blogger food review
Campur Campur Kitchen Cyberjaya: Air mentol dan Sajian daripada Indonesia, Chinese dan Thai untuk dicuba!
3:27:00 PM
Korang pernah tak pergi restoran yang ada 3 sajian dalam 1 kedai..Baru ni kan, kak fink berpeluang rasa menu menu yang disajikan oleh salah sebuah restoran yang terletak di Cyberjaya, Campur Campur Kitchen..Di sini menyediakan sajian Indonesia, Chinese dan Thai..Kedai ni dalam shopping mall DPulze Shopping Centre..Kalau korang waze DPulze Shopping Centre memang jumpa!
Dekorasi kedai ni pun kak fink suka..Cantik dan wall deco dia rare..Yang bahagian depan ni korang boleh nampak dekorasi bertemakan mentol dan di bahagian tengah tu ada dekorasi bertemakan talam talam di dinding..Belakang sekali ada wau bulan di dinding tu..Memang menarik..Kalau korang sejenis makan sambil berposing..Haaa boleh lah cuba makan di sini ya..
Yang bestnya, menu menu dekat sini siap bergambar..Bukan jer di dinding tu ada gambar gambar menu tapi di dalam menu books tu pun ada gambar ya..So senang lah untuk korang yang pertama kali datang sini dan pilih mana yang berkenan di hati..Tapi paling rare kan, masa first time masuk Campur Campur Kitchen ni, kak fink tertarik dengan air mentolnya..Haa tunggu kak fink kongsikan di bawah nanti ya..
Ada 2 jenis air mentol dari Campur Campur Kitchen..Yang biru ni namanya Lemonade Blue..Air dia bergas sikit..Macam air soda tu..Satu lagi air mentol warna hijau..Air yang tu namanya Ice Green Mint..Yang warna hijau tu tak de gas..Dia macam air jus..Harga untuk kedua dua air mentol ni RM8.90 sahaja..Mula mula ingatkan kecik jer..Sekali datang..Haaa besar juga mentolnya hahaha..
Haaa korang nampak tak warna hijau tu..Kalau nak bagi anak minum, boleh pilih yang hijau tu...Mesti diaorang suka..Selain daripada bentuknya yang unik macam mentol lampu tu, air tu pun tak de gas..Sesuai untuk budak budak nak minum..Encit papa pilih air yang dalam gelas warna pekat tu, Coffee in Hong Kong Style, RM4.90 jer..Dan dalam kole tu air Tea in Thai Style pun sama RM4.90..Untuk air kak fink boleh cakap terbaik sedap pekat kawwwww..Air dia memang win habis!
Yang ni French Toast with Honey..Roti tu rasa masin masin manis..Tapi sebab aku bukan peminat madu sangat, bagi aku tak de madu lagi sedap hahahaha..Tak tahu lah kan sebab selera kita kan memang tak sama..Atau mungkin kalau dikurangkan sedikit madu tu pun dah memadai..Sebab kak fink bukan jenis yang kuat manis sangat..Harga French Toast with Honey ni RM6.90
Mee goreng ni pun sedap..Tapi kak fink tak ingat lah harga berapa sepinggan ni..Korang pergi lah cuba nanti ya..Tak kering sangat..Tak basah sangat diaorang goreng mee tu..Nampak macam sikit kan tapi percayalah kami makan berkongsi hari tu..Kalau korang betul betul lapar, boleh habiskan rasanya..
Set telur ni namanya Egg Salad Thai Style..Harga RM10.90..Kuah ni rasa masin masin sikit..Macam sup pun ada..Yang pasti anak aku suka telur telur ni hahaha..Macam hirup sup telur jer rasa dia..Makan pula dengan cili api tu, memang perghhh!
Yang ni namanya Chicken Boxing..Ayam tu rangupp..Harganya cuma RM12.90 untuk satu pinggan tu ya..Kalau anak anak korang tak nak makan nasi, order kan jer yang ni..Mesti diaorang makan bersungguh..Budak budak kan suka ayam goreng kan..
Yang ni Chicken Wing with Salt and Chili..Ada rasa pedas,manis dan masin sikit..Tapi sebab ayam tu dia goreng dulu kan, tak de lah rasa lembik lembik sangat ayam tu..Peminat chicken wing boleh cuba menu ni..Harga yang ni RM12.90 sahaja..
