Followers

FamilyMart Menyediakan Mini Bazaar Ramadan dengan Pilihan Yang Menarik & Sedap

4:30:00 PM

Korang pernah tak masuk FamilyMart ni? Kak fink pertama kali hari tu masuk dalam ni. Biasanya kalau yang dah pernah ke Jepun, pasti pernah nampak FamilyMart ni kan. FamilyMart ni merupakan kedai serbaneka yang menjual pelbagai jenis barang tapi kebanyakannya adalah barangan daripada negara Jepun..Haaa masa ni lah nak rasa snek, minuman dan juga aiskrim daripada Jepun ni kan..


Kak fink berkesempatan pergi ke FamilyMart cawangan NU Sentral yang baru sahaja dibuka beberapa hari yang lepas..Menariknya cawangan ni, ada promosi pembukaan sebanyak 25% ke atas barangan tertentu. Untuk lebih lanjut korang boleh ke Facebook FamilyMart Malaysia untuk melihat makanan apa yang ada promosi pada minggu tersebut..


Cawangan NU Sentral ni strategik sebab bila korang keluar je stesyen Monorail KL Sentral, mesti korang dah boleh nampak dah FamilyMart ni. Yang penting sekarang ni bulan di bulan Ramadan, untuk mereka yang terkejar kejar nak balik untuk berbuka, korang tak perlu risau lagi nak beli makanan di mana? Di dalam FamilyMart sendiri ada dibuka Mini Bazaar Ramadan dengan pelbagai jenis pilihan makanan yang mampu untuk mengalas perut yang lapar..


Beberapa jam kak fink duduk dekat sini kan, apa yang kak fink nampak ramai sangattttt yang beli dan tapaw makanan yang disediakan di hadapan kaunter ni..Memang dihidangkan di dalam mangkuk untuk korang makan..Nak makan di situ juga boleh ya sebab ada tempat duduk di sediakan untuk korang duduk dan menikmatinya..Harga pun tak mahal..RM0.60 sen sehinggalah RM1.80..Siap dihidangkan dengan sup lagi..


Pilihan jenis kopi yang disediakan juga sangat sangat boleh korang buat terliur ahahahaha..Macam kak fink sendiri memang peminat kopi kan..Harus lah usap usap tekak jer kita tengok air kopi tu wak..Tak sabar rasanya nak berbuka puasa..Boleh pilih yang panas mahupun hidangan secara sejuk untuk korang nikmati..


Yang mahukan makanan bergoreng seperti tofu, sosej, fish cake dan beberapa pilihan lain pun ada juga disediakan di FamilyMart ni..Yang rindukan nak makan makanan jepun tu, boleh lah cari dekat sini jer..Kalau dulu FamilyMart hanya boleh didapati di Jepun, sekarang ni tak lagi..Malaysia pun dah banyak cawangan FamilyMart..


Pilihan jenis susu, minuman berkultur, teh, kopi dan banyak lagi minuman sejuk dari dalam kotak dan botol ada juga disediakan di sini..Abang long tu memang akan pilih susu dulu sebagai minuman untuk berbuka puasa..Susu pisang pun adaaaaaaa..Adoi rambang mata nak pilih hahahahaha..Nak nak di bulan Ramadan ni kan..Semua nampak menyelerakan..


Cucian muka, mekap dan juga deodarant juga boleh didapati di dalam FamilyMart ni ya..Yer lah nama pun kedai serbaneka yer tak? Banyak sebenarnya barang dalam ni..Kalau korang nak tengok sendiri apa lagi yang ada, kena lah datang terus ke FamilyMart yang berdekatan..


Snek dari Jepunnn..Adoii kita terliur nya nak rasa yang ni hari tu tapi disebabkan lepas berbuka, perut pun dah kenyang. Terus rasa tak larat dah nak makan lagi..Tak pe nanti kak fink nak cari Family Mart yang berdekatan untuk rasa sendiri snek dari Jepun ni..Korang dah pernah cuba tak? Sedap ke?


Yang cari nak mee segera pun ada wak..Pilih jer lah nak yang mana..Boleh masukkan air panas terus..Ada disediakan di situ..Kadang kadang teringin juga nak makan kan..Nak nak pula kalau dah lapar sangat, sebelum balik kerja tu, rasa nak makan makanan yang ringan ringan, boleh lah cari dekat sini..


