Followers

TRANSFORMERS Combiner Wars (Superion) daripada Hasbro dapat mendidik anak bermain sambil berfikir

12:28:00 PM

Siapa sini peminat TRANSFORMERS? Rasanya ramaiiiiii peminat TRANSFORMERS kan? Kak fink pun antara salah sorang peminat TRANSFORMERS..Sebab tu bila nampak Optimus Prime dan Bumblebee live depan mata di 1 Utama hari tu rasa nak jerit jerit hahahaha..Excitednya tengok Optimus Prime dan Bumblebee yang handsome tu..



Anak anak kak fink pun antara peminat cilik yang suka kan cerita TRANSFORMERS..Daripada cerita, sampai lah ke baju, alat tulis dan permainan, kalau boleh semua nak yang ada gambar TRANSFORMERS..Masa awal cuti sekolah hari tu, kak fink sempat lah bawa anak anak ke 1 Utama untuk bagi diaorang enjoy aktiviti yang disediakan oleh pihak TRANSFORMERS..Siap bawa balik set TRANSFORMERS Combiner Wars (Superion)...Oh maiii besar sangat set ni!



Dalam set ni ada 6 figura yang anak anak boleh cantumkan dan menjadi satu Autobot yang besar dan gagah...6 figura tersebut terdiri daripada Silverbolt, QuickSlinger, Firefly, Skydive, Air Raid dan Autobot Powerglide..Suka lah budak budak ni dapat main 2 dalam 1..Sama ada nak jadikannya Autobot ataupun kapal terbang..Abg long orang paling teruja masa unboxing kotak TRANSFORMERS Combiner Wars (Superion) ni..


Mula mula abg long tunjukkan bila 6 figura tadi dalam bentuk kapal terbang..Banyak kan..Meriah betul dapat main macam ni..Kak fink suka bagi anak anak main permainan yang macam ni sebab ianya dapat menggalakkan anak anak berfikir untuk membina dan menjadikan sesuatu objek tu kepada objek yang lain..Bukan hanya sekadar main tapi menuntut mereka untuk berfikir..


Daripada kesemuanya menjadi kapal terbang..Abg long berjaya menukarkan ke enam enam figura tadi kepada bentuk Autobot..Tak mudah tau sebab korang kena cari dekat mana bahagian kepala, dekat mana bahagian tangan dan kaki untuk dikeluarkan..Semuanya perlukan kesabaran dan merangsang otak kita untuk berfikir..Abg long tu memang fokus betul baca manual yang disediakan..


Dan setelah setengah jam dia satukan kesemua enam figura tadi, akhirnya terbentuklah TRANSFORMERS Combiner Wars (Superion).. Perghhhh handsomeee sangattt ni! hahahahaha..Mama yang excited sebab besarrrrrr..Daripada 6 menjadi 1..Good job abg long..Thanks Hasbro Toy Malaysia kerana mengeluarkan satu permainan yang mampu mendidik anak belajar sambil bermain..Dah bertambah satu lagi koleksi abg long di rumah..Yayy!


Korang boleh dapatkan set TRANSFORMERS Combiner Wars (Superion) ni di Toys R Us yang berdekatan..Set ni berharga RM529.90..Sesiapa yang memang buat TRANSFORMERS collection, boleh lah dapatkannya ya..Bila semua dan bergabung, maka terhasil lah satu Autobot yang sangat gagah dan kacak..Nak uji kehebatan korang pasang ni pun boleh..Tengok berapa lama masa yang korang ambil untuk jadikannya dan tukarkannya dalam bentuk Autobot yang besar..Cuba lah..


Meh kak fink kongsikan video Unboxing TRANSFORMERS Combiner Wars (Superion) daripada abg long dan abg ngah..Tengok muka pun masing masing excited sangat kan..Tersenyum senyum tak sabar nak buka dan buat keenam enam figura tadi..Yang penting masa buat ni memang kena fokus dan berfikir..Sebagai ibu, kak fink sokong minat anak anak untuk bermain permainan yang berfikir macam ni..



tahniah abg long sebab siapkan TRANSFORMERS Combiner Wars (Superion) ni
antara aktiviti yang dapat dimanfaatkan pada cuti sekolah baru ni..main sambil belajar



You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!