Followers

Seven Skies International (SSI) Memperkasakan Ibu Bapa

12:58:00 PM


Seven Skies International adalah satu projek sekolah yang dimulakan oleh Mercy Mission dimana ianya bertindak sebagai sebuah pertubuhan yang tidak mengambil keuntungan, sebaliknya sebuah pertubuhan yang bertanggungjawab untuk membantu ummah..Secara ringkasnya, Seven Skies International menggunakan sukatan pelajaran Cambridge dan kurikulum antarabangsa..Dan asasnya adalah pembelajaran agama Islam untuk setiap pelajar..

Sebagai sebuah organisasi yang menitik beratkan pelajaran agama, Seven Skies International  menekankan nilai nilai di bawah untuk para guru, pelajar dan dalam setiap kurikulum mereka seperti:
  • Cintakan Allah
  • Keikhlasan dan takutkan Allah
  • Integriti dan kepercayaan
  • Kecemerlangan ilmu dan tindakan
  • Karakter sebelum pengetahuan
  • Positif dalam segala yang dilakukan 
  • Kepimpinan, pemilikan dan tanggungjawab


Dalam memastikan pelajar-pelajar mendapat didikan yang sempurna, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam pembentukan karakter dan tahap akademik di sekolah. Didikan agama yang baik diberikan di sekolah..Begitu juga tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk menunjukkan contoh dan moral yang baik di rumah. 

Didikan agama bukan sahaja perlu diberikan di sekolah. Ibu bapa perlu memahami keperluan anak-anak. Untuk mengetahui keperluan mereka, ibu bapa perlu mengenali mereka. Apa yang menarik hati kak fink di Seven Skies International ni, aktiviti yang diadakan bukan hanya untuk anak anak tapi juga untuk ibu bapa..


Di Seven Skies International, mereka mempunyai 3 penggal untuk setiap tahun pengajian..Dan pada setiap penggal itu, SSI mengadakan parenting workshop untuk para ibu bapa sama-sama belajar untuk mengenali anak secara lebih dekat..Segala permasalahan berkaitan anak akan dirungkai dalam kursus ini..


Berpeluang bersama pakar dalam didikan remaja yang di bawa khas dari Kanada, ibu bapa dapat mengikuti kursus ini selama 4 hari ..Kursus ini memberi kefahaman tentang bagaimana kanak kanak bertindak balas terhadap pendekatan yang berbeza..Dan yang menariknya, ibu bapa berpeluang mempelajari cara bagaimana untuk mencipta seorang pemimpin hanya dengan bermula dari rumah dan kemudian ke dalam masyarakat..

Sebagai ibu bapa, pasti semuanya mahukan yang terbaik untuk anak anak kan..Dan kak fink nampak di SSI ni, dari kecil lagi mereka dah diajar menjadi seorang pemimpin..Dari cara pelajar berfikir dan mengeluarkan idea memang mampu mengagumkan kak fink sebagai seorang ibu..Lantang dan bernas sangat masa kak fink dapat menyaksikan public speaking daripada pelajar pelajar ni..


Bukan hanya sekadar parenting workshop, ibu bapa juga diberi keistimewaan untuk menyertai pelbagai aktiviti anjuran SSI atau syarikat induknya, Mercy Mission yang mampu membantu anak anak dalam proses pembelajaran mereka di SSI..Mesti korang nak tahu, apa aktiviti yang diadakan untuk para ibu bapa kan? Kak fink kongsikan di bawah ni antara aktiviti dan program yang diadakan oleh pihak SSI untuk para ibu bapa.

  • Kelas Bahasa Arab & Tajweed secara percuma
Kelas ini bukan hanya sekadar untuk menambah pengetahuan malah ianya penting dalam pembacaan Al-Quran..Dengan ada nya kelas ini, ibu bapa dapat meluangkan masa bersama anak anak di rumah tanpa meletakkan tanggungjawab membaca Al-Quran itu semata mata kepada guru..Pelajar juga berpeluang mempelajarinya daripada ibu bapa mereka sendiri..




  • Diskaun menarik untuk kelas-kelas anjuran Al-Kauthar Institute
Ibu bapa boleh mendapatkan segala info berkenaan dengan Al-Kauthar Institute, di website www.alkauthar.org. Pelbagai kelas di adakan oleh pihak Al-Kauthar Institute dengan diskaun yang menarik.
      • Pakej menarik untuk tiket Twins of Faith yang akan berlangsung pada 17 & 18 Disember 2016
      Twins of  Faith adalah konferen tahunan yang dianjurkan oleh Mercy Mission dengan tujuan untuk mendidik dan menggerakkan rakyat terhadap aktivisme sosial yang positif .


      Berikut adalah aktiviti yang bakal berlangsung di Twins of Faith 2016


      Kalau kak fink diberi peluang juga, kak fink teringin sangat nak hantar anak anak ke SSI kerana di sinilah mereka bukan hanya belajar tentang akademik, malahan pendekatan mengenai ilmu agama sangat sangat dititikberatkan..Bukan hanya guru yang memainkan peranan malah apabila kursus setiap penggal yang diadakan kepada ibu bapa sangat bermakna dalam membesarkan anak di zaman yang serba moden dan mencabar sekarang ni kan..

      Untuk lebih lanjut berkenaan SSI, korang boleh rujuk entry kak fink yang lepas di SINI

      Seven Skies International School
      Alamat:  
      No 6 & 7, Lorong Teknologi C, Taman Sains Selangor 1, 
      PJU 5. 47810 Petaling Jaya
      Instagram: @sevenskieskl



      You Might Also Like

      0 828 PinKy PinKo say Hi!

      Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

      Thanks peeps!