Followers

Wild Life Park Sunway Lagoon: Suasana persekitaran yang cantik dan bersih

8:02:00 AM


semalam kan aku ada cakap masuk Wild Life Park dekat Sunway Lagoon tu..
sekarang ni kalau korang pergi Sunway Lagoon, bukan setakat mandi dan main jer
tapi korang juga boleh pegang binatang yang ada dekat situ secara dekat tau..
1st entrance korang akan dapat jumpa pak belang ni..besaaaarrrrr ok harimau ni..


 
korang boleh tengok secara dekat depan depan cermin tu..real ooo..dekat betul
bukan macam zoo kita tengok jauh jauh macam tu..tempat ni pun bersih ya..
selain tu juga ada beruang yang comel untuk korang tengok dengan lebih dekat..
yang ganas ganas ni korang tak boleh pegang la..tengok dari depan cermin..bahaya

 
tapi kalau burung burung..merak..undan semua tu korang boleh tengok depan mata
memang dilepaskan..nak nak merak tu..alololo cantiknyer dia kembangkan ekor
rezeki hari tu..kebetulan masa lalu tu, kemain cik merak kembangkan ekor..
sajer la tu nak tarik perhatian orang bahahaha..tapi jangan pegang dia takut nanti

 
dekat situ juga ada satu tempat itik itik ni cantik sangatttt..air warna hijau
ada air terjun ok..bersih jer..ohhh suka! suka area sini..damai jer rasa masa ni
terus rasa nak amik gambar hahahaha..ada juga buaya..monyet terkecil..
korang boleh lah nak selfie dengan binatang binatang ni..anak anak mesti suka

 
depan sikit korang akan jumpa ular ular..boleh pegang kalau tak geli ya
aku geliiii lahhhh..walaupun dia kecik..tetap geli sangat sangat..haishh cannot
ada juga pony..burung kasawari..eh serius banyak kalau nak amik gambar
korang datanglah sini boleh bagi anak pegang pegang binatang depan mata

 


eiii comel kan dia diri..dalam banyak banyak binatang yang ada dekat situ kan
yang ni laaa yang paling comel..geram jer tengok muka tak bersalah tu..geram betul
tengok tangan dia..oh maiii..eiii eiiii cerdik sangat..korang kena pergi tau tengok dia
eh lupa nak share gambar singa putih yang dah diberi nama Zola dan Zuri tu kan..
 


taraaaaaaa!! ni lah dia Zola dan Zuri si singa putih itu..masa media tour tu kan
dia pelik sebab ramai sangat amik gambar dia hahahaha..tak tahan nak gelak
mesti dia blur masa tu kenapa banyak sangat camera..menjadi tumpuan tetiba..
untuk korang yang nak pergi dan enjoy Wild Life Park ni..details seperti di bawah:

Alamat:
Sunway Lagoon Sdn Bhd (211311-A)
3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway,
47500 Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
 
Telefon: 03-5639 0182

budak budak lah yang paling happy kalau dapat masuk sini..percayalaaah
 

You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!