Followers

LEGO City Adventures Airport: Permainan yang mampu merangsang otak anak untuk lebih fokus dan berfikir

8:00:00 AM

LEGO nama yang tidak asing lagi pada kita kan..Bukan hanya kanak kanak jer yang minat LEGO ni tapi ada juga golongan dewasa yang memang minat untuk membuat koleksi LEGO di rumah kan..LEGO ni kalau korang dah start buat koleksi, ia akan terus ada kesinambungan nak kumpul lagi set set lego yang lain..

Baru baru ni bila kak fink bawa balik set LEGO City Adventures: Airport untuk anak anak, bukan main sukaaaa lagi..Bukan 1 kotak tapi 3 kotak haaaa mama bawa balik..Paling teruja abg long lah sebab selalunya dia lah yang akan habiskan pasang set LEGO dengan tekunnya..Abg ngah tolong support sikit sikit untuk set yang lebih kecil..Tapi yang besar besar memang abg long yang selalunya siapkan..


Dia dah cakap nak unboxing kotak yang LEGO City Adventures: Airport yang paling besar dulu..Tak sabar nak tengok kapal terbang tu siap katanya..Masa dia unboxing tu, waaahhh banyakkkkkk LEGO yang abg long kena pasang ni hahahaha..1 kotak tu ada banyak bag yang dah dipecahkan kepada bahagian bahagian yang ada dalam set tersebut..


Dalam 3-4 hari juga dia fokus buat ketiga tiga set Airport tu..Bagus juga bila ada mainan LEGO macam ni sebab dalam masa yang sama, masa anak anak akan terisi dengan aktiviti yang mampu membina sel sel otak mereka untuk berimaginasi dan berfikir kan..Bukan senang nak buat LEGO tau tapi kalau korang fokus mesti jadi..Abg long dan abg ngah dapat main LEGO memang diaorang akan habiskan sampai siap..Selagi tak siap, selagi tu tak tenang hahahaha..



Ni koleksi LEGO yang terbesar yang ada di rumah ni, besarrrrrrrrrr sangat kapal terbang ni korang..Cuba korang tengok panjang dia sama lebar dengan satu seat kerusi kak fink..Ukuran untuk kapal terbang ni adalah sepanjang 47 sentimeter..Biasanya size LEGO yang sebelum ni tak de lah sebesar ni...Kagum tengok abg long berjaya siapkan set LEGO ni dengan jayanya..Tahniah abg long..Dia memang sabar je masa nak bina kapal terbang ni..



Ni kak fink kongsikan hasil pemasangan setiap set tadi..Ni set yang paling besar iaitu set Airport Passenger Terminal..Set ni mempunyai 694 keping bricks yang perlu dipasang.. Banyakkkk kannn.. Aloh comelnya! Dalam kapal terbang tu siap ada penumpang dan kerusi kerusi sekali huhu..Complete set! Dalam kotak ni juga didatangi dengan kapal terbang tadi, menara kawalan dan kereta pemunggah barang tu sekali..Seronok budak budak ni main..

LEGO City Airport Passenger Terminal Set
Serial No: 60104
Harga: RM499.90


Set kedua adalah set Airport Cargo Plane..Set ni mempunya 157 keping bricks untuk dipasang..Kapal terbang yang bersaiz sederhana besar..Ada pilot dalam tu hahahaha..So cute! Bestnyer set Lego City Adventures ni, anak anak akan rasa seperti berada di alam pekerjaan..Mereka lebih nampak suasana sebenar yang terjadi di Airport kan..

LEGO City Airport Cargo Plane Set
Serial No: 60101
Harga: RM79.90


Dan set yang terakhir adalah starter set yang mempunyai sebanyak 81 keping bricks..Starter set pun banyak yang anak anak boleh pasang..Starter set ni yang nampak meriah kan sebab banyak pekerja hahahaha..Jumlah untuk ketiga tiga set LEGO City Adventures: Airport ni ada 2 kapal terbang dan 1 helicopter..

LEGO City Airport Starter Set
Serial No: 60100
Harga: RM39.90


Meriahhhhhhh tak LEGO City Adventures: Airport yang dah siap di pasang..Secara keseluruhannya, untuk permainan LEGO City Adventures: Airport ni kak fink rasa:
  • dapat membantu kanak kanak berimaginasi dalam mereka cipta sesuatu bentuk
  • memberi mereka daya fokus yang tinggi semasa menyiapkan hasil LEGO mereka
  • menjadikan anak lebih kreatif
  • memberi ruang kepada anak dalam mempelajari bidang pekerjaan seperti bomba, polis dan juruterbang secara lebih dekat lagi dengan LEGO City Adventures


Korang jangan lupa bawa anak anak ke Quensbay Mall Pulau Pinang cuti sekolah ni..Bermula dari 31 Mei hingga 12 Jun 2016 pada pukul 10.30 pagi hingga 10.30 malam untuk sama sama memeriahkan LEGO City Adventures event di sana..Untuk anak anak yang berumur 5-12 tahun, mereka boleh join acara Unleash Your Kids Imagination

Ibu bapa boleh mengambil gambar LEGO ciptaan anak anak dan muat naik ke ruangan komen Facebook LEGO certified store malaysia dan berikan nama, umur beserta #LegoCityAdveturesMy.. Selesai tu, boleh lah bawa anak anak korang dan tunjukkan gambar yang dimuat naik tadi untuk redeem hadiah misteri daripada pihak LEGO..Terhad pada 100 orang yang terawal jer tau..


LEGO City Adventures Event
Tempat: Quensbay Mall Pulau Pinang
Waktu: 10.30 pagi - 10.30 malam

Website: www.lego.com

bawa anak anak enjoy di sana sempena cuti sekolah ni ya..


You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Lama tak berLEGO sejak ade dik mok yang suka makan semua benda t_______t

    tapi yang ni best sangt nie.

    ReplyDelete
  2. macam macam betul Lego skrg ni. adult pun minat jugak jadikan hobby.

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!