Followers

Pak John Steamboat & BBQ: Celebrate Birthday Atok Yang Ke 63 Tahun

3:08:00 PM

Birthday Atok tahun ni kiteorang adik beradik decide nak celebrate dekat Pak John Steamboat..Disebabkan dekat sini buffet. So bagi lah Atok makan sampai puas kan. Ini kali keempat ke kelima aku makan dekat sini ahahahaha..Pelanggan setia sangat.. Banyak banyak steamboat, kiteorang memang suka lepak sini sebab banyak pilihan. Boleh check previous entry aku untuk Pak John sebelum ni ya..


Kiteorang satu family sampai awal. So menunggu dulu Atok dan adik adik yang lain untuk sampai baru decide nak pilih sup dia..Dekat Pak John ni pelbagai jenis pilihan sup korang boleh pilih. Antara yang menjadi favourite kiteorang semestinya Kari dan Tom Yam..Meriah pula makan masa ni. Mana tak nya 3 generasi ada dekat situ hahahaha..Atok, anak dan cucu cucunya..


Walaupun dah banyak kali datang Pak John, ni pertama kali dapat rasa ketam dia..Besar besar wak. Siap ada telur haaaa..Thanks CS bagi kami rasa. Ketam ni cepat habis. Letak jer habis. Letak lagi, habis lagi..Tapi nasib baik lah hari tu Manager dia baik hati hidangkan untuk kiteorang hikhik..Shooo shuweettttt..Tiga kali laki aku repeat makan ketam..


Tempat daging dan kambing hiris ni pun antara favourite spot kalau aku datang ke Pak John sebab kalau nipis nipis macam ni senang nak masak masa bakar tu. Itik pun ada kalau korang nak. Just cakap dekat staff tu jer nak daging apa ya..Dia dekat dengan tempat dim sum jer..Sebelah sebelah..


Ni kiranya anak buah paling latest sekali dalam family hahahahahha..Dani Mokkkkk..Cucu Atok semua lelaki wak. Ini cucu yang keenam. Tak jumpa lagi perempuannya haaa..So tabah jer lah kalau pergi makan ramai ramai macam ni, memang nampak kaum adam yang lebih memolopori mejanya..Gittewww...Perempuan ada 3 ketul jer hahahahaha..


Nak bagi hadiah dekat Atok pun kemain bising lah korang ni..Huru hara tu memang wajib ya..Kalau balik umah Atok pun gini juga lah bisingnya..Atok pun dah pasrah dah..Eh dia kalau cucu dia tak marah wak bising bising camni..Dia senyummmm..Tapi kalau kiteorang adik beradik dulu memekak mekak, kemain dia marah..Bencilahhh..Pilih kasih sangat Atok Musa tu..


Selepas 3 jam makan dengan padatnya perut, maka meh lah balik..Muka kakak pun dah berwap wap dah. Thanks CS untuk arrangement hari tu..Semua orang happy. Bukan senang nak kumpul makan sama sama macam ni. Yer la semua dah ada komitmen masing masing kan. Tapi untuk birthday Atok kita dapat spent time sama sama..Tengok muka Atok senyum macam tu pun tahu dah dia happy..Ehh yakin sangat ahahahahahaha..


Website: www.pakjohn.com

Alamat: 
Lot LG-13A & LG-15, Lower Ground Floor, eCurve
No. 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya

Tel: 03-7733 3913

untuk korang yang nak baca previous review kak fink tentang Pak John ni,




You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. happy birthday atok yg ke 63thn..sronok atok layan buffet steamboat ye....ketam ada telur tu susah nk jumpa..rezeki la tu

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir untuk atuk akk.. bestnya still ada atuk lagi... btw, Steamboat & BBQ Pak John memang sedap.. nyumnyumnyum

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!