Review Kitsui Generation 2 Collagen Merawat Kulit Bermasalah Seawal 7 Hari Penggunaan
4:23:00 PM
Pernah tak korang dengar tentang produk keluaran Kitsui? Kitsui ni merupakan produk penjagaan kesihatan dan kecantikan yang telah bermula dari tahun 1996 lagi. Kesemua produk Kitsui adalah dihasilkan daripada bahan bahan semula jadi. Memang tiada bahan pengawet, kimia, warna dan bahan perasa yang dilarang ya..
Dan produk produk Kitsui ni dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu kecantikan, kesihatan dan juga pengurusan berat badan. Tapi hari ni kak fink nak kongsikan dengan korang tentang produk kecantikan yang dikeluarkan oleh Kitsui dulu. Antaranya adalah:
- Kitsui Generation 2 Collagen
- Kitsui Puraria Buxz Up
- Kitsui Korean White
- Kitsui Stemcell Mixberries
- Kitsui Whitening BB Drink- Kitsui Pimple Away
Yang kak fink cuba ni Kitsui Generation 2 Collagen. Dah 3 series ni kan, mestilah badan perlukan kolagen bagi memastikan kulit akak kekal anjal dan awet muda selalu..Mesti korang nak tahu apa khasiat kalau korang amalkan Kitsui Generation 2 collagen ni kan? Antara khasiatnya adalah:
- Memperbaiki dan meningkatkan penghasilan sel kulit yang baru.
- Mengembalikan ketegangan pada otot kulit.
- Menganjalkan dan melembutkan kulit.
- Mengurangkan pigmentasi yang membawa kepada tompok gelap dan warna kulit kusam.
- Mengembalikan ketegangan pada otot kulit.
- Menganjalkan dan melembutkan kulit.
- Mengurangkan pigmentasi yang membawa kepada tompok gelap dan warna kulit kusam.
- Mengatasi masalah kulit tidak sekata.
- Melambatkan proses penuaan dan monopaus.
- Mengcantikkan kulit dan kuku.
- Mengatasi masalah strech mark.
- Menghilangkan parut jerawat.
Dalam masa 7 hari, insyaAllah korang dah boleh nampak kesan pada kulit sekiranya korang mengamalkannya dengan konsisten dan cara yang betul.. 1 kotak Kitsui Generation 2 Collagen ni ada 15 sachets. Tapi kak fink cadangkan korang beli 2 kotak untuk penggunaan sebulan secara konsisten. Nak lebih nampak kesan yang baik, korang boleh amalkan minum Kitsui Generation 2 Collagen ni sebanyak 1 sachet sehari..Dan kalau serasi dengan kulit, boleh maintain minum secara berselang selang dengan hanya mengambil 1 sachet untuk 2 hari ya..
Cara Penggunaan:
- Bancuh 1 sachet Kitsui Generation 2 Collagen dalam air 150ml
- Kacau hingga larut dalam air yang bersuhu biasa. Elakkan air yang panas
- Minum sebelum sarapan ataupun sebelum tidur
- Untuk permulaan, boleh diamalkan 1 sachet sehari
- Dan untuk mengekalkan dan mendapat kesan yang optimum boleh amalkan 1 sachet untuk 2 hari
Rasa dia macam masam masam manis berry sikit. Sedappp! Wangi pula tu serbuk tu. Korang memang tak kan ada masalah untuk minum. Aku pun suka jenis yang senang dan sedap untuk diminum jer. Kalau tak sedap, mesti kita pun rasa macam malas malas jer nak minum kan hahahaha..Ni nak raya ni, boleh lah amalkan sekarang. By the time nak raya dah flawless. Balik kampung orang tengok dah cerah sikit gituuuuu...Lehtops tak raya tahun ni? Lehtops laaaa..
Sekarang ni ada PROMO tau. Bila korang beli mana mana produk Kitsui, jangan lupa simpan barcode yang ada di kotak tu. Cukup 6 barcodes, korang dah boleh redeem 1 kotak Kitsui secara PERCUMA..Haaa kan dah jimat dekat situ..Kak fink yakin bila korang dah rasa satu sachet, korang akan teruskan minum Kitsui Generation 2 Collagen ni sebab memang sedap.
Lagipun kesan boleh nampak seawal 7 hari. Nak nak yang dah masuk 3 series macam ahkak ni. Kena cuba ok..Harga pun tak mahal wak. RM38.80 jer untuk 15 sachet tu. Tapi untuk yang ada allergic seafood ataupun collagen, kak fink tak galakkan sangat sebab yang ni ada collagen. Kalau nak cuba Kitsui Whitening BB Drink boleh sebab yang tu tak de collagen ya..
Lagipun kesan boleh nampak seawal 7 hari. Nak nak yang dah masuk 3 series macam ahkak ni. Kena cuba ok..Harga pun tak mahal wak. RM38.80 jer untuk 15 sachet tu. Tapi untuk yang ada allergic seafood ataupun collagen, kak fink tak galakkan sangat sebab yang ni ada collagen. Kalau nak cuba Kitsui Whitening BB Drink boleh sebab yang tu tak de collagen ya..
Website: www.kitsui.com.my
Facebook: www.facebook.com/KitsuiMy
Instagram: @kitsuimalaysia
Harga: RM38.80 sekotak
Boleh didapati di: Guardian, Watson & Lazada
Beli terus dengan HQ Kitsui secara online: FREE Postage
kita pun nak flawless wak..rindunya kulit yang licin macam zaman anak dara dulu
2 828 PinKy PinKo say Hi!
Murah jer harga produk ni diya..biasa lau produk2 camni byk yang harga ratus2 huhuhu...
ReplyDeleteKak,kalau ibu menyusu boleh tak minum ni?nak cantik gak macam akak.hrhr
ReplyDeletePlease have some respect and be courteous when you comment in my blog =)
Thanks peeps!