Followers

KFC Blogger Party bersama Nelydia Senrose untuk KFC Super Jimat Box yang Murah dan Mengenyangkan!

12:26:00 PM

Hi korang..Eh laju ok kak fink update entry ni hahahaha..Nampak tak excited nak update tu..Semalam kak fink sekali lagi join KFC Bloggers Party yang diadakan di KFC Pavillion..Tapi party semalam memang meriah betul! Plus semalam juga banyak hadiah yang KFC sediakan untuk  semua yang hadir dan join games! Wehuuu!


Kiteorang dah tak sabar nak tunggu event start masa ni..Sebab ada penampilan istimewa daripada artis cantik yang abg long minat sangat sangat..Sebenarnya tak tahu pun ada artis hahahaha..Sebab masa kiteorang sampai tu, tak nampak pun..Serius memang tak nampak artis..Bila emcee announce tu memang suprise juga la hahahaha..


Taraaaaa! Nelydia Senronse in the houseeee! Serius terkejut masa nampak Nely semalam sebab dalam kertas program tu tak de pun mention nama Nelydia Senrose..Ramai teruja masa Nely ke depan..Nak nak yang abang abang tu hahahaha..Kemain korang kan.. Menjerit jerit nampak Nelydia..Eh dia cantik sangat in person..So lovely..Dah la sporting betul.. Boleh tahan kelakar juga hahahaha..Sweet sweet gitu orangnyer..


Blogger Party semalam sempena KFC Super Jimat Box..Korang dah cuba belum? Murahhhhh ok...Dari serendah RM8.95 sahaja korang dah boleh dapatkan set yang sedap dan mengenyangkan.. Zaman sekarang ni semua kena jimat kan..Thanks KFC sediakan 5 Super Jimat Box macam ni untuk kami boleh rasa pelbagai jenis menu..Nak makan ayam goreng, burger and fries semua in 1 set sekarang ni dah boleh!


1. KFC Snacker Box [RM8.95]
- 4 ketul Nuggets
- 1 ketul Ayam KFC [Original Recipe atau Hot & Spicy]
- 1 (S) Cripier Fries
- 1 (R) Minuman Berkarbonat


2. KFC Wrap Box [RM9.95]
- 1 Lil' Cheezy Wrap
- 1 ketul Ayam KFC [Original Recipe atau Hot & Spicy]
- 1 (S) Cripier Fries
- 1 (R) Minuman Berkarbonat


3. KFC Variety Box [RM12.95]
- 1 Lil' Zinger Burger 
- 3 ketul Crispy Tenders
- 1 ketul Ayam KFC [Original Recipe atau Hot & Spicy]
- 1 (S) Cripier Fries
- 1 (R) Minuman Berkarbonat


4. KFC Lil' Zinger Box [RM9.75]
- 1 Lil' Zinger Burger
- 1 ketul Ayam KFC [Original Recipe atau Hot & Spicy]
- 1 (S) Cripier Fries
- 1 (R) Minuman Berkarbonat


5. KFC Signature Box [RM13.45]
- 1 Zinger Burger
- 1 ketul Ayam KFC [Original Recipe atau Hot & Spicy]
- 1 (S) Cripier Fries
- 1 (R) Minuman Berkarbonat


KFC Super Jimat Box dah dilancarkan pada 23 Februari 2016 yang lepas ya..So korang tunggu apa lagi..Nak lunch dah ni..Pergilah terjah KFC dan order KFC Super Jimat Box..Memang mengenyangkan..Bertepatan dengan slogannya "Dapat Lebih, Belanja Kurang".. Bukan senang nak rasa semua in 1 set kan..


Selesai jer acara makan makan semalam..Eh party kannn haruslaaah acara makan makan tu adaaaa..Lepas perut dah kenyang, aktiviti pun diteruskan lagi..Haruslah ada games ok! Boleh dikatakan sepanjang dari mula game pertama sampai game kedua semua gelakkk sajer..Paling rare aku kena menari lagu James Bond..Hoihh apakahhh? Nasib dapat partner joget Naim yang kelakar juga hahaha..Bedal je la walaupun step ke laut..Tapi tak de gambar kita wak..Hahahaha sedihhh!



Kita amik gambar team lain tengah join jer..Yang bestnya semalam siapa yang masuk game semua akan dapat hadiahhhh! Kalah atau menang, semua dapatttttt! Best ke idok? Haruslah best..Thanks KFC sponsor banyak vouchers semalam..Kak fink menang vouchers KFC semalam..Yayyy pasni kita pergi KFC lagi..


Abg long dipilih oleh Nelydia semalam untuk jawab slogan KFC..Terjerit jerit mak bagi jawapan hahahaha..Hoihhh anak yang kena jawab..Mak yang terkinja kinja dah kenapa? Hahahahaha..Sumpah happening semalam ok..Mungkin sebab semua yang datang semalam jenis yang sporting kan..So event pun jadi gamat..Korang tau tak slogan KFC..Abg long jawab semalam Soooooo Gooooddd hahahahahaha..Kalau jawapan betul boleh pusing roda ajaib tu untuk tentukan hadiah!


Disebabkan jawapan abg long betul..Nak tau abg long dapat apa? Dia dapat sampul Signature Box yang mempunyai voucher Topshop bernilai RM100 ok..Hahahahaha tak sia sia mak jerit dekat belakang..Untunglah dapat amik gambar dengan Nelydia macam tu..Mama pun tak berkesempatan nak..Senyum sampai telinga dia tu..Hari ni pun tak habis cerita lagi pasal semalam..Elehhh suka ler tu..hahahaha..Abang abang yang baca entry ni mohon jangan jeles ya..


Kids paling happy masa Blogger Party semalam..Dalam goodies bag tu semuanya barang diaorang sajer..Dapat sarung bekas air Transformers, Sudu Candy Crush dan Vouchers lagi..Thanks juga pada iday sebab sudi bagi 2 set lagi Transformers tu untuk anak anak kak fink..Alohh sweet sangat Iday! Thanks again KFC for having us..Nanti jemput lagi tau..Kita kasi gamat party tu lagi ok hahahaha..


Korang tunggu apa lagi..terjah cawangan restoran KFC yang berdekatan untuk merasai set KFC Super Jimat Box..Nak nak yang kerja tu, lunch tak tahu nak makan apa kan..Cari je KFC dan order..Murah dan berbaloi..Yang penting mengenyangkan..Pilih jer set mana yang korang teringin nak makan ok..Ada 5 sets semuanya..

kak fink suka set Signature Box! ada burger + ayam + fries + air..
perfect combo! lebih NIKMAT..lagi JIMAT..




You Might Also Like

9 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. wah bestnya. ehe bukannya boleh tengok pic ayam kepsi. mesti terbau bau and tetiba rasa kat tekak. hahaha

    ReplyDelete
  2. wah.. bestnya Party KFC. jeles dapat jumpa Nell. ;)

    ReplyDelete
  3. wow...syiok...dapat jumpa nelydia senrose lagi

    ReplyDelete
  4. Suka gak set jimat macam nie...semua tingin nak makan ada dalam satu box..berbaloi

    ReplyDelete
  5. bestnyer super jimat box, nanti bleh ajak partner g terjah ni....

    ReplyDelete
  6. Atul suka KFC Signature Box. Sebab complete menu nya dan mengenyangkan! :D

    ReplyDelete
  7. Bestnya..sebab ada Nelydia Senrose..

    ReplyDelete
  8. dalam bnyak-banyak menu suke kentang goring je..hahhaa

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!