Kak fink ni jenis orang yang suka cuba bahan bahan yang diperbuat daripada bahan semulajadi jer..kalau ada bahan bahan lain tu macam rasa berat jer nak cuba..maklum kulit jenis sensitif..kang takut salah guna jadi gatal gatal pula kan..yang ni kak fink cuba skrub daripada Princess Malaysia..sebab memang 100% dibuat dari rumah dengan menggunakan bahan bahan semulajadi..
Princess Malaysia ni ada 2 jenis skrub..iaitu Princess Glorious dan Princess Happiness..tapi bahan yang sama dalam kedua dua botol ni adalah minyak kelapa dara dalamnya..memang masa buka botol tu..pertama kali korang akan terbau minyak kelapa dara tu..macam yang semua orang tau minyak kelapa dara kan banyak kebaikkannya..terutama pada kulit..
1. Princess Happiness
Bahan bahan yang terkandung dalam Princess Happiness ni adalah seperti orange essential oil, fresh orange, fresh lemon, extra virgin cocounut oil, brown & white sugar..kalau secara jujurnya..kak fink pilih Princess Happiness sebab dia macam ada bau kalau kita pergi dekat spa tu..sebab tu kak fink suka yang ni..
2. Princess Glorious
Bahan bahan yang terkandung dalam Princess Glorious pula adalah seperti rose essential oil, rose petals, fresh coconut shred, premium olive oil, virgin coconut oil, brown & white sugar..yang ni bau minyak kelapa dara tu macam kuat sikit..kadang rasa macam nak makan hahahahaha..so sesiapa yang suka dengan bau yang agak strong dengan minyak kelapa dara tu, boleh cuba Princess Glorious ya..
Skrub ni jenis tak kasar sangat so memang best je masa korang gosokkan ke tangan atau kaki tu..dan bila korang bilas dengan air..kulit akan terasa lembab dan lembutttt jer..wahhh syiokkk macam baby terus rasa..sesekali manjakan diri memang berbaloi kan..menjimatkan sebab kita boleh buat dekat rumah jer..tak perlu nak keluar tinggalkan anak..senang sangat!
Untuk sesiapa yang berminat..harga sebotol skrub dari Princess Malaysia cuma RM35 sahaja..1 botol tu 325ml..senang jer nak order skrub ni..sebab marketingnya memang melalui media sosial..korang boleh check it out dekat Website, Facebook dan Instagram Princess Malaysia..Ok meh kak fink mudahkan kerja korang..klik je link di bawah ni ya..selamat mencuba tau korang..
Website: www.princessmalaysia.com
Instagram: @princess.malaysia
Telefon: +6018-248 2011
So memang tak de bau bau perfume dalam kandungan Princess Malaysia..