aktiviti cuti sekolah
Transformers Autobots Rollout: Dapat jumpa Bumblebee dan Optimus Prime secara dekat di 1 Utama Shopping Centre..Terujanya!
10:00:00 AM
Seronok sangat anak anak cuti sekolah kali ni bila mama bawa diaorang enjoy di One Utama untuk media event Transformers..Dengarnya hari tu kami berpeluang untuk bergambar dengan the most handsome Bumblebee and Optimus Prime hahahaha..Mak yang lebih teruja bila dapat tahu ok..Rasa nak jerit tengok Bumblebee dan Optimus Prime tu..
Yang bestnya, pada 26 May 2016 hari tu..pada jam 3.00 petang hingga 6.00 petang memang dikhaskan untuk media sahaja...Auww terima kasih pihak Transformers yang sudi jemput kak fink dan anak anak untuk lebih dekat dengan our heroes..Serius tak sabar masa ni..Kalau mak excited, anak anak harus lebih excited kan sebab diaorang memang peminat Transformers..
Ada pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang event Transformers ni..Untuk pengetahuan korang, event ni akan berlangsung sehingga 5 Jun 2016..Cuti sekolah ni memang best untuk bawa anak anak enjoy di sini..Lagipun dekat jer kan..Korang hanya pergi ke One Utama Shopping Centre, Old Wing yang terletak di Ground Floor..Antara aktiviti yang disediakan di sana adalah permainan video, puzzles, bola dan banyak lagi..
Tengok kembar seronok sangat dapat main bola tu hahahaha..Rajin pula staff tu melayan kembar..Thanks adik sudi layan my twins..Korang tunggu apa lagi tu, cepat cepat lah datang bawa anak ke sini ya..Untuk pengetahuan korang juga, bila korang beli barang barang Transformers bernilai RM80.00 ke atas, korang akan dapat bergambar dengan Bumblebee dan Optimus Prime..Siap dengan professional photographer dan mini studio tau dekat situ..
Apa barang yang ada di situ? Banyakkkkkk...Daripada alat tulis, t-shirts, toys dan kasut, semuanya ada..Harga pun tak mahal sangat..Macam selipar kak fink tengok hari tu baru dalam RM20+..Kalau anak anak korang memang peminat Transformers boleh lah buat koleksi dan intai intai apa yang menarik di sini..Baru dapat gaji kan? Boleh lah belanja anak anak hihi..Mana tahu nak cari baju raya Transformers tahun ni..
Huwaaaaa..Bestnya kalau dapat set niiii..Adoii tergodanyaaa..Smart sangat ni..Badan ketul ketul sangat kan hahahaha..Ada banyakkkkkk sangat set Transformers bila korang tengok dekat sini..Boleh jadi pening nak pilih yang mana satu..Nanti kak fink kongsikan antara set yang kami bawa balik ke rumah hari tu..Suka betul budak budak tu dapat set Transformers..
Kami juga berpeluang menyaksikan sendiri depan mata sesi Fastest Fingers Demonstration.. Hebatnya mereka ni..Sekejap je dah bercantum semua autobots tu..Tak mudah ok nak pasang tu..Abg long pasang pun ambil masa berjam juga hukhuk..Tapi mereka yang pro ni buat dalam masa beberapa minit jer..
Untuk
pengetahuan korang, sekiranya korang ada anak berumur 8-12 tahun,
korang boleh bawa anak anak untuk join Fasters Fingers Challenge ni
juga..Peserta yang paling cepat akan memenangi Generations Combiner
Leader Figure yang bernilai RM249.90..Manakala kanak kanak yang berumur
5-12 tahun, mereka berpeluang untuk join Dynamic 5 Challenge..Pemenang
akan membawa pulang hadiah dari Transformers dan mengambil gambar dengan
Bumblebee dan Optimus Prime di depan cinematic Transformers Visual
Background..Cool kan offers ni..
Dan yang paling paling besttttt bila kak fink dapat tengok Bumblebee dan Optimus Prime depan mata..Rasa nak jerittttttttttt hahahahahahahaha..Why my heroes so handsomeeeeeeeeeeeee? Nampak tak kereta tu? Tu lah kereta Limited Edition Chevrolet Camaro..Yer..korang berpeluang untuk bergambar dengan kereta tu..Untuk yang tak tahu..Kereta ni lah Bumblebee bila dalam bentuk kereta..
Abg ngah mula mula malu nak ambil gambar dengan Bumblebee dan Optimus Prime tapi mama cakap cepat..Ni jer peluang yang ada hahahahaha..Nampak tak mak lebih excited daripada anak anak..Thanks Transformers untuk peluang ni..Seronok sangat anak anak dapat bergambar dengan 2 hero yang gagah perkasa ni..Korang pun boleh boleh juga bergambar dengan Bumblebee dan Optimus Prime ni dalam Meet and Greet session pada hari sabtu dan ahad iaitu pada jam 3.00 petang, 5.00 petang dan 8.30 malam..
Cepat cepat bawa anak ke One Utama Shopping Centre untuk enjoy bersama Transformers kesayangan mereka ya..Yang penting, event ni berlangsung pada cuti sekolah..Memang sesuai sangat untuk bawa anak anak berseronok di sini..Nanti kak fink kongsikan dengan korang set Transformers yang kak fink bawa pulang hari tu ya..Abg long tak dapat pergi hari tu sebab sekolah tapi bila mama bawa balik t-shirt untuk dia, kemainnn sukaaa..Tak sabar dah nak pakai hahahaha..
Transformers Autbots Rollout
Tarikh: 25 Mei - 2 Jun 2016
Tempat: 1 Utama Shopping Centre (Old Wing, Centre Court)
nanti kak fink kongsikan next entry ya..