Followers

Pretz n' Beanz Cafe: Pretzel dengan pelbagai jenis sos dan stew yang menyelerakan di Mont Kiara

8:12:00 AM

Hari selasa yang lepas, kak fink berkesempatan untuk ke salah satu cafe yang ada di area Mont Kiara iaitu Pretz n' Beanz..kalau korang datang cafe ni yang perlu korang order harus haruslah Pretzel dan Coffee dia..sebab tu nama cafe ni Pretz n' Beanz..kalau korang perhatikan, sebelah kiri tu bentuk Pretzel dan sebelah kanan tu bentuk Coffee Bean kan..dari situ dah tahu keistimewaan cafe ni..
 
Our logo of a pretzel on the left and a coffee bean on the right, tied together in a heart shape, expresses our love and passion for both pretzel and coffee. In the middle, there is a Chinese character of a “人” (pronounce as “ren”, which means human) expresses our love for human race. The color orange radiates warmth and happiness, combining the physical energy and stimulation of red with the cheerfulness of yellow, expresses our LOVE LIFE attitude.


Pertama kali masuk ke cafe ni..aku suka dekorasi dia..sebab cool sangat..kalau korang ni jenis yang suka ambil gambar dan upload di social media..ni antara salah satu cafe hopping yang perlu korang singgah..untuk aku, dekorasi yang cantik memang memainkan peranan untuk kita nak pergi dan cuba  selain daripada menu yang disajikan..


Kak fink pilih Java Chips Ice Blended..perghh sukaaa! Java Chips dia sedap..tak manis sangat..harga RM13.90..macam biasa boleh request nak letak cream atau tak..macam aku harus lah letak hahahaha baru ada rasa creamy lagi..yang sebelah Java Chips Ice Blended tu, Islam punya..dia order air panas..Espresso Macchiato..harganya cuma RM7.00 sahaja..



Ayue order Green Tea Ice Blended..RM13.90..saper peminat green tea boleh order nanti ya..ni air kedua aku selepas Java Chips tadi..eh memang tak boleh cukup secawan air agaknya sebab sedap sangat..nak nak kalau korang ni coffee lover, mesti akan terminta lebih dari satu cawan huhu..Naomie order air Florentine Cookies Ice Blended..sama juga harganya RM13.90..ni antara air yang baru untuk korang cuba ya..


Signature menu harus ada la kan bila datang cafe Pretz n' Beanz ni..kiteorang order Cinnamon Sugar Pretzel yang berharga RM6.25 dan satu lagi Basil Cheese Pretzel..satu yang best pretzel dekat sini size pretzel yang agak besar huhuhu..korang boleh pilih nak dip dengan sos apa..antara sosnya adalah caramel, chocolate, cream cheese, sour cream & onion..pilihan kak fink semestinya Cinnamon Sugar Pretzel dip dengan caramel..perghhhh cukup sifat betul!


Dan set yang ni Pretz n' Stew..haa korang pernah tak makan pretzel dengan stew? kak fink ni pertama kali cuba tau makan dengan stew..ingatkan rasa dia biasa biasa jer..untuk set ni namanya Green Curry Chicken Stew..harga untuk satu set cuma RM17.90..ni pilihan nombor satu kak fink antara banyak banyak menu yang dicuba hari tu..tak pandang dah set lain sebab green curry tu memang sedap dan creamy..sampai sekarang still tak boleh move on bila tengok gambar ni..


Yang ni pulak agak cheesy sikit..so pada peminat cheese, korang wajib cuba set Champignon Baked Egg yang berharga RM17.90 ni..masa korang nak dip pretzel ke dalam bekas tu, cheese dia memang akan tertarik panjang panjang..puas hati la rasa cheese dia yang banyak tu..siap ada telur dan mushroom dalam tu tau..kombinasi telur, cendawan dan keju tu yang buat set ni sedap..pilihan kedua kak fink!


Dekat cafe Pretz n' Beanz ni juga korang boleh order Pretzel Pizza..signature menu yang memang kena cuba..ada size 7 inci dan 10 inci..doh pizza ni adalah doh yang sama digunakan untuk buat pretzel..yang ni kami pilih Hawaiian Chicken Pretzel Pizza 7 inci yangberharga RM15.80.. ada banyak pilihan menu lagi untuk pretzel pizza ni, antaranya Pepperoni Beef, Bbq Chicken, Double Cheese, Al-Funghi, Norwegian Delight, Hot Pepper Chili Chicken dan Sweet Potato..apa yang membezakannya dengan pizza lain, kalau korang makan pretzel pizza ni lambat pun, ianya tak liat ya..


Antara pastry dan kek yang ada di chiller cafe ni..kak fink tak larat dah nak makan segala dessert yang ada..tapi lepas ni kalau datang lagi ke Pretz n' Beanz, kak fink teringin nak cuba Caramel Butter Thick Toast..tengok gambar dalam menu tu macam menggoda sangat huhu..kena set time dengan husband ni untuk ke sini lagi..


Pretz n' Beanz menyajikan menu bermula dari sarapan sehinggalah menu makan malam ya..kalau korang di kawasan berdekatan, boleh jer try breakfast dekat sini ok..kafe ni ada dua cawangan..yang kak fink makan ni di Mont Kiara dan yang satu lagi di dalam IPC..satu bangunan jer dengan Ikea Damansara tu..details kak fink bagi dekat bawah nanti ok..


Thanks ayue sudi jemput makan makan hari tu di Pretz n' Beanz..tengok sikembar tu dua dua nak berdukung..haihhh! nasib baik ada Naomie baik hati nak dukung sorang lagi hihi..thanks korang..tak dilupakan lagi sorang masa makan makan ni, tak dilupakan Islam..tapi dia tu malu nak masuk dalam gambar hikhik..dia suka snap kan gambar jer..


Untuk sesiapa yang nak mencuba menu menu di Pretz n' Beanz ni, korang boleh terjah link di bawah ni ya..mana tahu hujung minggu ni nak cuba breakfast di sana kan..

Instagram: @pretznbeanz

Cawangan Pretz n' Beanz Mont Kiara:
Alamat: No.22, Ground Gloor, Jalan Solaris 4, 
Mont Kiara Kuala Lumpur

Waktu urusniaga: 
Ahad - Khamis [7.30 pagi - 12 tengah malam]
Jumaat, Sabtu & Cuti Umum [7.30 pagi - 1 pagi]
Telefon: 03-6204 9733

Cawangan Pretz n' Beanz IPC Shopping Centre:
Alamat:  G23, Ground Floor, IPC Shopping Centre, 
No.2 Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara
Waktu urusniaga: Isnin - Ahad [9.00 pagi - 10 tengah malam]
Telefon: 03-7732 0175

sila cuba Pretzel with Green Curry Chicken tu tau..
mesti korang makan tak toleh kiri kanan dah huhuhu..sedapnyer



You Might Also Like

9 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!