Followers

Dr Oetker Nona Mug Cake: Sarapan & Sahur Siap Dalam Masa 1 Minit

12:16:00 PM

Waktu pagi adalah waktu yang paling terkejar kejar untuk insan yang bergelar ibu kan. Terutamanya kalau ibu yang mempunyai anak anak yang bersekolah. Macam kak fink sendiri, kadang kadang waktu pagi tu, dah tak tahu nak sediakan sarapan apa untuk anak anak ke sekolah..Asyik roti bakar jer bosan juga..Sampailah kak fink diperkenalkan dengan Dr Oetker Mug Cake..


Yang paling kak fink suka dengan Dr Oetker Mug Cake ni adalah masa untuk menyediakannya hanyalah memakan masa selama 1 minit sahaja..Haaa senang sangat kan? Dalam masa yang sama, rasanya sangat sedap dan pastinya, anak anak sukaaaa! Mana tak nya, boleh dikatakan semua kanak kanak suka dengan rasa coklat kan..


Korang cuma perlukan 40 ml air dan sebiji cawan yang boleh dimasukkan ke dalam gelombang mikro (microwave). Selain daripada tu, tak perlu ya. Tak perlu butter mahupun telur. Mudah yang amat untuk menu sarapan pagi pada setiap hari bekerja dan bersekolah untuk anak anak..Nak tahu bagaimana caranya?


Cara Penyediaan:

1. Buka 1 packet Dr Oetker Mug Cake ke dalam cawan yang boleh dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro.


2. Tuangkan air sebanyak 40ml ke dalam cawan yang telah dicampurkan dengan Dr Oetker Mug Cake. Tidak perlu telur, majerin mahupun gula ya. Hanya semata mata air sahaja..


3. Kacau sehingga sebati campuran tadi sebelum ianya dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro. Pastikan jumlah air mengikut sukatan yang betul iaitu 40ml untuk satu cawan. Jangan terlebih sebab nanti mug cake tadi akan lembik.


4. Sebelum tu, korang boleh panaskan dulu ketuhar gelombang mikro dalam beberapa minit sebelum memasukkan cawan tadi. Setelah ketuhar tadi dah panas, boleh lah masukkan cawan tadi dan biarkan ianya selama 1 minit untuk dibakar..Untuk pengetahuan semua, bagi mengetahui Dr Oetker Mug Cake dimasak dengan cara yang betul, pastikan permukaan atas mug cake tadi mengering dan bahagian bawahnya sedikit lembap..



Taraaaa! Dah siap dah Dr Oetket Mug Cake kita..Senang jer kan. Anak anak kak fink memang suka yang amat mug cake ni. Memang tak cukup makan satu jer. Kalau boleh nak makan lebih dari 2 cakes hihi..Korang kena cuba. Baru tahu rasa sedap tu macam mana. Yang penting, orang yang tak pandai buat kek pun akan jadi pandai lepas ni tau hahahaha..



Jangan lupa sejukkan selama 1 minit sebelum makan ya. Kalau tak panas tau. Ambil jer sudu dan  scoop dari mug untuk menikmati Dr Oetker Mug Cake tadi. Orang kata untuk dapatkan pagi yang produktif perlu dimulakan dengan sarapan kan? Ni adalah salah satu sarapan yang sedap, mudah nak disediakan dan mengenyangkan seisi keluarga..


Kak fink dah rasa 3 perasa Dr Oetker Mug Cake ni. Antara Mocha, Chocolate dan juga Chocolate Banana, anak anak kak fink lebih sukakan perasa Chocolate. Sedappp wak. Kena cuba tau. Harga pun tak mahal. 1 packet tu hanya RM1.80 sahaja..Boleh didapati di pasaraya pasaraya yang berdekatan dengan rumah korang ok..Yang penting Halal.



lepas ni nak banyakkan lagi stok dekat rumah..
senang nak sediakan breakfast dan sahur setiap pagi..



You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!