Followers

IWK & I: Indah Water Selfie Wefie Photo Contest 2015 dan Menangi Hadiah Kamera Nikon Waterproof & RM300 Baucer dari AEON

12:40:00 PM

Untuk kaki kaki selfie dan kaki instagram tu, meh sini kak fink nak share dengan korang satu lagi contest untuk korang join..serius tak susah langsung contest ni sebab apa yang korang boleh buat hanya selfie ataupun wefie beramai ramai dengan kawan dan keluarga korang..senang jer kan? sekarang ni dah masuk Minggu Kedua tau..sebab pemenang ni akan diumumkan setiap minggu..

Tapi sebelum tu, pada sesiapa yang tak jelas dengan apa tu Indah Water Konsortium (IWK) ni? Indah Water Konsortium Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pembetungan nasional di Malaysia. IWK adalah keseluruhannya syarikat milik kerajaan yang telah diamanahkan dengan tugas untuk membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembetungan yang moden dan efisien untuk semua rakyat Malaysia.


Ok meh kak fink share dengan korang pemenang Minggu Pertama..so korang ada la idea bagaimana nak selfie dan menang hadiah dari IWK ni kan..tahniah untuk Cik  Masarni Binti Ngadimin dengan Caption: Terima kasih Indah Water Konsortium kerana menyelenggara sisa kumbahan di kawasan perumahan saya.


Yes..simple as that dah boleh jadi pemenang..so korang tunggu apa lagi? jangan lupa ambil gambar dan tulis caption korang sekreatif mungkin..hari ni lasttt untuk Minggu Kedua tu tau..ni tarikh tarikh sepanjang contest berlangsung..kalau tak berjaya untuk Minggu Pertama tak pe, masih ada lagi peluang untuk Minggu Kedua, Ketiga dan Keempat..


Minggu Pertama: 1 - 7 Disember 2015
Minggu Kedua: 8 - 14 Disember 2015
Minggu Ketiga: 15 - 21 Disember 2015
Minggu Keempat: 22 - 28 Disember 2015

Pemilihan Pemenang:
Pemenang akan dipilih setiap minggu dan pemenang dari setiap minggu tu nanti salah sorang akan menang untuk "People Choice Award"

Hadiah Pemenang Mingguan: RM300 AEON Voucher setiap minggu
Hadiah People Choice Award: Nikon Waterproof Compact Camera

Bagaimana Nak Hantar Penyertaan?:
Email segala details di bawah ni kepada iwkcontest@gmail.com
  • Nama
  • Nombor Telefon 
  • Alamat
  • Lokasi gambar
  • Email
  • 'Caption' yang kreatif dan bersesuaian dengan gambar yang diambil
Senang kan? tunggu apa lagi..korang bolehlah fikir caption yang kreatif dengan gambar yang di ambil tu nanti.contest ni tak lama pun..cuba la nasib..RM300 tu macam macam boleh beli dekat AEON huhuhu..nak nak untuk mak mak anak yang naik sekolah ni kan..kak fink pun teringin nak join ni..semua boleh join tau kecual Kakitangan Indah Water Konsortium jer di larang untuk join contest ni hihi..

Website: www.iwk.com.my
Hashtag: #iwkselfie2015 #wecleantheunseen

selamat mencuba tau korang..cepat cepat hari ni last day untuk minggu kedua!



You Might Also Like

6 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!