Followers

Program Imarah Ramadan 2016 bersama Alam Flora di Surau Ibrahimiah Kg Batu Muda

12:55:00 PM

Baru baru ni kak fink berpeluang untuk sama sama dengan bloggers lain memeriahkan Program Imarah Ramadan yang dianjurkan oleh Alam Flora Sdn Bhd..Kalau sebelum ni, kami seronok terlibat dengan Program Love Food Hate Waste, tapi kali ni sekali lagi kami rasa keseronokan di dalam  Program Imarah Ramadan yang diadakan di Surau Ibrahimiah Kg Batu Muda


Program Imarah Ramadan ni dimulakan seawal pagi dengan aktiviti gotong rotong beramai ramai di Surau Ibrahimiah Kg Batu Muda..Kak fink kagum dengan semangat dan kerjasama yang diberikan oleh setiap pekerja Alam Flora Sdn Bhd dalam menjadikan Surau Ibrahimiah ni bersih dan lebih sistematik mengikut amalan 5S yang terdiri daripada Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal..5S ni merupakan 'housekeeping system' atau sistem pengemasan bagi mewujudkan persekitaran yang berkualiti secara berterusan..

Ni kak fink kongsikan maksud setiap elemen 5S yang terdiri daripada:
  • Sisih: Mengasingkan barang barang yang tidak diperlukan dan membuangnya
  • Susun: Susun barang dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan
  • Sapu: Bersihkan persekitaran kita supaya tidak berhabuk dan mudah dikesan
  • Seragam: Memelihara tahap kebersihan dan penyusunan pada setiap masa
  • Sentiasa Amal: Sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan yang baik


Mesti ramai nak tahu kenapa Surau Ibrahimiah dipilih sebagai lokasi Program Imarah Ramadan 2016 kan..Surau ini dipilih kerana ianya merupakan surau yang selalu digunakan oleh pekerja pekerja Alam Flora dari pagi hingga malam untuk solat dan membersihkan diri..Yer la depot Alam Flora berdekatan jer dengan Surau Ibrahimiah ni..Kiranya ni cara untuk membalas kebaikan AJK Surau Ibrahimiah yang sering memudahkan pekerja pekerja Alam Flora..



Gotong royong ni merangkumi aktiviti membersihkan longkang, memesin rumput dan menjadikan kawasan lebih lapang dan bersih, mengecat petak kawasan meletak kereta dan motor, memasang karpet baru di dalam surau, menyediakan kerusi kerusi baru untuk kemudahan jemaah yang tidak berupaya untuk solat, menyediakan rak kasut daripada bahan kitar semula, melabelkan setiap barang yang ada di surau untuk kemudahan jemaah, menyusun Al-Quran dan rehal secara lebih tersusun dan kemas, menyediakan signage untuk kemudahan jemaah tuju ke kawasan yang betul dan mengamalkan amalan 5 S di surau ini..



Ni kak fink kongsikan video selepas aktiviti gotong royong dilaksankan..Bersih sebersihnya keadaan Surau Ibrahimiah sama ada di dalam ataupun di luar..Bukan hanya bersih jer tapi kemas dan tersusun berlabel..Memang sangat sistematik..Harapnya para jemaah yang solat di sini dapat mengekalkan kebersihan dan kekemasan surau ini untuk kegunaan bersama..Syabas Alam Flora!


Selepas aktiviti gotong royong selesai, pekerja pekerja Alam Flora bersama dengan Ahli Jawatan Kuasa Surau Ibrahimiah sibuk menyediakan bubur lambuk untuk agihan kepada penduduk setempat selepas waktu Asar..Yang menariknya, pengagihan bubur lambuk di Program Imarah Ramadan menggunakan bekas makanan yang berkualiti untuk penggunaan semula..


Kalau kebiasaannya, pengagihan bubur lambuk menggunakan plastik kan..Tapi Alam Flora tak menggunakan plastik..Yer la kita kena mengurangkan penggunaan bag plastik..Semua sedia maklum, plastik yang diisikan dengan sesuatu bahan yang panas macam bubur ni akan dapat mengundang bahaya kepada kita..Nak selamat, lebih baik kita gunakan bekas ni..Dalam masa yang sama, bekas tadi boleh digunakan semula di masa akan datang..Barulah kita menyokong kempen 3R kan..


Selesai je solat Asar secara berjemaah di Surau Ibrahimiah, aktiviti pengagihan bubur lambuk di teruskan..Sebanyak 1,000 bekas yang berisi bubur lambuk berjaya diedarkan hari tu..Seronok tau sebab ni pengalaman pertama kak fink terlibat sama tengok orang agih bubur lambuk di bulan Ramadan ni..Tengok senyuman orang orang yang datang mengambil tu kita dapat rasa puas dan kegembiraan yang mereka rasa..


