Followers

Cara Memantapkan Pemasaran Digital Bersama Webist Solutions

7:32:00 AM

Sekarang ni pemasaran secara digital merupakan trend yang paling popular untuk memasarkan produk ataupun servis..Media sosial merupakan salah satu platform yang sangat mempunyai permintaan tinggi dalam pemasaran digital di Malaysia..Di Webist Soloutions, mereka membantu merangka strategi baru perniagaan digital di Malaysia agar meluas hingga ke peringkat antarabangsa..


Kak fink sendiri berkesempatan dalam satu Majlis Perasmian gilang gemilang Webist Solutions yang diadakan di Restoran New Shanghai pada hari khamis lepas..Webist Solutions ni diusahakan oleh 3 anak muda iaitu Encik Bryan sebagai Pengarah Urusan Webist Solutions, Encik Chris sebagai Pengarah Jualan & Pemasaran Webist Solutions dan juga Encik Johnson sebagai Pengarah Pembangunan Perniagaan Webist Solutions. Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran Dr Zyro Wong yang merangkap Penasihat kepada Webist Solutions.


Antara para VIP lain yang dijemput di Majlis Perasmian Webist Solutions ini adalah Puan Sri Datin Sri Dr Susan Cheah yang merupakan Ahli EXCO Kumpulan Syarikat Sunway dan juga Supermodel terkenal, Amber Chia. Tahniah buat Dr Zyro Wong, Encik Bryan, Encik Chris dan Encik Johnson yang menjadi tulang belakang sehingga tertubuhnya Webist Solutions.


Webist Solutions juga telah mendapat perhatian daripada Dato’ Razali Haji Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Beliau menyatakan rasa bangganya kepada pengasas Webist Solutions ini dalam usaha dan inisiatif mereka dalam menyumbang kepada industri pemasaran digital di Malaysia..


Sempena perasmian ini, ketiga tiga Pengarah Webist Solutions iaitu Encik Bryan, Encik Chris dan Encik Johnson berkongsi pandangan dan ilmu mengenai pemasaran digital dengan tetamu yang hadir. Memandangkan ketiga tiganya mempunyai kepakaran dalam bidang masing masing, pastinya ada suntikan baru dan ilmu baru yang perlu kita pelajari dalam era pemasaran digital sekarang ni..


Untuk semua yang teringin mengetahui dengan lebih lanjut, pada bulan Ogos 2017 ni, akan ada satu seminar berkenaan dengan pemasaran digital bakal diadakan di Hotel Sunway Putra bersama dengan Encik Juan José Delgado yang merupakan bekas Ketua Pemasaran Amazon dan Pakar Pemasaran Digital terkenal di dunia.



Encik Juan José Delgado akan mengadakan Master Class - 'Design a Disruptive Marketing Plan Like a Pro’ untuk berkongsi pengalaman beliau dalam pemasaran digital ini..Seminar eksklusif ini akan diadakan pada 2 Ogos 2017 dan semua boleh menyertainya..Harga promosi early bird telah dijual sekarang ni..


Bagi mereka yang berminat nak menyertai seminar ni, korang boleh dapatkan Gold Ticket pada harga RM1,247 dan VIP Ticket pula berharga RM2,497..Siapa cepat dia dapat tau sebab tempat adalah terhad..Mana lah tahu korang nak majukan lagi perniagaan dan tercari cari strategi pemasaran yang mampu membantu dengan cara pemasaran digital, ini lah masa nya..


Facebook: www.facebook.com/zyrowonghk

Hubungi: 03-7972 9122

yang nak masuk kelas tu kena cepat ya..semua golongan boleh sertai..



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!