­
Pinky Momma

Followers

Butterfly Project Malaysia 4th Birthday Party!

10:35:00 AM

Kak fink rasa berbesar hati dapat menjadi salah seorang blogger yang dapat bersama sama dengan Butterfly Project Malaysia untuk sambutan ulang tahun yang ke empat di Hello Deer, Uptown Damansara baru baru ni..Bertemakan pastel semua bloggers tampil dengan gaya comel dan melehtop di majlis sambutan tu..Tengok muka pun tahu excited lain macam ni hahahahaha..


Party tanpa photo booth memang tak sah kan..Seriously photo booth background daripada G&G Studio Booth ni memang sesuai sangat dengan tema pastel hari tu..Pastel memang mampu buat semua orang nampak comel ke? Ahahahhahahaha..Sebenarnya aku bukan lah peminat pastel tapi pertama kali nak berpastel ni rasa not bad juga..Mungkin lepas ni kena banyakkan lagi baju yang berwarna pastel kan..


Sanggup tak makan dulu masa ni semata mata nak ambil gambar dekat photo booth. Kita tak boleh lah ada photo booth ni. Rasa nak selfie sajer..Props hari tu pula semua props yang comel comel..So sementara orang lain makan, sempat lah berposing posing depan camera..Kalau suruh posing bukan satu masalah yang besar untuk seorang blogger kan hikhik..

Welcome speech daripada emcee yang tidak asing lagi dikalangan Butterfly bloggers iaitu Leonardddddd.... Aku kalau jumpa Leonard ni mesti nak cakap, Hi Bebbbbbb ahahahahahahah.. Happy dapat jumpa Leonard hari tu sebab dah lama rasanya tak jumpa dia dekat event..Ada orang panggil dia Dee tapi i suka panggil dia bebbb jer..Koff!


Well, kalau Butterfly party mesti banyak kejutan. Sementara kami menanti kejutan yang diberikan kepada setiap seorang bloggers yang hadir hari tu, aktiviti biasa mestilah selfie, wefie dan gelak. Bila lagi nak ada "Me Time" macam ni kan..Bukan selalu dapat peluang nak jumpa diaorang ni. Semua mempunyai latar belakang niche blog yang berbeza..

Dan bila Mamasan, Tammy Lim umumkan kami akan dihadiahkan dengan satu surprise birthday bag yang diiisi dengan pelbagai barangan kecantikan..Siapa jer yang tak excited uols..Oh maiii banyakkknyaaa! Dah la berat pula tu..Serious ni banyak yang amat hadiah kami dapat..Selalunya kalau kita datang birthday orang, kita yang kena bagi hadiah..Ni terbalik, tetamu pula yang dapat hadiahhh ahahhahahahaha..



Lebih kurang 17 produk untuk semua Butterfly Bloggers yang hadir sempena ulang tahun ke 4 Butterfly Project Malaysia..Ada shower bath, ada skincare, ada lip matte, ada make up brush dan banyak lagi..Nanti kak fink kongsikan satu persatu dekat bawah ya. Thanks mamasan untuk semua ni..Thanks juga kepada semua AJK AJK penting dalam memastikan party ni berjaya dan happening..


Semua tengah busy unbox birthday bag masing masing..Jangan risau semua dapat benda yang sama ahahahahha..So tak perlu gaduh gaduh..Mamasan dah adil untuk semua..Boleh dikatakan semua barang yang kami dapat hari tu adalah antara barang barang yang memang ada wishlists kak fink..Lama dah kita teringin tau..Akhirnya dekat Butterfly Party kita dapat. Yayyyy!


Cantik tak birthday cake Butterfly? Sayangggggnya nak potong. Kek pun warna pastel juga huhu..Boleh dikatakan antara kek yang paling famous hari tu sebab semua orang nak ambil gambar dengan kek ni ahahahahahah..Dalam tu chocolate cake tapi luar dihias dengan bunga bunga cantik berwarna pastel..


