Followers

The Parenthood dan My Kingdom Parenthood Playland Sunway Putra Mall: Shopping, Learning dan Playing di satu tempat berkonsepkan London Street!

10:36:00 AM

Minggu lepas kak fink sempat bawa anak anak ke The Parenthood yang terletak di Tingkat 2, Sunway Putra Mall..Bagi chance lah budak budak ni main sebelum berpuasa hari tu kan..The Parenthood ni parents boleh shopping, boleh relax di Saloon yang disediakan untuk gunting rambut, spa ataupun manicure..Dalam masa yang sama, anak anak boleh main dalam Parenthood Playland..


Bercakap tentang Parenthood Playland, untuk masuk ke sini korang kena pakai stokin ya..Abg long tu dah dapat main X-box tak bergerak gerak dari situ..Ada pula papa nak layankan..Sekali sekali mama bagi ok abg long hahahaha..Cuti sekolah kan..Bagilah dia seronok seronok sikit..Adik adik yang lain ntah mana mana main dekat dalam ni..


Abg ngah terus ke bahagian trampoline..Seronok dapat melompat lompat dalam tu adik beradik ni..Kembar pun suka melompat juga..Bagus juga masa ni tak ramai sangat orang, jadi kita tak risau diaorang terlanggar antara satu sama lain..Main lah nak, masa ni tak puasa lagi..Lompat lah sampai penat..



Dah besar sangat dia tu..Dulu kalau nak main gelongsor mesti mama yang tolong naikkan ataupun abg long lah yang selalu berpenat lelah untuk angkat adik kembar dia hahahaha..Tapi sekarang dah besar, dah pandai naik sendiri..Tak tahu lah berapa kali dia naik gelongsor tu..Energy diaorang macam tak pernah kurang ok budak budak ni..


Abg chik suka tunggang mainan macam ni pastu cakap "Bye Ma nak pergi work" hahahahaha..Kecik lagi awak ni nak pergi work..Suka betul ikut apa yang orang cakap..Sebab kadang kadang bila kak fink nak pergi event yang tak boleh bawa anak anak, kak fink akan cakap "Bye Chik mama nak pergi work"..Tu yang dia tiru tu..


Tempat bola bola ni sentiasa dibersihkan ya korang..Sebab tu mereka pastikan semua pengunjung perlu berstokin..Kalau kata korang tak bawa stokin, jangan risau..Stoking ada dijual di sini..Tapi kalau dah tahu ni, prepare jer lah siap siap stokin tu..Anak dan parents sekali kena pakai..Walaupun parents tak main, tapi parents pun kena pakai..



Ada juga wall climbing untuk anak anak main dekat sini..Parenthood Playland ni bukan hanya sekadar bermain tapi segala permainan yang disediakan di dalam ni sebenarnya adalah untuk meregangkan otot otot anak..Boleh dikatakan semuanya memerlukan anak anak menggunakan tenaga fizikal yang ada..


Kak fink tak sabar nak tunggu pembukaan The Parenthood dekat Sunway Pyramid sebab katanya dekat sana lebih besar dan lebih luas dari Sunway Putra Mall...Wahh excited kan..Dekat sini pun budak budak ni main dah berpeluh peluh..Ini kan pula di Sunway Pyramid yang besar itu huhu..Korang bawa lah anak anak ke sini..Indoor kan, tak terdedah kepada cuaca yang panas..


Di luar Parenthood Playland ni, boleh juga anak anak bermain skuter yang disediakan..Abg long tu tengok dah berpeluh peluh pun tak reti penat lagi..Boleh pusing pusing dalam ni..Dekorasi dalam The Parenthood ni seperti jalan jalan yang di kota London..So anak anak bebas main sana sini dengan mood seperti berada di London..



Ada juga permainan Zoo Moo yang disediakan di depan pintu masuk Parenthood Playland..Lagilah budak budak ni suka dapat main tab tu..Diaorang memang suka dengan cerita Zoo Moo yang ditayangkan di Astro tu, dapat pula main permainan daripada Zoo Moo dengan tab tu, tak bergerak jadi nya..


