Followers

Taste New Zealand: Belanja RM50.00 dan Berpeluang Menang Hadiah Bernilai RM2000

6:08:00 PM

Hari tu kan kak fink sempat lah pergi ke Jaya Grocer untuk lihat sendiri New Zealand Fair 2017 yang sedang berjalan sekarang di seluruh cawangan Pasaraya Jaya Grocer..Bermula dari 3 Mei sehinggalah 20 Mei 2017 ni tau..Nak pergi New Zealand tak tahu bila wak hukhuk. Dapat rasa makanan dan produk produk dari sana pun dah seronok sangat rasa hati ni..


Kalau korang sejenis yang suka makanan seperti cereals, susu, chocolates, peanut butter, chips dan banyak lagi dari luar negara seperti New Zealand, boleh lah terus ke Jaya Grocer ya. Tak kisah lah cawangan mana pun, semua ada. Kak fink paling suka bijirin, biskut  dan chips dia..Sedappppp! Sambil sambil shopping tu, korang boleh join contest dan redeem bag tau..


Meh kak fink kongsikan antara makanan dan produk dari New Zealand yang sentiasa mendapat permintaan seperti di bawah ni:

Anlene Heart Plus 

Susu Anlene Heart Plus ni telah dilancarkan pada 24 Mac 2017 merupakan produk tenusu yang terbaik di dunia dan mempunyai kandungan kalsium yang tinggi dengan formula tindakan dual yang menyokong mobiliti lebih besar (MoveMaxTM) dan juga untuk kesihatan jantung (HeartMaxTM). 


MoveMaxTM kaya dengan kandungan nutrien penting seperti Magnesium, Zink, dan Vitamin B, C, D & E untuk penjagaan tulang, sendi dan juga otot. Manakala HeartMaxTM mengandungi Omega 3, Sterol, Potassium, Vitamin B12 dan juga Asid Folik untuk mengawal paras kolestrol, tekanan darah dan juga tekanan gula yang ada dalam darah.



Whittakers

Whittakers ni merupakan jenama coklat yang utama di New Zealand. Kacang yang digunakan adalah antara kacang yang terbaik di dunia. Memang boleh rasa kandungan kacang yang banyak masa korang makan Whittakers ni..Hari tu kak fink sempat rasa Whittakers Almond Gold..Terbaik!


Griffin's

Griffin's ni merupakan jenama biskut No.1 di New Zealand. Kalau ada rakyat Malaysia yang teringin nak rasa biskut yang diperbuat daripada bahan bahan bermutu dan memnpunyai kepakaran selama 150 tahun, korang boleh lah sekarang dapatkannya di Jaya Grocer. Antara yang sedap yang kak fink dah rasa ialah Toffee Delights tu..Sedappp sangat wak biskut coklat dia..Tak cukup satu..


Nice & Natural Supergrains Muesli Bar

Yang inginkan pemakanan sihat pun boleh dapat makanan kudap kudapan sihat daripada New Zealand ni..Bukan sahaja sihat tapi mampu juga mengenyangkan perut dan sedap! Yang penting bahan bahannya adalah dari bahan bahan semulajadi dan selamat untuk diamalkan..



Proper

Ni antara chips yang terkenal di New Zealand. Masa kak fink pergi dekat Jaya Grocer tu, ini yang paling cepat habis sampai kami kena tunggu staff restok. Paling laku lah kiranya..Kalau korang nak rasa, cari jenama Proper ni ok. Anak anak kak fink pun suka Proper ni..Cuma  bagi kak fink Proper ni sedikit salty..Mungkin sebab aku tak kuat masin kot hahahaha..


Lemonade

Pastinya untuk melegakan tekak yang dahaga korang boleh terus dapatkan Lemonade dari New Zealand ni. Nak tau apa bezanya Lemonade ni dengan Lemonade yang pernah korang rasa, kenalah rasa sendiri..Cari jer dekat Jaya Grocer.


Sambil sambil korang beli makanan dari New Zealand yang korang teringin tu, boleh lah join sekali Lucky Draw. Dengan hanya pembelian RM50.00 barangan daripada New Zealand dalam satu resit di mana mana cawangan Jaya Grocer, korang boleh dapatkan Shopping Bag yang bertemakan New Zealand secara eksklusif dan boleh sertai pertandingan Lucky Draw yang diadakan.Mesti korang nak tahu hadiah Lucky Draw tu apa kan?


Pemenang pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah hadiah berupa barangan daripada New Zealand yang bernilai RM2000.00.. Adoi bestnyaaaa.. Seramai 9 pemenang bertuah dicari untuk Lucky Draw ni tau..

Pemenang Utama: 1x Bag Makanan New Zealand bernilai RM888.00
Hadiah Saguhati: 8x Bag Makanan New Zealand bernilai RM168.00


Kita dah dapatkan dah makanan makanan dari New Zealand tu huhu..Chocolates dan biskut dia paling sedapppp! Korang kalau tengah mencari pun boleh terus ke Jaya Grocer ya..Dekat Jaya Grocer ni memang senang nak cari barangan dari luar negara..Terutamanya untuk yang suka masa menu western tu kan..Sini lah syurganya..



Untuk ketahui alamat Jaya Grocer berdekatan boleh klik: www.jayagrocer.com

dengan pembelian RM50.00, mungkin korang salah seorang pemenang yang dicari..
lets shopping guys..



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!