Followers

Spectre 007 Dominos Movie Screening: Sambil tengok James Bond, Sambil Makan Pizza Baru Top Secret yang sedap itu

7:55:00 AM

Jumaat lepas kak fink berpeluang join Dominos Movie Screening di Tropicana City Mall..eh bukan selalu aku terima event di malam hari tapi disebabkan hari tu ummi tolong jaga anak..ok la pergi kejap..tenkiu ummi and walid jagakan hulubalang saya while mama watching Daniel Craig hukhuk..plus malam tu, boleh makan pizza Dominos yang terbaru tu iaitu Chicken Confidential.. kalau sebelum ni bila tengok movie mesti nak beli pop corn tapi kali ni semua tetamu dapat makan pizza uols..yayyy!


Tiket dah ada ditangan..tunggu masa nak masuk jer masa ni..mula mula rasa macam biasa jer cerita ni..sebab hero dia agak tua kan hahahahahaa..suka berprasangka buruk kak fink tu..tapi bila dah tengok, siap tutup tutup mulut sebab takut terjerit..aku ni memang jenis penakut sikit kalau tengok action movie macam ni..duduk pula sebelah yaya natsumi..eh dia pun penakut..haishh dah dua dua terjerit bila bab saspen tu..


Antara bloggers yang ada di Dominos Movie Screening hari tu..konon konon nak posing macam james bond..tu yang muka serius jer..tapi yang jadi ada lah beberapa ketol jer..muka aku memang tak boleh nak serius..ko tengok yaya natsumi [kiri sekali] siap senyum simpul lagi..haishhh apa ni yaya..dah la mata tu pandang mana mana ntah dia tu hahahaha..


Dah makan pizza baru teringat nak amik gambar kofkofkof...ni lah pizza kak fink hari tu..tapi macam aku cakap dalam entry sebelum ni..aku suka yang pizza yang nipis jer sebab korang akan lebih terasa cheese dia tu..tapi yang ni pun ok jer.. banyak pulak bunyi orang dah belanja pizza kan hahahahahaha..tak cukup kenyang pulak sekotak..ke sebab lama sangat duduk dalam wayang..2 1/2 jam juga cerita Spectre ni kalau tak silap..


Overall aku suka jer cerita ni sebab action dia tu yang buat best..dan hero tua yang ko tak suka tadi tu tetiba terjadi suka pulak sebab dia cool hahahaha..bila dia cool baru dia nampak macam ensem..tetibaa sangat..tadi tak suka pastu tersuka pulak akhirnya..walaupun ada yang cakap boring..tapi pada aku, ok jer sebab aku suka action yang ditunjukkan dalam cerita ni..citarasa tak sama yer dok..lagi satu watak yang aku suka dalam cerita ni semestinya Q..bijak geliga + cute..kahkah..

Pizza Delivery: 1 300 888 333

thanks Samantha..thanks Dominos for having me..
nak tahu kesudahan cerita ni, kena lah pegi sendiri..tak saspen la kan..



You Might Also Like

5 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Cerita ni best sebab yaya duduk sebelah kak fink sambil makan pizza! Hahaha. Thank you kak fink irreviu!

    ReplyDelete
  2. hooi kak.. pepagi dah tunjuk gambar dominos.. saje je kan.. nak order la petang nanti.

    ReplyDelete
  3. bestlah... tengok movie sambil makan pizaa...

    Bonde ada pop corn jer... hu hu hu

    ReplyDelete
  4. Tak ajak akak pun..akak suka dominos tp x suka citer ni sebab jalan citer lembab...hehehehe

    ReplyDelete
  5. Aida da tgk citer ni dah.
    x best! Lembab!
    agak nyer tgk sambil makan pizza mesti best ha ha ha...

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!