Followers

The Parenthood Sunway Putra Mall: Abang long dan Abang ngah menang pertandingan congkak daripada SPM Games

12:13:00 PM

Ahad lepas kak fink sempat bawa hulubalang ke The Parenthood yang terletak di Tingkat 2, Sunway Putra Mall..Anak anak memang suka ke sini sebab dapat main main dalam keadaan yang selesa..Masa hari ahad tu, ada pertandingan congkak yang diadakan di The Parenthood oleh SPM Games..Abang long yang teringin sangat nak main congkak ni sebenarnya..


Tiba tiba masa sampai sana, semua nak main congkak hahahaha..So kak fink terus register kan empat anak untuk masuk pertandingan congkak ni..Abang long memang dah pandai main tapi abang ngah, abang chik dan adik kena ajar nak main macam mana..Sambil main, sambil belajar kan..Seronok tengok anak anak belajar sesuatu yang baru di sini..


Pusingan pertama semua main congkak untuk kutip point masing masing..Anak anak diberi 2 kali peluang untuk bermain..Lepas tu sekiranya markah mereka sama, diaorang akan dipanggil lagi sekali untuk menentukan kedudukan ke pusingan kedua..Meriah betul, ramai juga anak anak yang join pertandingan ni..


Diskaun 20% diberikan untuk para pengunjung pada hari ahad tu untuk pembelian congkak daripada SPM Games..Kak fink suka set congkak daripada SPM Games ni sebab ianya ringan..Boleh di bawa ke sana sini untuk anak anak main..Plus buah congkak tu jer dah menarik perhatian sebab berwarna warni..Bila tak nak main boleh simpan terus dalam box..Tak de lah bersepah sepah nanti..


Sementara nak tunggu pukul 3.30 petang untuk mengetahui sama ada anak anak layak ke tidak untuk pusingan final, sempatlah kak fink bawa anak anak untuk enjoy main dalam The Kingdom..Dalam ni memang banyak mainan untuk anak anak cuba..Kak fink pernah review dulu apa yang menarik dalam The Parenthood ni..Nanti kak fink share link di bawah ni ya..



Kalau rasa hujung minggu tak tahu nak bawa anak dekat mana, boleh lah bawa anak anak ke sini..Tak panas dan selesa..Jangan lupa bawa stokin ya untuk masuk ke sini..Selain daripada boleh main, dalam ni juga mak ayah boleh beli barang barang keperluan anak seperti botol susu, diapers, permainan dan banyak lagi barang keperluan anak ada dijual di sini..Korang boleh tinggalkan jer anak dalam ni..Tak perlu risau ok..


Di pusingan kedua, abang long dan abang ngah dapat markah yang sama..Maka nya mereka perlu lawan lagi sekali untuk menentukan tempat kedua dan ketiga..Tempat pertama dah ada pemenang masa ni..Mama yang seram ok bila abang terpaksa berlawan dengan adik hahahahaha..Ni pengalaman pertama abang ngah main congkak..Seronok betul dia..


Dan akhirnya, tempat kedua jatuh kepada abang long dan tempat ketiga pada abang ngah..Hurmm not bad kan..Join suka suka jer tapi rezeki anak anak dapat bawa pulang permainan kesukaan mereka daripada SPM Games..Tahniah untuk semua pemenang congkak pada hari tu..Balik tu terus main congkak lagi dekat rumah..Dah macam ketagih pula budak budak ni main congkak..Tak boleh nak berhenti hahahaha..


Untuk hadiah tempat kedua:
  • 1 set congkak dari SPM Games 
  • 2 Bulan Unlimited Play di The Parenthood yang bernilai RM2,260.00
  • Boleh masuk 1 kid and 1 adult

Untuk tempat ketiga:
  • 1 set congkak daripada SPM Games 
  • 1 bulan Unlimited Play di The Parenthood  yang bernilai RM1,130.00
  • Boleh masuk 1 kid dan 1 adult juga
Alhamdulillah..Terima kasih The Parenthood dan SPM Games untuk tajaan hadiahnya.. Selain tu, kami juga membawa pulang barangan daripada Johnson & Johnson..Happy sangat hari tu budak budak ni..Korang pun jangan lupa follow facebook The Parenthood sebab banyak aktiviti dan jualan murah yang mereka adakan dari masa ke semasa..


Admission Rate (1 tahun ke atas):
Weekday: RM35
Weekend, Public Holiday dan School Holiday: RM45

Promo Price:
5 entrance (Buy 4 Free 1)
Weekday: RM140
Weekend, Public Holiday dan School Holiday: RM180

Facebook The Parenthood: www.facebook.com/theparenthood
Facebook My Kingdom: www.facebook.com/jepkingdom

nak tengok review kak fink tentang The Parenthood sebelum ni secara lebih details?
korang boleh klik warna biru ENTRY THE PARENTHOOD..banyak gambar tau!



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. tahniah abg long abg ngah ,auntie ada congkak kayu je kat umah heheheh

    ReplyDelete
  2. hahahha pulak dok main congkak je ye?? zmn dolu2 pompuan je main tu kak harr jgn t nk main masak2 plak barbie doll pening mama korg! hehe tq jengok2 ahdek kehpam nye page yg bersarang tu kak "^^ caaayangggggg ahkak kehpam selalu!

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!