blogger food review
Restoran Rumah Thai: Restoran yang sangat tenang untuk berbuka di Taman Melawati
9:04:00 AM
ahad baru ni kan kak fink berpeluang berbuka puasa di Taman Melawati..
kali ni di Restoran Rumah Thai..dah lama tak makan makanan thai yang sedap..
dulu Restoran Rumah Thai ni di Taman Melati tau tapi sekarang dah pindah..
lokasi terbaru di Taman Melawati..bangunan kelabu kuning sikit..block baru..
pergi juga bersama dengan blogger Salina Johari..kitaorang dah tak sabar..
restoran ni memang tenang sangat..luas dan tersusun..tak panas hahaha..
boleh pilih nak duduk luar atau dalam..aku duduk dalam jer sebab ada TV..
terus pilih Set Menu Superior untuk 4 pax yang berharga RM130 sahaja..
apa yang ada dalam Set Menu Superior ni..haa meh nak goda mata korang hahaha.
mula mula kan aku ingat macam tak cukup tau 4 pax tu..sebab macam aku datang..
2 dewasa 4 kanak kanak..tapiiiii sekali datang..haaaa penuh meja kak fink hari tu..
perghhh kenyanggg..so korang jangan takut sangat..portion dekat sini besar ok..
keropok ikan
tom yam songkla (seafood)
ikan kerapu 3 rasa
udang butter
ayam pandan
brokoli cendawan
air sirap ais
haaaa amacam? ni semuaaa yang kak fink order untuk set tu..banyakkan
yang paling sedap adalah ayam pandan, udang butter dan kerapu dia..terbaik!
ayam pandan tu ada sayur sayur..isi lembut..serius paling suka antara banyak banyak
dia ada banyak menu..korang pilih jer..ni aku share yang aku makan hari tu jer
jangan risau tiada GST yang akan dikenakan untuk semua menu yang ada di sini..
portion pun besar..masih mengekalkan tukang masak yang sama ya korang..
surau semestinya di sediakan..dah lepas berbuka solat di situ jer ya..senang kan..
parking tak payah risau..banyakkk..sebab tu aku cakap tenang nak berbuka di sini..
tagline Restoran Rumah Thai ni kan..Good Food..Good Price..Good Ambience..
dan aku rasa semua tu..selesa dan sedap tu penting..insyaAllah akan repeat lagi..
waktu operasi Rumah Thai sepanjang ramadhan ni 3.00 petang - 11.00 malam..
selepas ramadhan nanti waktu urusniaga start dari 11.00 pagi - 11.00 malam ok..
tagline Restoran Rumah Thai ni kan..Good Food..Good Price..Good Ambience..
dan aku rasa semua tu..selesa dan sedap tu penting..insyaAllah akan repeat lagi..
waktu operasi Rumah Thai sepanjang ramadhan ni 3.00 petang - 11.00 malam..
selepas ramadhan nanti waktu urusniaga start dari 11.00 pagi - 11.00 malam ok..
untuk korang yang nak terjah Restoran Rumah Thai ni, details seperti di bawah:
Alamat: B-4, G-2, Gaya Melawati, Taman Melawati
Telefon: 03-4162 8207
Waze: AM Bistro, Taman Melawati (Bersebelahan Kedai Mamak)
GPS: Lorong Selangor, Taman Melawati
Facebook: Restoran Rumah Thai