Followers

Hotel Transylvania 2: Happy hulubalang dapat tengok movie dan kumpul botol air Papa Drac!

9:11:00 AM


Kak fink kan dah lama giler tak tengok wayang..seriussss dah lama sangat sangat..tapi hari tu hulubalang asyik cakap please mama please..kalau nak tunggu papa macam tak tahu bila la dia free kan..hurmm..dalam hati risau juga nak tengok dengan diaorang jer..boleh ke kembar nanti..tak menjerit jerit ke dalam gelap tu..abg long dan abg ngah aku tak risau sebab dah besar kan..


Selepas di fikir fikir..ok la..selama ni bawa pergi event ok jer..tak kan tengok wayang tak ok kan..terus book online..nasib la panggung wayang dekat jer dengan rumah..5 minit dah sampai hahahahha..terus ambil yang early bird pukul 11 pagi dan book twin seats..sebab senang aku nak control kalau twin seats ni kan..


Sampai sana, apa lagi dia nampak bekas air Papa Drac...ko ghaserrrr?? hurmm ok la amik 1 set bagi diaorang puas hati kan..moga moga dalam tu nanti korang behave hahahaha..mak debor tak habis habis..abg ngah lah orang paling happy dapat bekas air tu..abg long janji dapat makan, dia ok jer..bekas tu tak penting sangat pada dia..


Terus masuk panggung 7..tak de orang kahkahkah..mak sukaaaaaa...so kalau anak nak jerit ke..nak nangis ke..suka hati la nak..tak de orang kan..bahagia nau nau mama rasa..eh tapi aku suka la cerita Hotel Transylvania 2 ni..banyak pengajaran terutama tentang kekeluargaan...kalau korang tak tengok yang 1st punya pun still boleh hadam jalan cerita dia ya..jangan risau..tak perlu nak berfikir fikir pun


Cerita ni, Papa Drac ni seorang datuk yang sangat lah mengambil berat tentang cucu dia..seboleh boleh nak cucu dia jadi dracula juga macam dia..padahal cucu dia tu separuh manusia..separuh dracula..sebab anak perempuan dia which is dracula berkahwin dengan manusia..apa kesudahannya? korang kena la tengok sendiri..cucu dia jadi dracula ke..jadi manusia biasa ke..interesting ok!


Alhamdullilah..suka tengok anak gelak happy happy dalam tu.. sebab aku yakin..kalau kita gembirakan anak anak..nanti Allah berikan lagi rezeki yang melimpah ruah..macam tu juga aku selalu pesan dekat abg long..sebab dia yang dah faham sikit kan..abg long, mama sentiasa cuba happykan anak anak mama..abg long doakan mama papa murah rezeki selalu ya..


Lepas tengok cerita ni, pengajaran yang boleh aku ceritakan balik untuk anak anak faham:
1. Apa pun terjadi..family sentiasa nak kan yang terbaik untuk diri kita
2. Mak atau ayah sentiasa sayangkan anak dia
3. Bagaimana kita bergaduh pun..air dicincang tak kan putus

eh korang pergilah bawa anak anak tengok..kak fink bagi 4 bintang..



You Might Also Like

5 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. wahh. hehe..nak beli cd jer nantii, huhu

    ReplyDelete
  2. mesti senyum lebar along,angah dan twins tu..hehehehe..

    ReplyDelete
  3. my boys bergelak sakan tgk movie ni hari tu. ehhh bukan anak je gelak, mak pun gelak tak hengat haha

    ReplyDelete
  4. Alamak...anak2 kaqlin dah request ni...macam best je

    ReplyDelete
  5. best ye kak..Yanie pun belum tgk lagi ni.. nak try nanti..

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!