Bila korang ke sini, jangan lupa singgah di kedai Faber Castell sebab anak anak akan diberi peluang untuk mewarna dengan pensil warna daripada Faber Castell..Pensil warna ni boleh ditukar menjadi water colour tau..Daripada tak pandai mewarna pun akan nampak cantik jer..Ni antara aktiviti kegemaran abg ngah..Dia kan minat dengan warna warna ni..



Korang juga boleh dapatkan diapers pada harga promosi..Untuk pengetahuan korang, setiap kali awal bulan, setiap pembelian korang di The Parenthood nanti akan ada lucky draw tau..Masa lucky draw, korang sendiri akan cabut satu nombor dan ada hadiah yang akan korang dapat tu mengikut nombor yang diambil tadi..Best kan..Shopping dapat lucky draw!


Ni antara kedai yang korang boleh dapatkan barang barangnya di The Parenthood..Ada Pureen, Simple Dimple, Party Shop, Faber Castell, Toys, Fridge Magnet, English Education Shop dan banyak lagi dalam ni..Memang meriah..Rasa macam jalan jalan dekat London Street..Siap ada bas London yang besar di depan pintu masuk The Parenthood ni..



Nak makan? Jangan risau..Ada cafe di sediakan..Signature menu yang ada di Lillipilli cafe ni adalah nasi lemak rendang ayam..Korang cuba lah nanti..Dengar cerita cafe ni, menyediakan pemakanan sihat jer..Dari sini juga parents boleh tengok anak anak main dalam playland menerusi CCTV yang disediakan di depan cafe ni..Senang kan..Tak penat lah korang nak tengok tengok anak dekat dalam tu kan..Just rehatkan diri sambil makan makan dekat sini jer..


Kalau rasa nak buat private party pun boleh..Ada bilik disediakan..Manalah korang tercari cari idea nak celebrate birthday anak dekat mana kan..Boleh lah berhubung terus dengan pihak pengurusan The Parenthood..Mesti anak anak enjoy sebab tempat ni memang menyeronokkan untuk kanak kanak..Ceria dengan warna dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini..


Kalau mommy or daddy rasa nak gunting rambut ke..manicure padicure ke..Boleh lah ke A Beauty Secret Studio..Letak jer anak dekat playland dan korang dah boleh enjoy sesi merehatkan badan di sini..Boleh buat facial juga dekat sini tau..Sesekali rasa nak reward diri sendiri tanpa gangguan anak anak, boleh lah terus ke sini ya..




Untuk ibu ibu yang masih menyusu ada nursing room disediakan di sini..Selesa..Kak fink dah masuk dah sini..Siap disediakan breast pump dekat sini untuk kemudahan ibu ibu..Tak perlu bawa dari rumah...Nak menyusukan anak terus di sini pun boleh sebab ada kerusi disediakan..Nak tukar diapers baby pun boleh dekat sini..Ada tempat baringkan baby..Complete!


Ni antara tarikan terbaru yang ada di The Parenthood..Anak anak boleh main tembak tembak dekat sini..Mana tau ada anak anak yang dah berusia remaja kan..So boleh la lepak sini juga..Nak tahu lebih details korang boleh drop by dekat The Parenthood, Sunway Putra Mall di tingkat 2 ya..Section ni baru jer dibuka tau..


Admission Rate (1 tahun ke atas):
Weekday: RM35
Weekend, Public Holiday dan School Holiday: RM45

Promo Price:
5 entrance (Buy 4 Free 1)
Weekday: RM140
Weekend, Public Holiday dan School Holiday: RM180

Facebook The Parenthood: www.facebook.com/theparenthood
Facebook My Kingdom: www.facebook.com/jepkingdom

kalau belum bawa anak ke sini, boleh lah bawa ya..tak panas sebab indoor..
lepas ni ada di Sunway Pyramid cawangan yang terbesar akan dibuka..tungguuu!


You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Dah pergi dulu, mmg best laa si kembar sakan main sampai tak nak balik hehe

    ReplyDelete
  2. Menarik ni..tengah mencari indoor playground tuk bawak anak2 minggu depan..

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!