Followers

ReNew+ : Dapatkan iPhone 7 dan iPhone 7+ tanpa sebarang wang pendahuluan daripada CompAsia

3:36:00 PM

Baru ni kak fink berpeluang untuk menghadiri pelancaran satu program pemilikan yang bijak digelar "ReNew+" daripada CompAsia..Program ini dijangka dapat mengubah cara bagaimana pengguna menjual beli telefon pintar mereka pada setiap tahun melalui Maybank EzyPay..Untuk mereka yang memang jenis up to date dan mengikuti perkembangan telefon pintar yang baru, haaa ni memang sesuai sangat dengan korang..

ReNew+ ni secara kesimpulannya menawarkan pilihan kepada para pelanggan yang ingin menaiktaraf telefon pintar mereka pada setiap tahun.. Namun ianya tidak sama seperti pelan yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi tempatan kerana ReNew+ membebaskan pengguna daripada terikat kontrak dengan syarikat telekomunikasi selama 2 tahun..So korang bebas nak pakai telco apa pun..


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CompAsia, Encik Julius Lim berkata ReNew+ dilancarkan untuk menawarkan program upgradevagi telefon pintar iPhone sahaja memandangkan terdapat permintaan yang tinggi di pasaran dan masih tidak mampu dibeli oleh ramai orang terutama mereka daripada pasaran Asia..Selain itu, pengguna iPhone didapati lebih cenderung menaiktaraf telefon pintar mereka berbanding dengan jenama lain..


Untuk program ni, telefon pintar iPhone 7 dan iPhone 7+ merupakan produk pertama yang boleh dibeli dan dikenakan bayaran bulanan yang rendah iaitu serendah RM160.00 sebulan tanpa sebarang bayaran pendahuluan..Murah kan..Kak fink percaya mesti ramai yang berminat bila dengar iPhone 7 ataupun iPhone 7+ kan..


Dianjurkan melalui Maybank EzyPay, pelan ini menawarkan pembayaran ansuran tanpa faedah sehingga 24 bulan..Hanya untuk mereka yang layak membeli dengan menggunakan kad kredit Maybank sahaja..Kad lain tak boleh ya..So kalau korang ada kad Maybank EzyPay ni boleh lah pergi ke mana mana cawangan CompAsia untuk mendapatkan iPhone 7 dan iPhone 7+..


Pembeli juga berpeluang untuk mendapatkan insuran "Phone Guard" percuma selama setahun sebagai perlindungan daripada skrin retak..Tak perlu risau dah lah kalau skrin telefon korang pecah berderai..Boleh gantikannya secara percuma jer dengan CompAsia selama setahun..Kalau nak ganti tu, mahal juga kan kos dia..So dekat sini dah jimat dah..


Katakanlah lepas ni iPhone 8 atau iPhone 9 pula keluar dan korang nak tukar iPhone 7 tu tadi..Senang jer, cuma bawa telefon tadi ke CompAsia dan tukar ke iPhone 8 ataupun iPhone yang terkini tanpa sebarang wang pendahuluan..Duit yang korang dah bayar selama 12 bulan tu akan dikontrakan ke akaun telefon pintar iPhone 8 tu tadi..Kiranya korang tinggal bayar separuh jer lah untuk iPhone 8 tu nanti..


Menarikkan? Konsep dia macam korang sewa telefon tu sebenarnya sebab tak semua orang mampu beli dan keluar duit yang banyak untuk satu telefon kan..Sebab tu dia buat bayaran ansuran dengan harga yang murah tanpa sebarang faedah dan tanpa sebarang wang pendahuluan..Untuk mereka yang memang kaki gajet, ReNew+ ni memang menguntungkan..

Alamat: 
Unit 2.03 Level 2, Wisma Academy
No. 4A, Jalan 19/11, Petaling Jaya

Telefon: 03-7931 3471
lepas ni semua orang mampu pakai iPhone baru setiap tahun..
sesiapa yang berminat boleh terus hubungi CompAsia ya..




You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!