Followers

Zoo Negara: KBBA Blogger's Day Out meraikan harijadi Panda!

10:51:00 AM


hari ahad baru ni..awal awal pagi lagi kak fink dah terpacak dekat Zoo Negara..
sebelum pukul 9 pagi geng geng Kelab Blogger Ben Ashaari dah berkumpul..
kemain ramaiiii uols..maklum ada Blogger's Day Out di sana hari tu di zoo negara
sempena meraikan birthday giant panda yang ke 9 tahun..oohh tak sabar sangat ni


korang tengok jer la muka masing masing semua ada senyum nak tengok panda..
 kami di bahagikan pada 2 kumpulan..iaitu team Hornbill dan juga team Tiger..
iols dapat Hornbill mihihihi..ni lah semua ahli ahli team Hornbill yang ceria..
padahal semua nampak camera macam sawan..automatik terus senyum..


first stop kami adalah di taman rama rama..boleh tahan besar juga taman tu..
anak anak suka la tengok rama rama tu terbang sana sini..mama yang penat..
penat mengejar rama rama kembar tu oiii hahahaha..memang standard la ni..
anak anak tak penat..mak pak yang penat..sabar nak..baru 1st stop ni nak..huhu..


lepas ke raman rerama..kami di bawa ke tempat ungka..monyet...amboi bising betul..
suka agaknya tengok orang ramai datang ziarah hari ni..masa ni tak sempat bergambar..
busy dukung kembar..suka pulak diaorang tengok ungka tu bising..hahahaha..
dari tempat ungka tu terus ke dalam aquarium..perghhh sejukkk dalam tu..leganyaaa..


dalam pukul 11 pagi tu..kiteorang berkumpul ramai ramai nak tengok animal shows..
ni part paling anak anak suka..terutama abg long dan abg ngah..nasib dapat duduk..
ramai juga publics yang datang selain daripada bloggers hari tu..memang meriah la..
paling anak anak suka persembahan daripada anjing laut ni..pandai sangat dia lompat..


dari animal shows tu..bloggers diberi keistimewaan naik tram oiii..hahahahaha
mak sukaaaa sangatttt ni..tak payah beratur..terus naik macam VVIP rasanyer..
best sangat amik angin pusing pusing dalam zoo..hilang rasa sakit kaki masa ni..
rasa nak minta pusing lagi hahahaha..punya la syiokkk duduk dalam tram tu..


kiteorang stop di wild restaurant..kami di sajikan makan tengah hari oleh pihak zoo..
ada burger..kentang goreng..ayam goreng..air..memang kenyang la..semua ada..
anak anak paling suka..feeling makan KFC la tu diaorang ni..sejuk pulak dalam tu kan..
sempat kami berehat sekejap sesambil ada lucky draw lagi..tahniah pada yang menang!


lepas jer dah kenyang..aku sempat tukarkan kembar baju..settle apa apa yang patut..
terus bergerak ke muzium lebah..boleh rasa madu asli di situ secara percuma..wah!
dari sana kami bergerak terus nak jumpa pandaaaaaaa..yayyy paling dinanti nantikan..
dalam perjalanan nak ke sana..korang melalui kawasan savanah..ada badak sumbu putih..



dan berada di luar kawasan panda tu boleh tengok unta..masa ni agak panas juga..
plus hari tu tak de angin..memang berlengas lengas dah budak budak ni..tapi tak pe..
demi anak anak nak tengok panda dan celebrate birthday panda yang ke 9 tahun tu..
mari kita..janji anak anak happy dan tercapai hajat diaorang nak tengok panda live..


tak dapat nak peluk real panda..kita amik gambar dekat luar dulu ye anak anak..
dekat dalam nanti tak boleh buat bising yer korang..kena senyap jer..so sila kawal anak..
eh ke kena kawal mak hahahhaaha..takut mak yang excited lebih pulak kat dalam nanti..
masuk sini bayar asing ya..dewasa RM22..kanak kanak RM11..masa lawatan 20 minit


bila diberikan peluang masuk dalam tu..1st dalam hati..ya Allah bersihnya..
tempat sejukkkk pulak tu huhuhu...landskap cantik..pergh bahagia panda..
memang selesa bila korang duduk dalam sini..luas tempat dia..tapi jangan bising..
masa ni kiteorang boleh tengok Fu Wa a.k.a Xing Xing jer iaitu papa panda..


