bandar rimbayu
Jom Raya Sinar di Bandar Rimbayu IJM Land dan Sinar FM yang penuh gelak tawa dari Sepahtu, Mark Adam dan Siti Nordiana
9:13:00 AM
Hi korang..Cerita raya lagi hahahaha..Maklum lah, raya kan sebulan..Baru ni kak fink berkesempatan menghadiri majlis hari raya Jom Raya Sinar yang diadakan di Bandar Rimbayu bersama sama dengan Sinar FM..Pelbagai aktiviti yang disediakan di sini seperti persembahan pentas daripada Sepahtu, Mark Adam dan Siti Nordiana..Jamuan raya juga disediakan untuk para tetamu..Aktiviti untuk anak anak seperti Giant Bubbles dan Ice Skating without Ice juga di sediakan untuk anak anak bergembira
Selaku tuan rumah untuk majlis ni, IJM Land menyediakan kemudahan yang selesa untuk para pengunjung yang datang untuk memeriahkan majlis Jom Raya Sinar ni..Tempat letak kereta di IJM Land Bandar Rimbayu ni memang luas tau dan kami juga berpeluang naik tram ni dari tempat kami letak kereta tu..Terima kasih IJM Land kerana menyediakan perkhidmatan yang selesa ni..Tak delah berpeluh kami nak berjalan tu huhu..
Anak anak kak fink masa sampai ni dah excited nak main Giant Bubbles..Free je uols..Main lah banyak mana nak main pun hihi..Seronok betul budak budak ni hari tu..Cantik tau kawasan ni, memang sesuai untuk bawa keluarga untuk beriadah..Menurut Susan Teh yang merupakan Sales and Marketing Senior Manager di Bandar Rimbayu, apabila pelanggan membeli rumah di Bandar Rimbayu, mereka bukan sekadar membeli rumah tetapi juga mereka akan merasai suasana komuniti dengan masyarakat luar untuk meraikan sesuatu perayaan itu..
Masa ni memang ramai orang yang hadir..Boleh dikatakan semua datang bersama keluarga..Tak kira bangsa sama ada melayu, cina dan india semua ada..Disamping aktiviti untuk anak anak ni bermain, masa ni lah nak rasa menu menu makanan melayu seperti Nasi Briyani, Lemang dan Nasi Impit tu kan..Bubur Jagung pun ada di sediakan sebagai hidangan hari raya pada hari tersebut..
Abg long pertama kali cuba bermain Ice Skating without Ice..Percuma juga yang ni..Apa lagi, ramai lah budak budak yang nak main dekat sini..Siap diberikan stokin sekali sekiranya korang lupa nak bawa stokin dari rumah..Best kan..Abg long tu takut takut berani tapi tengok orang lain main, teringin juga nak cuba tu walaupun dia pegang pegang jer dekat tepi tu hikhik..Dah lama lama tu baru dia stabil dan dapat imbang badan..
Kak fink duduk betul betul depan pentasssss..Puas hati dapat tengok Sepahtu, Mark Adam dan Nana depan mata hahahaha..Yang bestnya kan, kak fink pun berkesempatan naik pentas untuk nyanyikan lagi raya atas tu..Berani sangat aku hari tu hahahahahaha..Kena lah sporting kan..Walaupun nervous tu tuhan jer yang tahu macam mana..Suara akak tak sedap pun dik hahahaha tapi confident tu penting ya..Dapat no.2 tau daripada 5 orang peserta..Macam tak percaya..Kagum tak hahahahaha..
Naib juara dan juara dapat hadiah Sony Bluetooth Speaker ni..Yang lain ada yang dapat T-shirt Sinar FM dan Powerbank..Nasiblah diaorang suruh nyanyi sikit jer..Kalau kena nyanyi banyak mesti rasa nak pengsan berdiri lama lama atas pentas tu..Suruh husband naik dia tak nak..Eh biarlah aku jer naik hahahaha..Dapat juga hadiah kan..Seronok seronok di hari raya kata nya..
Ingatkan mak jer naik..Abg long pun naik pentas juga..Blur kejap dia bila Sepahtu minta nyanyi lagu raya hahahahahahaha..Untung lah abg long naik terus dapat ang paw..Yayyy thanks Jep Sepahtu sebab sudi bagi anak anak ni duit raya..Suka budak budak tu masa turun pentas..Kumpulan Sepahtu ni memang gelak saja bila diaorang bercakap..Tak bosan la kiteorang hari tu..Ingat nak balik pukul 5 petang tapi terseronok sampai 6.30 petang baru rasa nak balik hahahaha..
Persembahan 3 lagu daripada Mark Adam..Anak anak kak fink memang minat dengan Mark..Puas hati lah budak budak ni dapat tengok Mark depan mata..Duduk depan pula tu kan..Lagi lah suka budak budak ni..Boleh tahan kelakar juga lah Mark ni..Ramai juga peminat Mark Adam ni masa ni..Dia pula tak sombong..Siap turun pentas, salam salam dengan peminat kan..Lagilah meriah masa tu..
Dia Semanis Honey pun ada..Siti Nordiana in the house yaw...Masa nana naik ni memang meriah betul suasana..Nak nak pula Nana berduet dengan Jep Sepahtu, lagi lah gamat suara orang..Overall memang meriah sangat majlis Jom Raya Sinar yang diadakan di Bandar Rimbayu minggu lepas..Tempat pun cantik dekat sini..Kak fink sendiri tak sempat nak jalan jalan secara menyeluruh kawasan ni..Mana tahu next time, boleh datang tengok rumah rumah contoh yang disediakan pula kan..Sebab kawasan ni memang cantikkkkk..
Pihak IJM Land sempat jamu kami dengan Dominos sebelum kami balik hari tu..Thanks IJM Land..Anak anak lah orang paling seronok sekali..Dapat main, tengok artis secara depan depan dan makan makan..3 jam kami dekat sini tak terasa masa tu berlalu..Thanks for having us..Ada masa nanti kami datang lagi ya..IJM Land akan mengadakan lagi Rumah Terbuka Showcase di Seremban 2 pada 24 Julai dan Shah Alam 2 pada 31 Julai..So kalau korang free, boleh lah ke sana bawa family jalan jalan ya..
Website: www.ijmland.com
Facebook: www.facebook.com/ijmland
Instagram: @ijmland
kalau lah boleh dapat satu rumah area sana..suasana tu kak fink suka sangat!