Ni antara yang kiteorang cuba hari tu..Ni lah segala jenis makanan yang disajikan di Mini Bazaar Ramadan dalam FamilyMart..Korang kalau pergi sini, sila ambil sambal tumis ikan bilis dia..Sedapppp yang amat wak..Kita tak tipu..Sempurna betul rasa sambal tu..Selain tu, ada menu lain seperti rendang ayam, ayam kapitan, lemang, nasi impit, kuah lodeh, kari ayam, ayam masak merah, nasi tomato bento, bolognese & carbonara spaghetti, onigiri dan banyak lagi pilihan lain seperti kuih muih..


Nasi Tomato Bento


Nasi Lemak Rendang Ayam


Grilled Chicken Terriyaki Bento


Onigiri


Ni haaaa susu pisang idaman kebanyakan orang..Pertama kali juga kak fink rasa hari tu, perghhh sedapppp wak..Nasib ambil cepat. Pergi kali kedua dah habis hahahahah..Ramai betul yang suka dengan susu pisang ni eh..Lepas ni siapa yang mengidam susu pisang ni, dah tahu dekat mana nak cari kan..


Pertama kali cuba Caramel Macchiato ni terus sukaaaaaaaaaaa..Sedapppnya rasa dia..Tak manis sangat dan tak muak untuk minum..Fuhh dapat juga rasa..Lepas aku ambil air ni, ramai pula yang nak minum juga air ni hahahahaha..Tu la mula mula semua takut nak rasa air ni. Takut rasa pelik tapi sebaliknya..Sedappp oii...


Ni yang paling menarik minat kalau nak ke FamilyMart ni..Aiskrim diaaa! Sabar je lah aku tengok pilihan aiskrim yang ada di sini. Menggoda betul aiskrim dari Jepun ni lah..Ada banyak perisa..Huwaaa nak cari lagiiii! Korang kena rasa..Stress pula tengok gambar hahahaha..




Dan lagi aiskrim yang menjadi pilihan ramai di sini..Ramai sangat orang keluar masuk beli aiskrim perisa Matcha dan Cheese Cake ni..Harga satu hanyalah RM2.90 satu..Sebagai orang yang dah pernah rasa kedua dua rasa tu, kak fink pilih yang perisa Matcha. Kaww betul rasa teh hijau dia..Sedapppp! Yang Cheese Cake tu untuk kak fink cepat rasa muak sikit..Tapi terpulang lah korang nak rasa yang mana..Sebab citarasa kita tak sama kan..


Bukan budak budak jer suka aiskrim ni..Orang dewasa pun sukaaa haaaa...Ni antara FamilyMart ni ramai orang pergi..Aiskrim dia memang banyak pilihan..Sampai sekarang rasa nak repeat lagi makan Matcha tu..Bila nak buka cawangan dekat Rawang ni..Haihh teringin pula..Untuk yang nak cari FamilyMart mana yang berdekatan dengan tempat korang, boleh check senarai di bawah ni ya:
  • NU Sentral, Ground Floor: 6.00 pagi - 11.00 malam
  • Sunway Velocity: 8.30 pagi - 11.00 malam
  • Changkat Bukit Bintang, Ground Floor: 24 jam
  • Jalan Sultan Ismail, Ground Floor: 24 jam
  • Taylor's Lakeside, Ground Gloor: 24 jam
  • Jalan Sultan, Ground Floor: 24 jam
  • My TOWN Shopping Centre, Basement 1: 10.00 pagi - 10.00 malam
  • SS15/8: 24 jam
  • Gateaway @KLIA 1: 24 jam
  • Sg Buloh - Kajang MRT Line [Stesyen TTDI]: 6.00 pagi - 11.00 malam
  • Mid Valley Megamall, Level 1 North Court: 6.00 pagi - 11.00 malam
  • Wisma Lim Foo Yong, Ground Floor: 24 jam


lepas ni nak pergi FamilyMart untuk repeat aiskrim & sambal tumis dia
sedappp sangat...



You Might Also Like

5 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Boleh lah pi nanti, dekat ngan ofis ja ni

    ReplyDelete
  2. Waaaaa menarik.. Tp jauh la pulak nak pergi jugak.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. One day kena pegi juga ke Family mart ni. Rindu sangat dengan Jepun. Bila tau kat Malaysia bukak Family Mart ni..memang happy sangat! cuma tak terpegi ajer. HAHA

    ReplyDelete
  4. Tiap kali akak pergi memang banyak makanan abis...nyampah

    ReplyDelete
  5. Best gilerrr! Oh my! Teringin sangat nak rasa susu pisang tu. Boleh la beli kat sini je..

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!