Followers

Ummiza Cafe: Lauk masakan kampung yang mengecurkan airliur!

7:55:00 AM


sabtu lepas kan..kak fink sempat la bergigihan ke Sepang semata mata nak lunch..
dengan lauk lauk masakan kampung dari Ummiza Cafe..senang jer cari tempat ni..
korang search jer dekat GPS tu Kampung Jenderam Hulu..nanti sampai lah di sini..
plus restoran ni tepi jalan jer..mesti korang akan nampak signboard ni nanti..


masa sampai tu..dah nampak deretannnn lauk yang terhidang untuk dipilih..
ya Allah tengok jer dah lapar masa ni..belum masuk ditekak lagi..kecur sangat..
meh kak fink share gambar gambar lauk yang ada di Ummiza Cafe ni..
mesti korang pun rambang nak pilih lauk mana nak makan sebab semua sedappp


ni baru separuh jer yang ditayangkan pada korang ya..semua lauk kampung..
paling aku suka masak lemak cili api rebung tu..perghhh cukup sifat!
pedas..pekat..terasa masakan dia..sampai sekarang teringat ingat rebung dia tu..
serius ni jujur dari hati..lauk dari Ummiza Cafe memang buat nak bertambah..


meh kak fink senaraikan lagi lauk pauk yang disajikan oleh Ummiza Cafe
gulai ayam kampung campur kentang..gulai rebung..gulai pucuk ubi..
kari daging cmpur kentang..gulai siput sedut..ayam goreng..keli berlada..
ayam masak merah ..ayam kicap pedas..kembung berlada..sup cendawan..


haaa banyak kan..gigih kak fink tunjuk gambar gambar lauk ni untuk korang..
plus tempat ni luaasss tau..kalau korang nak buat majlis makan malam ofis..
ataupun majlis makan malam keluarga ke..sambutan harijadi atau ulang tahun..
boleh la berurusan dengan pihak Ummiza Cafe..jangan risau tentang parking ok..


Ummiza Cafe mengambil maksimum 300 orang ke bawah dalam sesuatu majlis..
so tunggu apa lagi..korang yang berdekatan dengan Sepang tu jemputlah datang..
kalau rasa rasa rinduuuunya nak makan masakan kampung..sini lah tempatnya..
Ummiza Cafe ni dibuka Isnin hingga Sabtu je tau..hari Ahad kedai tutup ya..


korang juga boleh breakfast di sini ya..bukan makan tengah hari jer..
selain tu surau juga disediakan di Ummiza Cafe ni..tempat ni bersih..
rasa tenang jer..mungkin sebab keluasan tempat tu kan..suka lepak sini..
abg long pun cakap suka makan sini..dia suka sambal udang petai tu..


ni lah lauk lauk yang kak fink makan hari tu..memang rasa nak bertambah oiii..
dah lama tak rasa asam pedas ikan tenggiri yang sesedap ni..rebung tu lagi..
walaupun pedas tapi memang kena dengan tekak..nanti nak ajak encit mama repeat..
akhirnya kak fink jumpa juga restoran lauk lauk kampung yang menepati rasa..


korang kalau nak pergi cuba juga menu masakan kampung dari Ummiza Cafe ni..
Alamat: No 229 batu 29 Kampung Jenderam Hulu, Sepang

Untuk tempahan boleh hubungi :
Puan nor : 019-668 2069
Ain : 011-1060 2569


selamat mencuba tau korang..ajak family makan sini memang terbaik!



You Might Also Like

7 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Ummiza cafe memang semua masakan kampung sedappp...

    ReplyDelete
  2. Menjejer air liur nengok gambar makanan lam nih. Haha.

    Salam singgah. ^_^

    ReplyDelete
  3. terkenang kenang la kat lauk pauk yg best tu

    semua sedap sedap plak tuh

    ReplyDelete
  4. amboih kak oi LAPORNYERR!!!! dh la xle mkn mlm dh skg..............susahhnye nk tahan (T.T)

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!