Ok sambung cerita dekat water park pula mihihi..kalau korang stay di Hotel Legoland, korang boleh masuk awal ke water park ya..open untuk public pukul 10.00 pagi tapi hotel guest boleh masuk pukul 9.30 pagi..walaupun setengah jam awal, tu mampu buat korang nak cop tempat mana yang korang nak pergi dulu..tak serabut dengan orang lain hahahaha..
Sampai sampai jer terus suruh anak anak pilih life jacket yang sesuai dengan size badan mereka..size kecik sampai besar semua ada..size kembar pun ada..semua kena pakai..cuma kalau masuk slide yang bertutup tu, diaorang tak benarkan korang pakai..selain daripada tu..baik suruh anak pakai jer life jacket ni ya..
Kami tuju dekat bahagian kids ni dulu..air dekat sini tak tinggi..rendah jer ehehehe..memang sesuai la untuk umur umur kembar tu..jangan risau, dekat bahagian ni pun ada slides..ada 3 slides rendah rendah untuk anak anak main..meh kak fink kongsikan video abg long dan abg ngah main slides dekat sini..klik Play dekat bawah ya..
Ni antara tempat yang aku tunggu untuk nak ambil gambar hahahahaha..penat kakak tunggu air tu penuh dik..dah la panas tapi tak pe demi nak ambil sekeping gambar untuk diletakkan di dalam blog..kakak gigihkan juga..sempat juga amik video budak budak ni melompat lompat bila air tu melimpah..tangan dah macam sotong masa ni..kejap pegang camera..kejap kang pegang video pula nak rekod..blogger tegar sangat ni kak fink hahahahaha
Abg chik tu macam ke berani sangat nak tunggu air tu turun melimpah..tapi bila air turun jer..terus pergi dekat tepi pagar..takuttttt hahahahaha..bila air dah tinggal sikit jer dia macam berani ke situ..chaittt..takut takut berani jer sebenarnya...yang sorang ni kan tak reti sejuk..tangan dah kecut pun dia duduk je dalam air tu hahahaha..bila angkat naik atas menangis..halamakkk..
Abg long tu tak tahu dah berapa kali naik slides pusing pusing dekat sini..dia memang berani la..mengikut papa sangat ni..tak padan dengan badan gebum gebum tu..kemain tahap keberanian tu..aku pula yang risau dia naik slides tinggi tu..tapi sebab budak guide tu cakap ketinggian dia lepas kan..so izinkan juga la dia main..
Lepas settle mandi di bahagian bawah, terus ajak diaorang main ombak dekat Wave Pool..pergi pagiii kannn...sukaaa la tak de berebut rebut dengan orang..lapannggg jer mata tengok budak budak ni main hahahahaha..masa ni dia nak melompat bila ombak datang..aku bagi dia main dekat dekat jer sebab tak dalam sangat..dekat tengah tu dalam sikit..
Yang kecik tu..panggil duduk dekat kerusi tak nak..dah terpacak jer dekat situ dah kenapa? Pastu senyum sorang sorang..eh feeling sangat ni..Geli hati kot tengok abang abang main dengan ombak..kembar dia lagi sorang dah lepak atas kerusi sebab dah kepenatan hahahaha..dia jer tak nak naik lagi..suruh duduk dekat air tu tak nak..nak berdiri jer..eh suka hati la nak...janji tak nangis..mama ok jer..
Kerusi di bahagian pantai berombak tu..ni kalau petang petang penuhhh ok kerusi ni..tapi sebab kak fink pergi ni pagi..so lega lega la lagi..kalau tak jangan harap la korang dapat duduk dengan senang hati di situ..memang penuh dengan orang..Kalau kerusi ni penuh, korang nak sewa cabana pun boleh area sini..disediakan kerusi juga dalam cabana tu..
Ni haa cabana nya..kalau nak lepak bersama sama dengan keluarga jer, boleh la sewa cabana ni..siap ada kerusi sendiri..siap ada kipas..sebab kalau tengah hari dan ke petang tu memang panas ya..ada fridge lagi..wahh sangattt...harga selepas pukul 2.00 petang adalah RM180..kalau sebelum tu, sila bayar RM300 ekekeke..