Pengagihan bubur lambuk hari tu juga disertakan dengan Risalah SAS (Separation At Source).. Korang jaga jaga tau, lepas ni kalau buang sampah kena siap siap asingkan sampah yang boleh dikitar semula ataupun tidak..Jangan campurkan semua sekali..Kalau tidak nanti, SWCorp akan kenakan kompaun pada mereka yang tidak mengasingkan sampah..Pihak SWCorp akan periksa plastik yang korang buang tu..Kalau tak nak kena kompaun, siap siap asingkan ok..


Ketibaan CEO Alam Flora Sdn Bhd, YBhg Dato Haji Mohd Zain Haji Hassan untuk sama sama memeriahkan Program Imarah Ramadan 2016 di depan pintu masuk Surau Ibrahimiah..Segak berbaju melayu kan..Semua yang hadir boleh dikatakan semua segak berbaju melayu dan jubah petang tu..Yang perempuan boleh dikatakan semua berjubah..Macam berjanji pula..Meriah betul..Penuh surau!


YBhg Dato Haji Mohd Zain Haji Hassan juga turut serta dalam mengagihkan bubur lambuk kepada masayarakat setempat...Waktu ni memang ramai sangat orang..Yang mana baru balik dari kerja tu, ramai yang singgah di Surau Ibrahimiah untuk mengambil bubur lambuk yang disediakan oleh pekerja pekerja Alam Flora bersama sama dengan Ahli Jawatan Kuasa Surau Ibrahimiah..


Selesai je pengagihan bubur lambuk, aktiviti diteruskan dengan penyampaian sumbangan raya kepada anak anak yatim dan asnaf yang telah dijemput pada hari tersebut..Penerima paling muda pada hari tu berumur 3 tahun..Kalau korang ada hari tu, korang dapat tengok betapa ceria dan gembiranya muka anak anak ni menerima sumbangan yang diberi..Sumbangan disampaikan sendiri oleh CEO Alam Flora Sdn Bhd, YBhg Dato Haji Mohd Zain Haji Hassan..


Kerusi kerusi baru yang juga turut disumbangkan kepada Surau Ibrahimiah Kg Batu Muda untuk kemudahan jemaah jemaah yang menggunakannya ketika solat..Alhamdulillah banyak penaja yang ingin turut menyumbang tenaga dan barang barang yang ingin diwakafkan dalam menjayakan Program Imarah Ramadan 2016 bersama Alam Flora ni..


Selesai jer penyampaian sumbangan tersebut, aktivti diteruskan dengan tazkirah daripada Tuan Syamsul Amri Haji Ismail atau lebih dikenali dengan nama glamournya Syamsul Debat..Tajuk tazkirah yang dipilih pada hari tersebut adalah Kebersihan dan Pembaziran  Sempena Menyambut Aidilftri.. Kelakarrrrrr sangat Syamsul Debat ni..Tak sedar masa berlalu..Pengisian yang padat tapi bersahaja..Ni kak fink kongsikan video untuk korang tengok sekali ya.. 





Kalau korang ada terlalu kawasan Kg Batu Muda ni, boleh lah singgah untuk solat di Surau Ibrahimiah ni..Dalam masa yang sama, korang boleh lihat sendiri amalan 5S yang telah diterapkan di surau ni..Antara faedah 5S bila diamalkan di surau adalah:
  • Surau menjadi lebih bersih, kemas dan teratur
  • Meningkatkan imej surau
  • Meningkatkan kepuasan pengunjung
  • Meningkatkan semangan kerjasama dan perpaduan
  • Penggunaan ruang yang optimum
  • Memudahkan urusan penyelenggaraan
  • Kawalan aset atau inventori lebih berkesan
  • Mengurangkan kos penyelenggaraan
  • Persekitaran surau lebih selamat
  • Membangkitkan keceriaan suasana persekitaraan


Moga aktiviti seperti ini diteruskan pada masa akan datang untuk menambah nilai lagi kehidupan orang lain..Seronok sangat dapat bersama sama mereka dalam menjayakan Program Imarah Ramadan ni..Walaupun di bulan puasa, masing masing memang all out nak berikan yang terbaik untuk semua aktiviti sama ada gotong royong serta penyediaan dan pengagihan bubur lambuk.Memang nampak masing masing penat tapi semuanya dilaksanakan dengan sempurna dan berjalan lancar..Tahniah Alam Flora!


Untuk lebih lanjut korang boleh lihat update terkini di media sosial Alam Flora:
Instagram: @alamflorasdnbhd

tak pernah bosan untuk turut serta dengan aktiviti anjuran Alam Flora
harapnya kak fink dapat turut serta lagi di masa akan datang..terima kasih Alam Flora



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. kerlas cuci bilik air pakai spek hitam..hehehe..

    btw..program macam ni sangat bagus kalau kita sama-sama bawak anak join kan? suka tau program macam nie. Atleast dapat jugak cuci jiwa sekali sekala.

    ReplyDelete
  2. nak hikut jugak next time...

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!