Kalau nama pun party, mesti lah ada makan makan..Banyak sangat makanan yang sedap sedap terutamanya bahagian dessert..Dessert dia memang sedap sedap ok..Haih dah la tengah puasa buat entry ni kan..Masa ni tak makan terus, sibuk nak ambil gambar dulu ahahahaha..Lepas dah ambil gambar baru boleh makan dengan tenang gittuuuu..



First round huhuhu...Sedapnyaaa wakkkk.. Semua memang kena dengan selera kita.. Food sedap..Suprise bag pun dapat semua barang yang best best..Haih nak apa lagi..Butterfly party tak pernah mengecewakan rama rama yang datang haahhahahaha..Hebat Mamasan and Team boleh siap kan semua ni..Macam mana diaorang boleh manage angkat semua barang yang berat berat tu hukhuk..


Make up manis manis semata mata untuk Butterfly party. Kakak pun nak kelihatan cantik juga walaupun kakak dah 3 series hahahahaha..Yang lain semua masih 2 series. Hey tapi siapa peduli. Cantik tetap cantik uols..Beautiful Warga Emas Butterfly hahahahahahahah..


Happy birthday Butterfly Project Malaysia. Banyak benda aku belajar dengan Butterfly. Menjadi seorang blogger yang betul betul mempunyai minat dalam melakukan sesuatu bukan hanya pada ganjaran tapi kerana minat..Dikelilingi dengan mereka yang cantik cantik, eh kita pun rasa cantik juga tau..Saiz dan umur bukan penghalang..Di sini semua bangsa ada..Melayu, cina, india semua ada..Terima kasih Tammy kerana meletakkan kami dalam satu tempat tanpa memilih siapa pun kami..We are Butterfly Bloggers...

Ni lah birthday bag yang kak fink dapat hari tu..Logo pun logo baru..Lebih eksklusif dan nampak lebih matang kan..Lebih bold gitu wak. Nak tengok tak apa yang ada dalam tu..Meh kak fink kongsikan satu per satu dengan korang semua..


Clinelle PureSwiss Hydracalm Sleeping Mask [RM75.90]
  • Sleeping Mask ni korang boleh pakai pada waktu malam dan biarkan semalaman..Esok pagi bangun dah boleh bilas dengan air..Sangat melembabkan kulit..
Clinelle UV Defense SPF50 [RM48.70]
  • Sunblock dari Clinelle ni mempunyai serapan yang sangat baik. Yang penting tak berminyak dan melekit ketika disapukan ke muka..Rasa macam tak pakai dan memberikan keselesaan pada kulit..

Pax Moly Aloe Vera Soothing Gel [RM29.90]
  • Rasa sangat sejuk dan sesuai disapu ke seluruh badan..Terutamanya pada musim panas sekarang ni..Ianya memberi kan keselesaan pada kulit..Kena ada satu di rumah ok..
#PaxMolyMy


Orkid Cosmetics Liquid Lipsticks [RM39.00 satu]
  • Kami dapat 4! Love! Love! Warna warna nude yang baru sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai tona kulit yang gelap mahupun cerah..Yang penting tak mengeringkan bibir..Tahan lama dan ianya adalah kosmetik halal di pasaran.


Clinelle Hot Body Shapper Cream [RM89.90]
  • Wishlist Item! Mudah di bawa ke mana mana..Mempunyai butang Off dan On. Rekaannya yang mudah digunakan dan tak mengotorkan tangan sangat sangat praktikal untuk digunakan di mana mana..Tiada bau yang memeningkan seperti kebanyakan krim panas yang ada di pasaran..Wangii


1028 Big Eyes Magnifier mascara [RM59.90]
  • Yang mengalami masalah bulu mata pendek atau pun sikit boleh lah cuba mascara yang mampu memberikan mata lebih besar dan cantik..Mesti korang tak perlukan bulu mata palsu dah lepas ni..
Instagram: @1028_my


