terima kasih untuk segala kata kata semangat dan doa buat mak..ku baca semuanyer..
segala cadangan dan doa kalian, mohon Allah merahmati dan membalas kebaikan itu
korang..thanxx ya! appreciate sangat..sangat dan sangat..sangat...
baru semalam rasanyer bincang bincang dengan mak nak bawa dia sepatutnya hari ni..
segala cadangan dan doa kalian, mohon Allah merahmati dan membalas kebaikan itu
korang..thanxx ya! appreciate sangat..sangat dan sangat..sangat...
baru semalam rasanyer bincang bincang dengan mak nak bawa dia sepatutnya hari ni..
untuk cuba berubat dengan Asyraff Muslim..tapi apakan daya bila mak terus warded..
memang agak mengejutkan bila sepatutnya weekly check up terus ditahan wad..
semua orang panik bila dapat call..kedai terus tutup serta merta..tak boleh nak berfikir..
hati dah rasa tak sedap dan tangan mula sejuk sejuk..rasa kalau boleh ada kapal terbang
cepat cepat nak sampai ke HUKM..ya Allah..apa sebenarnya yang terjadi di sana?
sampai di hospital..ku lihat mak dah nangis nangis..dari diri mula kuat..langkah jadi sayu
bila mana adik cakap..doktor kata 70% kanser mak dah merebak ke tulang belakang,
tulang rusuk, paru paru dan hati..dan seterusnya membawa ke stage 4..Ya Rabb..
memang masa ni air mata tak dapat nak tahan walau dengan benteng besar sekali pun
dalam hati..mampukah mak bertahan? serius diri blur..otak jadi jem..lidah terus kelu!
apa yang perlu di kata untuk memberikan mak bersemangat balik..sedangkan dia tahu..
tahu dan faham dengan apa yang doktor katakan..pelbagai ramalan ngeri dikhabarkan..
terlalu banyak kesakitan mak yang tanggung..terlalu banyak tempat yang mak rasa..
mula mula breast, kini ke merata tubuh 'dia' menyerang..belum lagi dengan berita
keretakan tulang pada bahagian pinggul kanan mak..Ya Allah permudahkanlah..
permudahkanlah dugaanMu pada ibuku..pandanglah ibuku dengan ehsanMu..
dengan penuh kasih sayang dan rahmatMu Ya Rabb..aku rayu Ya Allah..tolong kami..
:'(
:'(
:'(
wajah manis kiri ini dulu yang dulu menjaga dan mendodoikan diri sehingga besar..
temankan diriku sewaktu ku dalam pantang..kini hanya mampu terbaring sayu..
makkk..kuatlah mak..demi ayah..demi anak anak mak..demi cucu cucu mak..
tolong berjuang untuk melawan sakit ini..itu semua ramalan doktor..ramalan!
jauh di sudut hati..kami masih yakin dengan keajaiban Allah..insyaAllah mak..
kini semua berkampung di wad 4H, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia..