibincang dibincang..petangg tu aku tak sabar nak amik abg long..
sebab nak tanya dia..apa action yang cikgu amik..dia cakap cikgu displin panggil
dan tanya siapa yang buli dia..terus pergi kelas budak tu dan panggil keluar..

lepas tu cikgu suruh dia masuk kelas balik..cikgu bawa budak pembuli ke pejabat
tapi tak tahu apa yang cikgu buat..bagi kaunseling ke? call mak ayah dia ke?
abg long pun tak pasti sebab dia dah kena masuk kelas..pastu aku tanya dia..
budak tu ada tak tumbuk tumbuk lagi..dia cakap dah tak de ma..pandang jer..

ok hari ni selasa..pun aku tak sabar nak tunggu petang ni camner..buli lagi ke tak
at least nak kena tengok juga seminggu ni camner kan..kalau tak de tu maknanyer
dah insofff la tu gamaknyer..aku pun ada pesan dengan abg long jauhkan diri dia
nampak je pembuli tu..cepat cepat lari..kot la budak tu insof sekejap je hukhukhuk

terima kasih kawan kawan yang sudi bagi pendapat di facebook..membantu sangat
tolonglah anak anak..pergi sekolah untuk berjaya bukan jadi lagi hawau..mata ke atas



You Might Also Like

16 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. bagusnya kak sabar. kalu kena kat anak sedara sy *sy xde ank lagi* mau sy mngamuk kat sekolah. jumpa budak tu terus bgi penumbuk amaran sedas. tu amukkanku la. hukhuk
    sian abg long.... sabar ye sayang.

    ReplyDelete
  2. kalau anum pun leh tukar hijau nie

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..harap2 budak yg tumbuk tu betul2 diberi warning sehingga dia insaf..sbb kalau dr kecil xbendung melarat2 smp ke besar

    ReplyDelete
  4. budak baik selalu tak melawan & jadi mangsa buli.. at least kita tahu anak kita lebih baik dari pembuli tu. Yes! kes buli di sekolah even budak pun kita tak boleh pejam mata.. Tak boleh anggap.. alah, budak jer sebab budak sekarang bukan budak dulu zaman2 kita sekolah. Nak didik biar dari awal.. dari mereka masih kenal erti takut & serik. Hope.. budak2 tu dah takut la. Saya dulu ada anak buah jenis senyap jugak tp garang. dia jenis tak kacau orang tapi awas la sapa2 cuba buli dia.. dia akan lawan balik. dia pernah belasah budak yg nak buli dia kat sekolah. sebab kita lebih kenal anak buah kita.. so, kita tahu la dia bertindak macam tu sebab apa. dia pun jenis panas baran. ok la tu sebab dia boleh protect diri dia even still kena ejek bagai.

    ReplyDelete
  5. Mujur ada kesan milo tu klu x smpi bila pun x tau sbb abg long x bg tau.

    Mmg kena tny anak2 ni selalu aa jd kat sek supaya x jd kes mcm ni. Sian anak2

    ReplyDelete
  6. kesian abg long, dah laa hensem, hehehe

    bdk2 skrg makin advance kecik2 dh pndai nak membuli..

    moga ank2 kita xtrgolong dlm org2 cmtu ye kak..

    ReplyDelete
  7. Abg long....pliss jgn simpan rahsia dengan mama...seriau auntie dengar bila abg long meluahkan segalanya...ya Allah darjah satu pun dah pandai buli budak2 ni...ya Allah jauhkanlah sifat tak elok ini pada anak2 kami...akak fink kuat kendong anak2 kembar nak selesai masalah...akak sgt kuat...ya Allah bantulah akak ku ni...kesian dia...

    ReplyDelete
  8. hrp2 nye budk tu dh dpt pengajran le..
    budk2 zmn skng ni mengile .. ye le agak nye teikut2 ngn mcm2 cite samseng kt tv.. dlu2 pun banyak cite pendekar tp idok teruk sgt.. skg ni dh le cite samseng, phtu seksi2.. gelis..

    ni pun ada anak kwn siap kne cakar kt area mata , berdesuppppp drh ku naik .. cz dia kwn baik Akil .. sakit plak ati kite tgk , suh dia g sekolah .. g jmp cikgu .. melampau btl ..

    ReplyDelete
  9. Hamboiiiii....berani ko nak buli...meh sini nak bagi siku!

    ReplyDelete
  10. Akk cool je kn.klu sy kn,rs nya buat amukan je kat skola tu.ngn cikgu pn jwb gitu je.hmmm.akk nnti kerap tnya abg long.tgok ade x perubahan.takut budak tu cri cara len plak utk buli.

    ReplyDelete
  11. kesan milo tu merungka segalanya kan sis..kalau tak bila abang long nak bgitahu pasal benda ni

    eh..kalau akk jd cikgu kat sekolah abang long memang ahkak cubit2 jugak pp budak pembuli tu...huuu

    ReplyDelete
  12. Berderau darah baca hari2 abg long kena tumbuk...melampau sangat tu! Pinky momma please slow talk dgn anak next time jgn rahsiakan apa2. Cik Nad doakan perkara ni takkan berulang lagi.

    ReplyDelete
  13. Ya Allah, kesiannya abg long.. Budak2 zaman skrg ni nakal dia lain macam betul la.. Tak macam zaman kita dulu.. Kita dulu nakal jugak tapi biasalah nakal budak2 apalah sgt kan.. Tp xdela sampai jadi gangster & membuli kat sekolah.. Harap lepas ni budak tu tak buli2 lagi dah..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  14. budak yang membuli biasa kurang kasih sayang. maybe dia pun kena pukul macam tu kat rumah. so dia buat balik kat kawan lain. ish kalau takde law, mau ku tumbuk2 perut dia...adeh emo sekejap tau

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/08/penyusuan-susu-ibu-20-perkara-ayah.html

    ReplyDelete
  15. kesiannya...memang kene ajar budak tu..haishh..sukati nak buli2

    ReplyDelete
  16. Harap kaki pembuli tue insaf selama2nya la..jgn hari nie insaf esok lagi extreme dia buli sudah....

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!