Dekat sini kalau korang jenis yang malas nak bawa camera atau tak de saper nak ambilkan ko gambar..jangan bersusah hati..check jer gambar korang dekat Splash Down Photos ni..boleh beli ya buat kenang kenangan..dekat setiap area akan ada photographer ambilkan gambar korang..tapi kalau tak nak beli pun tak pe..terpulang..tak de paksaan gitu..
Body Dryer pun ada sekiranya korang terlupa nak bawa towel..sebab sewa untuk towel RM30..Body dryer ni pun kena bayar ye korang..RM10 sekali guna..masuk lah seramai mana yang mampu dalam tu..jangan sampai roboh dah la korang masukkan orang dalam tu hahahahaha..kuat juga angin dia aku tengok hari tu masa ada orang guna..
Pada mereka yang bawa bag dan risau dengan barang barang berharga seperti handphone, jam tangan ataupun dompet tak de orang nak tengok tengokkan bagi pihak korang..jangan risau..korang boleh simpan segala harta itu dalam lockers yang disediakan..bayaran yang dikenakan untuk lockers ni berbeza..locker kecil RM20.00..manakala yang besar RM40.00..
Sewa ni kira per day rental tau..tak kisah lah berapa jam korang nak simpan barang dekat situ tetap dikira per day..bukan per hour..selesai simpan simpan barang tu, sila lah pergi main air tanpa rasa ragu ragu ok..sebab barang korang selamat di situ..dah tak perlu risau tak de orang nak tengokkan barang lagi..boleh mandi dengan tenang..
Ni aper hal hitam sangat niiiiiiii..aiyoomaaaa..baru berendam dalam dalam 2 jam dah hitam lengut macam ni hahahahaha..masa ni dah tak larat dah ni..dah nak tido dah budak kembar tu..tu pun menjerit jerit tak nak balik hotel tapi ajak juga diaorang balik sebab memang dua dua dah mengantuk sangat masa ni..
Sebenarnya banyak lagi tempat dalam water park ni kiteorang tak sempat pergi sebab anak anak dah penat..kalau nak ikutkan..satu hari di water park..satu hari theme park baru puas ya..korang yang nak ke Legoland..plan betul betul..kalau nak betul betul enjoy, kena limitkan sehari 1 theme park..baru puas orang cakap..Jangan risau kalau nak makan, semua ada dalam water park tu..
Masa nak keluar water park tu, aku ternampak poster ni..bestttnyerrrr kalau duduk johorrrr..boleh apply terus Annual Pass sebab banyak sangat keuntungan dekat situ kan..confirm je weekend lepak Legoland kan...kenapa KL tak de Legoland..bila kira kira, murah betul bila ada Annual Pass tu hukhuk..korang yang duduk johor tu dah apply belum?
Meh kak fink kongsikan harga tiket untuk masuk ke Water Park ni..korang boleh beli secara combo dengan Theme Park juga atau hanya Water Park jer..tapi kak fink cadangkan beli combo sebab jimat dan berbaloi..Dah alang alang datang sini, masuk lah dua dua sekali..Kalau nak jimat lagi beli awal sekurang kurangnya 7 hari awal..boleh dapatkan potongan sebanyak 20% ..
Harga untuk Mykad lain dari harga untuk orang luar ya..Warganegara Malaysia kalau pergi sila bawa kad pengenalan korang untuk penjimatan tiket..Beza dalam RM40+ juga tau..lepas nak makan makan nanti..tu baru sorang jimat dalam RM40+..Bayangkan kalau 2 ke 3 orang..perghhh kan jimat tuuu..So make sure kad pengenalan ditunjukkan masa beli tiket nanti ya..
WebsiteWater Park: www.legoland.my
Instagram: www.instagram.com/legolandmalaysia
Facebook: www.facebook.com/legoland.my
Opening hours Water Park: 10.00 pagi - 6.00 petang [hotel guest 9.30 pagi]
Alamat Hotel Legoland:
Alamat Hotel Legoland:
No.1, Jalan Medini Utara 3, Bandar Medini Iskandar, Johor Malaysia
Telefon: 07-597 8888 [9 pagi - 7 malam]
KLIK Previous links:
next entry themeee parkkkkk! stay tune..