satu kelebihan bila laki jauh ni..kita boleh masak simple simple jer hahaha
yer la encit papa kalau nak makan mesti nak ada nasi..orang kerja kuat kan
tapi kak fink ada hari tak nak makan nasi..kadang kadang boring juga kan
nak tukar selera..tanya abg long ok tak kalau tak berbuka dengan nasi..
dia cakap ok jer ma..so marilah buat set kesukaan anak anak di dapur
ada mayonis..ada sos lada hitam..ada sos thai..ada daging burger..ada roti
tak de roti burger..roti potong jer pun boleh..malas beriya nak cari roti burger
apa yang ada di speed mart tu jer kakak beli..kakak is sempoi hahaha
siap ada cheese meleleh leleh..amboiii dalam pada kata tak nak beriya tadi tu
tetiba terberiya sikit hahaha..goreng kentang sikit untuk 3 set orang makan..
kang berbuka burger je..kesian dekat abg long hukhuk..dia berbuka selera oii
sahur pun dia berselera acahner hahahaha..bagus betul la sorang ni..
mama tercuit cuit time sahur..so kasi meriah sikit la..biasa makan nasi..
ni burger dan fries sikit..tapi yang tak puasa yang terlebih teruja uols
abg ngah belum apa apa dah minta sepinggan..mayonis lebih hahahaha
amboiii sangat..tapi makan jauh sikit..tak boleh duduk dekat meja makan
orang tak puasa duduk depan tv jer..tak boleh kacau orang nak berbuka
roti tu jangan lupa bakar kasi garinggg..baru meletops dalam mulut hahaha
jangan lupa sos lada hitam sebab dia akan bagi rasa yang best dengan cheese
hari ni nak masak apa pun tak tau lagi haishh..hari hari fikir nak masak apa