Followers

Hair Depot: Cara kak fink LEBATKAN RAMBUT walaupun berhijab

1:18:00 PM

Pernah tak korang mengalami masalah rambut? Kak fink ada masalah rambut gugur..Haih dulu suka benor warnakan rambut sendiri..Pastu tak de buat treatment..Mana lah rambut tak gugurkan..So bila ada kawan kawan cadangkan Hair Depot, terus kak fink terjah cawangan Hair Depot yang terletak di One Utama..Cawangan ni baru jer beroperasi selama sebulan..


Di Hair Depot, korang boleh dapatkan produk untuk menyihatkan rambut, menggayakan rambut, mewangikan rambut, melebatkan rambut dan segalanya tentang rambut, korang boleh datang ke Hair Depot...Pertama kali jejakkan kaki ke sini, kak fink suka sangat dengan staff Hair Depot..Rasa di alukan kedatangan kita ke sini..Disambut dengan senyuman..Yang penting sekali, diaorang akan tanya apa masalah rambut kita..Lepas tu baru dia akan explain secara lebih details cara penjagaan seterusnya..


Masa kak fink berborak borak dengan staff dan ceritakan masalah rambut kak fink, dia cadangkan kak fink untuk pilih set melebatkan rambut..Produk pertama yang kak fink ambil hari tu adalah dari jenama Midori Secret Energy Hair Growth Shampoo..Boleh digunakan setiap hari shampoo ni..Sama ada korang nak gunakan sekali sehari ataupun dua hari sekali pun boleh ya..


Kalau ambil shampoo ni kena ambil dengan Power Mask dia tau sebab kalau tak nanti lepas shampoo tu korang akan rasa rambut tak lembut sangat..Bila kak fink dah guna, baru lah kak fink faham.. Memang rasa macam rambut sedikit kasar bila kita hanya menggunakan shampoo jer..Nasib baik kak fink ambil Power Mask dia..

Harga: RM60.00
Saiz: 300 ml


Produk kedua yang kak fink pilih adalah Midori Secret Energy Power Mask..Ni kira macam conditioner lah..Tapi yang bestnya bila kita pakai Power Mask ni, rasa macam berangin sebab ada mint dalam kandungan Power Mask ni..Rasa macam cooling jer..Rambut pun lebih relax dan tak stress..Selalunya kak fink akan biarkan dalam 2 minit masa pakai Midori Secret Energy Power Mask ni..Sementara tu, boleh lah korang gosok gigi ke..Cuci muka dulu  ke..Pakai dihujung hujung rambut jer tau..

Harga: RM66.00
Saiz: 300 ml


Dan produk yang ketiga adalah Midori Secret Energy Power Tonic..Terpaling sukaaaaaaa antara banyak banyak produk hari tu sebab tonic ni sejuk jer bila disemburkan ke kulit kepala..Boleh disemburkan dalam keadaan rambut basah ataupun rambut kering..Tapi selalunya kak fink sembur masa lepas mandi..


Dah la wangi macam pakai hair perfume..Korang hanya perlu semburkan ke kulit kepala di tengah, kiri 2 kali dan kanan 2 kali..Kemudian gosokkan dan ratakan semburan tadi..Biar sekata..Kalau boleh korang sembur hanya di bahagian atas kepala jer sebab di situ selalunya terjadi rambut yang gugur..Kalau nampak kesan rambut kurang pun mesti di bahagian atas kepala tu kan..

Harga: RM95.00
Saiz: 120 ml


Lagi satu yang kak fink pilih adalah Argan Oil Hair Serum..First time guna dah suka sebab bila korang guna serum ni automatik rambut terus jadi licin, lembut dan wangi..Sesuai untuk semua jenis rambut..Sapu dekat hujung hujung akar rambut tu jer ya..Tapi Argan Oil Hair Serum ni memang best..Favourite product juga..Kecil jer tapi banyak kebaikan Argan Oil ni..Korang nak FREE tak? Kalau nak free, baca sampai habis tau..

Harga: RM89.00


Di Home Depot, bukan hanya penjagaan rambut untuk golongan dewasa jer tapi juga ada untuk kanak kanak..Untuk anak anak kak fink pilih Kids Little Green Lice Guard Detangler Spray dan Kids Little Green Lice Guard Gel..Kenapa kak fink pilih produk ni? Sebabnya ni untuk perlindungan kutu untuk rambut anak anak..Ni sebagai langkah berjaga jaga lah kira nya bila anak di sekolah..Kadang kadang jangkitan kutu selalunya mesti bermula dari sekolah..Cepat betul merebak dari kawan kawan..


Yang sebelah kiri adalah Kids Little Green Lice Guard Gel..Hanya perlu sapukan ke rambut anak macam pakai gel biasa..Tak de bau busuk tau..Jangan risau ya hahahaha..Dan di sebelah kanan tu, adalah Kids Little Green Lice Guard Detangler Spray..Sama juga fungsinya adalah untuk melindungi rambut anak daripada terkena kutu..Cuma bezanya tadi dalam bentuk gel dan yang ni dalam bentuk air..

Harga Kids Little Green Lice Guard Gel: RM59.40
Harga Kids Little Green Lice Guard Detangler Spray: RM67.50


Thanks Hair Depot kerana menyediakan pelbagai jenis produk penjagaan rambut untuk seisi keluarga..Senang kan nak cari, dalam satu tempat untuk semua jenis golongan ada di sini..Kalau korang memang ada masalah rambut, tak kira lah rambut gugur ke, rambut berkelemumur ke, kering ke ataupun apa sahaja masalah rambut, jangan tunggu lama lagi..Datang terus ke Hair Depot untuk dapatkan produk yang bersesuaian dengan korang..


Untuk pembaca blog kak fink, korang boleh dapatkan Argan Oil Hair Serum ni secara PERCUMA tanpa perlu membeli apa apa..Terhad pada 100 pembaca terawal jer tau..Sah sehingga 15 Julai 2016..Tapi kalau kata sebelum 15 Julai 2016 tu dah habis, sorry ya korang..So kena cepat! Bagaimana caranya? Senang jer..Ikut arahan di bawah ni:

1. FOLLOW Instagram @hairdepot_my & kak fink @diya.nadia

2. REPOST gambar di bawah ni yang ada di Instagram kak fink

3. TAG @hairdepot_my dan kak fink  @diya.nadia

4. TUNJUK instagram yang korang repost ni pada staff Hair Depot

5. Korang akan dapat Arga Oil Hair Serum yang bernilai RM89.00 ni secara PERCUMA..



Hair Depot
LG, New Wing One Utama

Instagram: @hairdepot_my

dah dekat seminggu guna, so far kak fink puas hati..
paling terasa bila rambut rasa lembut dan wangi jer..rasa macam baru keluar saloon



You Might Also Like

5 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Kat one utama yer...hmmm memang tengah mencari produk rambut ni, dok gugur teruk semenjak dua menjak ni..faktor usia agaknya. Tq diya.

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!