Followers

Pensonic: Kempen Masakan Pensonic Chef’s Like Musim Keempat (2017)

3:00:00 PM

2017 merupakan musim keempat Pensonic mengadakan Kempen Masakan Pensonic bersama dengan Chef Mail..Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan hadiah menarik menanti para pengguna Pensonic. Kempen memasak beramai-ramai, Peraduan Tonton dan Menang untuk rancangan Chef Mail Masak Bersama Pensonic, Peraduan ‘Instagram’ dan banyak lagi peraduan serta aktiviti telah diadakan bagi berkongsi kegembiraan bersama dengan pengguna Pensonic..

Seramai 500 orang peserta telah mengikuti acara memasak beramai ramai yang diadakan di West Boulevard, One City bersama sama dengan  Dato’ Chef Haji Ismail. Yang menariknya, peserta tak perlu risau untuk menyediakan peralatan yang perlu digunakan ataupun bahan mentah yang ingin dibawa kerana Pensonic telah menyediakan semuaaaaanya..Huwaaa bestnya!

Yer lah bukan senang dapat beramah mesra dan berpeluang mempelajari ilmu masakan dari Dato’ Chef Haji Ismail kan? Hasil masakan tadi boleh dibawa pulang untuk dikongsi bersama dengan ahli keluarga. Dah dapat masak, dah dapat ilmu, peserta juga dapat membawa pulang hadiah hadiah menarik daripada Pensonic bernilai RM400.00 termasuk Periuk Serbaguna Pensonic..

Kempen Kembara Memasak Chef's Like Musim Keempat Pensonic ni diadakan dari bulan April sehinggalah bulan Julai 2017. Kalau korang pun teringin nak menyertai Kempen Masakan Pensonic Chef’s Like pada musim ni, kunjungi kedai kedai terpilih di bawah untuk lebih lanjut ya:
  • Ban Huat Electrical Sales and Services, Pulau Pinang (29 April 2017, 11.00 pagi, Sabtu).
  • CY Cash & Carry, Kedah (5 Mei 2017, 11.00 pagi, Jumaat).
  • Wah Lee Group, Penang (5 Mei 2017, 4.00 petang, Jumaat).
  • HK Home Enterprise, Kedah (6 Mei 2017, 3.00 petang, Sabtu).
  • AEON BiG Bukit Rimau, Selangor (20 Mei 2017, 2.00 petang, Sabtu).
  • Tesco Mutiara Damansara, Selangor (15 Julai 2017, 1.00 petang, Sabtu).
  • Giant Kota Damansara, Selangor (16 Julai 2017, 9.00 pagi, Ahad).
  • Chan Furniture & Electrical Store, Sabah (29 Julai 2017, 2.00 petang, Sabtu).
  • Bright Scott Electrical Sdn Bhd, Sabah (30 Julai 2017, 12.00 tengah hari, Ahad).
  • senQ, Sabah (30 Julai 2017, 4.00 petang, Ahad).

Selain tu, Pensonic juga turut mengadakan peraduan "We Want You To Be On TV". Peserta perlu menghantar resepi berserta gambar dan langkah langkah menyediakannya. 7 pemenang bertuah telah dipilih untuk masak bersama sama dengan Chef Mail dan selebriti jemputan seperti Mark Adam, Ezuwan Ismail, Amy Mastura, Kilafairy, Kaka Azraff, Azad Jasmin, Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Raja Afiq, Emily Lim, Alan Yun dan Amber Chia 

Pemenang berpeluang muncul dalam kaca TV untuk rancangan "Chef Mail Masak Bersama Pensonic". Kak fink sendiri merupakan salah satu pemenang yang terpilih dan dapat masak bersama Mark Adam untuk episod pertama wohoooo..Seronok tau. Dapat belajar resepi Chef Mail dengan menggunakan peralatan daripada Pensonic. Yang lebih menarik bila dapat bawa balik hadiah yang merupakan salah satu produk Chef's Like Pensonic..Pengalaman yang tak kan dilupakan..Seronok!


Rancangan "Chef Mail Masak Bersama Pensonic" ni berjaya mendapat jumlah tontonan sebanyak 780 000 orang penonton dan pada tahun lepas jumlah keseluruhan yang menonton  adalah seramai 4.7 juta orang penonton. Ramaiiii nyaaa! Tahun lepas dan tahun ni berbeza tau. Kalau tahun lepas, pemenang kena masak di rumah tapi kami hari tu berpeluang masak di restoran yang terpilih seperti Korea, Arab, Nyonya, Bali, Jepun dan India. 

Kak fink sendiri berpeluang masak dalam episod pertama di restoran Arab..Contohnya hari tu kan, kak fink dapat menyediakan menu masakan arab bersama sama dengan Mark Adam..Nervous juga mula mula tu tapi Chef restoran tersebut dah berikan tunjuk ajar macam mana cara nak menyediakannya..Yang buat seronok sebab kena berpasangan dengan Mark Adam, tu yang tak kering gusi tu nak gelak hahahaha..Dia kelakar sangat..


Bermula dari 8 Mei, 8 episod akan disiarkan di TV3 setiap hari Isnin dari jam 6.00 petang hingga 6.30 petang. Episod terakhir rancangan ini akan disiarkan pada 3 Julai 2017. Siaran khas juga akan dipaparkan di halaman Facebook Pensonic setiap hari Isnin pada jam 10.00 malam di bulan Ramadhan. Korang kena tengok tau sebab akan ada satu lagi peraduan iaitu "Tonton & Menang"

Soalan soalan yang diberikan semua ada pada episod yang mereka tayangkan. So make sure duduk depan TV setiap hari Isnin jam 6.00 petang ok.. Soalan akan diberikan di laman Facebook Pensonic. Yang belum follow page Pensonic, boleh follow sekarang. Masih ada episod lagi untuk korang tonton.. Pemenang berpeluang memenangi peralatan Pensonic dan baucer restoran. Menarik kan?


Dalam setiap episod yang ditayangkan, Chef Mail akan menggunakan peralatan dalam siri Chef's Like termasuk:
  • Pembuat Roti (Bread Maker) PBM-2000
  • Kelalang Thermo (Thermo Flask) PTF-5002
  • Pengisar (Blender) PB-801
  • Pencampur (Mixer) PM-214
  • Periuk Serbaguna (Multi-cooker) PMC-150G
  • Dapur Induksi (Induction Cooker) PIC-2000
  • Pengukus (Steamer) PSM-1603
  • Periuk Nasi (Rice Cooker) PSR-17N
  • Ketuhar Elektik (Electric Oven) AE-19N
  • Ketuhar Perolakan (Convection Oven) PRO-910
  • Ketuhar Gelombang Mikro (Microwave Oven) PMW-2003 
  • Air Fryer' (PDF-2201).
Terima kasih Pensonic kerana sentiasa berkongsi kegembiraan dengan kami. Korang kena follow facebook page Pensonic tu untuk ketahui segala aktiviti menarik yang mereka sediakan sepanjang 2017 ni..Mana tahu lepas ni rezeki korang pula dapat sertai kelas masak secara beramai ramai dengan Chef Mail ataupun dapat muncul di kaca TV seperti kak fink. Impian jadi kenyataan sangat tau..

Website: www.pensonic.com

jangan lupa tonton rancangan Chef Mail Masak Bersama Pensonic
setiap isnin dan sertai peraduan Tonton & Menang ya..



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!