Curry Fish Ball in the house yaw! Satu pinggan ni RM8.90..Selama ni tak terfikir pun nak makan fishball dengan kari..Dengan mee kari pernah lah hahahaha..Tapi untuk makan cicah macam tu, tak pernah cuba lagi..Dekat Campur Campur Kitchen hari tu, dapatlah kak fink cuba..Kari tu just nice jer..Tak pekat sangat..Tak pedas sangat ..Budak budak suka Curry Fish Ball ni..
Yang ni nasi goreng yang dibungkus dengan daun teratai..Rare kan..Biasanya kalau nasi goreng, diaorang hidang dalam pinggan macam tu jer kan..Tapi kali ni dia bungkus dengan daun..Nama menu ni Bangkok Jazz Crabmeat Fried Rice In Lotus Leaf..Harga untuk nasi goreng ni RM11.90..So kalau korang rasa nak cuba sesuatu kelainan, boleh la cuba nasi goreng ni ya..Kak fink ada kongsikan di bawah gambar nasi goreng tu bila dibuka daunnya..
Menu nasi goreng yang ada dekat Campur Campur Kitchen ni banyak juga tau..Antara menu yang ada, Fried Rice in Yong Xhau Style (RM8.90), Fried Rice with Chicken and Salted Fish (RM9.90), Thai Tom Yum Fried Rice with Rempah Chicken (RM11.90), Indo Nasi Goreng with Rempah Chicken (RM11.90), Campur Belacan Chicken Fried Rice (RM11.90), Kam Heong Chicken Fried Rice (RM11.90), Golden Hong Kong Seafood Fried Rice (16.90), Thai Pineapple Seafood Fried Rice (RM16.90) dan Indo Friend Rice with Flying Fish (RM16.90)
Di atas ni antara menu menu nasi goreng yang sempat kak fink cuba hari
tu..Nasi goreng dia banyak juga..Siap boleh share share kiteorang hari tu..So kalau korang
nak makan sesuatu yang memang mengenyangkan, boleh jer order nasi
goreng dari Campur Campur Kitchen ni ya..Macam macam ada..Yang penting
dari Indonesia style ada, Chinese style ada dan Thai Style pun ada..
Macam gambar ikan dan ayam di bawah ni datang sekali dengan set Nasi Goreng tu yer korang..Nama menu ni, Indo Friend Rice with Flying Fish (RM16.90) dan Thai Tom Yum Fried Rice with Rempah Chicken (RM11.90)..Murah kannnnn? Paling reccomend yang ikan tu, sebab masa aku pergi Bandung dulu, memang diaorang cadangakan ikan ni..Makan macam tu jer pun sedap! Rangup sangat..
Tapi kalau jenis nak makan semua in 1 set..Jangan risau..Sebab di
Campur Campur Kitchen memang ada pelbagi jenis set yang korang boleh
cuba..Dan yang lebih memeranjatkan, harga set ni murahhhhhhhh..Eh
terkejut tau kita wak tengok harga set ni semua dalam belas belas
ringgit jer uols..Terkejutkan..Dah la banyak haa lauknya..Set ni namanya Petai Shrimp..Siapa peminat sambal udang petai tak kan tengok jer? Sila la cuba huhu..
Yang bawah ni set Chicken with Salted Egg Yolk Rice..Harganya cuma RM14.90 sahajaaaaaa...Ayam tu memang sedap bila digoreng dan dimasak dengan telur...Sambal tumis yang dalam bekas kecik tu pun sedap oii..Meriah kan set dia..Tapi boleh dapat pada harga yang sangat berpatutan..
Yang ni set Ayam Bakar Rice..Siap dengan kicap cili tu haaa untuk cicah cicah nanti..Selain ayam bakar tadi tu, ada lagi ayam tiga rasa tu..Nak apa lagi? Harga cuma RM14.90 juga ya..Memang berbaloi..Kenyang pun kenyang kan..Lagi jimat kalau korang order set macam ni rasanya..Sebab boleh makan banyak jenis hahahaha..
So sesiapa yang tinggal berdekatan dengan Cyberjaya ataupun berjalan ke sana, boleh la singgah DPulze Shopping Centre dan makan di Campur Camput Kitchen..Kalau korang tak nak makan di bahagian dalam kedai, boleh juga duduk di luar depan kedai..Ada kerusi disediakan juga ya..Selamat mencuba tau korang..
Alamat:
Campur Campur Kitchen
Lot UG 18, Upper Ground Floor,DPulze Shopping Centre,
Persiaran Multimedia,63000 Cyberjaya
Persiaran Multimedia,63000 Cyberjaya
Facebook: www.facebook.com/campurcampurkitchen
air dia memang melekat dekat tekak ok..