Followers

Caring Project 2017 Bersama Rumah Kebajikan Yang Diaturkan Oleh KidZania CongreZZ

5:29:00 PM

Setiap tahun KidZania CongreZZ akan melakukan satu projek yang diberi nama Caring Project untuk memupuk sifat tanggungjawab sosial korporat di antara ahli KidZania CongreZZ. Tahun ini, KidZania CongreZZ telah menganjurkan Hari Sukan di Sport Planet, Damansara untuk kanak-kanak daripada Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Lighthouse (Lighthouse). 


KidZania CongreZZ adalah kumpulan yang terdiri daripada 20 orang kanak-kanak berusia daripada 7 hingga 12 tahun, yang dipilih setiap tahun untuk mengawal selia KidZania Kuala Lumpur dan memberi pendapat masing-masing serta diberi peluang untuk membuat keputusan penting. Mereka akan berkumpul setiap tiga bulan dalam setahun 


Setiap perjumpaan adalah bertujuan untuk membincangkan topik-topik yang bermanfaat seperti media, hiburan, pendidikan dan kesusasteraan. Mereka juga merancang acara dan inisiatif tahunan seperti Caring Project untuk membantu komuniti yang kurang bernasib baik. Menarikkan? Tak sangka dari seawal umur anak anak mampu menjadi seorang pemimpin..


Hari sukan untuk Caring Project ini telah diadakan di Sports Planet Kota Damansara dan disertai oleh ahli KidZania CongreZZ bersama dengan kanak-kanak dari rumah kebajikan tersebut. Pelbagai acara sukan, permainan dan aktiviti telah dijalankan untuk peserta yang hadir. Antaranya adalah futsal, dodge ball, bola keranjang, mini golf, memanah dan juga ping pong.


Anak anak kak fink juga berkesempatan dan berpeluang untuk turut serta dalam sukan yang diadakan. Daripada tak suka, dah tersuka pula diaorang dengan permainan tu. Satu yang aku kena puji dengan aktiviti seperti ini, ia dapat menggalakkan semangat kesukanan dan persaingan sihat di kalangan kanak-kanak.


Yang menariknya Caring Project ini, ianya dianjurkan oleh kanak kanak yang juga merupakan ahli KidZania CongreZZ. Mereka diberi tanggungjawab untuk merancang, membuat kajian dan juga mengatur acara amal tersebut. Dalam pada yang sama ianya dapat mendidik anak anak ini tentang pengurusan masa sesuatu projek tersebut. 


Menurut Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur, Encik Shahrul Nizar Ahmad, ahli ahli KidZania CongreZZ juga dapat mempelajari nilai saling bantu membantu dan menyumbangkan kemahiran serta masa mereka untuk golongan yang kurang bernasib baik. Kita perlu sebarkan kasih sayang sesama kita kan. Lagipun bukan semua bernasib baik..


Di akhir acara, kanak kanak dari Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Lighthouse (Lighthouse) telah dihiburkan dengan persembahan istimewa dari ahli CongreZZ dan Pasukan Artistik KidZania Kuala Lumpur. Tahniah untuk adik adik dari KidZania CongreZZ kerana berjaya merancang dan menjayakan aktiviti murni seperti ini..Semangat yang patut dicontohi oleh kanak kanak seusia mereka..

Instagram: @kidzaniakl

Alamat: Curve NX, 18 Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara,47810 Petaling Jaya
Telefon: 1 300 88 KIDZ (5439)
tahniah adik adik dari KidZania CongreZZ



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!