sebabnya mama panda dan baby masih dikuarantinkan..kena tunggu 2 bulan..
kesian dia pusing sorang sorang jer hahahaha..tapi dia memang comel sangat..
gebussssnyaaa..muka tak de perasaan pulak camtu..ya Allah gerammmmnya..
terpusing la sorang sorang...kejap jalan..kejap duduk..memang dapat tengok dekat..


masa ni staff zoo negara tengah sediakan kek harijadi untuk giant panda ni..alah comel..
siap ada kek harijadi..kemainnn sangat dia tu..siap deco deco lagi hahahaha..kerlazz..
lepas siap dihidang..baru diaorang panggil Fu Wa keluar balik untuk makan..
kiteorang yang tak sabar tengok respon Fu wa masa tu..tak sabar tengok dia makan..


taraaaaaa..bila dia keluar balik tengok ada makanan..tak tunggu dah masa ni..
terus duduk jer dekat batu tu..benda pertama yang Fu Wa makan adalah carrot..
makan sambil tutup tutup muka hahahahaha..malu ler tu..eii eiii picit kang..
ngader sangat nak tutup tutup muka..angkat sikit please..nak amik gambar ni..


dah nak habis makan baru nampak mataaaa dia..hahahaha..happy birthday Fu Wa..
sabar tau sekarang..2 bulan lagi nanti boleh jumpa mama panda dan baby panda..
baru boleh duduk bersama sama sebagai 1 keluarga hihihi..tak sabar nak tengok baby..
mesti comel lepas 2 bulan ni..korang kalau nak tengok baby pun sabar ya..2 bulan lagi..


inilahhhh dia sebahagian family kelab blogger ben ashaari yang hadir hari tu..
ni baru sebahagian ya..kalau semuaaaa datang tak tau nak bayangkan kepadatan tu..
memang meriah sangat blogger's day out hari tu..syukur semuanya berjalan lancar..
anak anak happy..mak pak automatik happy kan..tenkiu untuk semua sponsors hari tu..


korang kalau nak masuk zoo negara boleh refer details di bawah:
Website: Zoo Negara Malaysia
Instagram: ZooNegaraOnlineTicket
Telefon: 03-5124 0109
Email: saujanajutaria@gmail.com

Waktu Operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang setiap hari
Pertunjukan Haiwan: 11.00 pagi & 3.00 petang

terima kasih Zoo Negara, Cosmoderm & Food Panda untuk tajaan..
terima kasih KBBA untuk hari yang sangat ohsem dan mengembirakan ni!



You Might Also Like

16 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. hoi hoi hoi ya hoi...hahahahah
    seronok jumpe akak haritu..
    ade rezeki kita jumpe lagi nanti eh

    ReplyDelete
  2. buat lagi 2 bulan tu.. kompem saya join. hahaha

    ReplyDelete
  3. bestnya.. last masuk zoo negara masa kecik2.. kena harus pergi ni

    ReplyDelete
  4. panda 2 mengembalikan kegemilangan zoo negara

    ReplyDelete
  5. Lamanya tak pergi zoo..tunggu 2 bln lagilah nak tengok baby panda..

    ReplyDelete
  6. wah bestnyer...apa lagi anak2 kann..

    ReplyDelete
  7. Bestnyer dpt jln2 kt zoo.. :)
    tak dpt tgk mama & bby panda..dpt tgk papa panda pun ok ;)

    ReplyDelete
  8. nanti nak pi tgk baby panda lak..
    mesti lg comel!

    ReplyDelete
  9. time nak masuk tengok panda tu anak2 dah nampak lemau.. tapi kejap jer la.. tgk panda terus mata semua membulat hehee

    ReplyDelete
  10. Memang best.. tapi hari kejadian ada kenduri kahwin depan rumah. Frustnya..

    ReplyDelete
  11. seronok tengok anak2 teruja kannn hehhee

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!