Dolly Wink Liquid Eyeliner WP Super Black [RM69.90]
  • Warna eyeliner yang cukup terang dan tahan lama memberikan kesan mata yang besar dan cantik dari biasa..Memberikan sapuan yang tidak comot dan kemas pada mata..
#DollyWinkMalaysia


Neesya Cleansing Gel [RM39.00]
  • Dalam satu kotak ni ada 2. Satu adalah cleanser yang korang boleh gunakan secara harian setiap hari. Manakala yang satu lagi adalah skrub yang korang boleh gunakan sekali atau 2 kali seminggu..Tiada paraben dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif..


Mamonde Floral Hydro Mist [RM49.00]
  • Wangiii. Memang bau bunga dan boleh digunakan untuk mekap tahan lama dan memberikan kesegaran pada kulit wajah..
Mamonde Long Lasting Liquid Eyeliner [RM39.00]
  • Eyeliner kegemaran kak fink sebab warna dia yang memang betul betul hitam. Sapuannya kemas dan tahan lama..Senang untuk digunakan walaupun ianya dalam bentuk liquid..
Instagram: @mamondemalaysia



Hadabisei Moisturizing Face Mask Extra Rich 5 Pcs [RM48.70]
  • Memang mampu melembabkan kulit korang yang kering. Seharian pakai mekap pastinya kulit akan cepat kering kan..Malam malam sebelum tidur tu boleh lah letakkan Hadabisei Mask untuk kesan lembapan yang optimum pada kulit..
#HadabiseiMy


W.Lab Pocket Shadow Pallete Blooming [RM90.00]
  • Favouriteeeee brand ever. Warna dari white pallete ni memang tak menghampakan. Banyak warna shimmering. Kilat kilat dan warnanya terdiri dari earth colors..Kak fink dah ada black pallete sebelum ni, tapi yang putih pun cantik cantik sangat.. Sukaaaa sangat!


Wanderlust Things Unicorn Face MakeUp Brush [RM89.00]
  • Huwaaaaa dah lama mengidam brush cantik ni! Thanks Wanderlust Things..Bulu berus sangat lembut dan pastinya mampu memberikan kesan sapuan yang sekata pada muka..Serius lembut sangat..Tak kasar langsung..Dah lah didatangi dengan warna pelangi pada setiap berus..Jatuh hati terus dengan berus berus ni..Yang kak fink dapat ni untuk muka, ada lagi satu untuk mata..


Photobook Malaysia The Simple Book 6x6 Hardcover 20 pages [RM79.00]
Photobook Malaysia 50 x 4R Prints [RM25.00]
  • Tak sabar nak print gambar gambar raya nanti..Thanks Photobook bagi kami percuma jer..Kalau korang nak ada special album yang ingin dicetak boleh terus klik website Photobook di bawah ni ya..Pasti puas hati..


So korang total sendiri lah berapa semua produk yang kami dapat sempena Butterfly Birthday Party tu..Nak nangis rasaaaa...Thanks sponsors. Thanks again Mamasan and Team sebab gembirakan kami dengan segala makanan yang sedap dan hadiah hadiah yang super banyakkkk ni..Tak tau nak cakap apa lagi sebab masa unbox tu i dah jerit jerit tengok barang yang selama ni dalam wishlist, tiba tiba dapat wuuuu...Terharu kita!


semoga Butterfly Project Malaysia terus berjaya dan terus terbang tinggi 
bangga dapat menjadi sebahagian daripada rama rama ni..Love!



You Might Also Like

8 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. HB Butterfly ..sama umur Dhia 4 thn :)

    ReplyDelete
  2. matching gtu color tudung ngan wallpaper..sweet color...mcm2 ada dlm birthday bag tu

    ReplyDelete
  3. waw banyaknyaaa adiah.. xbekelip mata daku

    ReplyDelete
  4. PErghh nikmatnyaa dapat barang-barang dari Butterfly ni... jeles ai is.. nak jugakkkk

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!