5 Sebab Mudahnya Membeli & Menjual LEGO di Carousell
4:28:00 PM
Korang tahu tentang Carousell? Untuk pada yang tak tahu tentang apa tu Carousell tu, haa ni kak fink nak kenal kan pada korang yang dengan Carousell, korang dapat membeli dengan harga yang mampu poket dan untuk penjual pula, dapat menjual barangan mereka di satu platform yang sangat mudah untuk kedua dua belah pihak..
Makna nya Carousell bukan hanya satu website yang kita hanya boleh membeli, tapi juga dapat untuk menjual barangan yang masih baru ataupun barangan terpakai..Asalkan barang tu masih elok untuk digunakan, apa salahnya kita jual pada harga yang murah murah kan..Tak semua orang mampu beli pada harga yang mahal betul tak? Selagi boleh jimat, kita jimat lah..
Ni Kak fink kongsikan 5 sebab kenapa mudah sangat membeli & menjual di Carousell:
1. Berinteraksi dengan Penjual
Sebelum korang buat pembelian dengan Carousell, pertama sekali korang kena lah daftar akaun macam biasa..Lepas tu dah boleh pilih nak beli barang apa..Kak fink rambang mata nak pilih mainan anak dekat Carousell ni..Nak nak pula hulubalang tu suka permainan blocks seperti LEGO..Haaa dekat Carousell ni murah murah jer..Dan yang penting, kita boleh ada berinteraksi dengan penjual tadi..Baru la seronok bila ada komunikasi 2 hala ni kan..Ada button Chat With Seller di situ..
Harga RM35.00
Dengan Carousell, korang boleh lihat sendiri pelbagai jenis pilihan kategori dan barangan yang ada untuk dibeli..Contohnya macam kak fink search LEGO..Perghh memang boleh rambang mata nak pilih..Untuk pengumpul LEGO, dekat Carousell pun korang boleh dapatkan LEGO kegemaran korang ya..Contohnya macam LEGO yang bertema seperti Star Wars ni ataupun jenis yang limited edition..
RM50.00
3. Harga Berpatutan
Barangan di Carousell ni tak semuanya barangan baru, ada juga barangan terpakai yang masih elok untuk korang dapatkan..Kadang kadang budak budak ni dia main sekejap jer betul tak? Membazir kalau beli mahal mahal..Asalkan barang tadi masih elok dan berfungsi dengan baik, dah boleh beli dah..Yang mana boleh kita jimat, mesti kita nak jimatkan..Berbelanja kena lah bijak zaman sekarang ni..
2 packs RM50.00 / Normal Price 1 pack RM39.90
4. Boleh pilih barang dihantar sama ada melalui "Meet Up ataupun "Delivery"
Di Carousell, ada button Meet Up ataupun Delivery..Dan di sana korang boleh pilih sama ada nak ambil sendiri barang tu ataupun nak buat penghantaran melalui pos jer..Biasanya penjual akan nyatakan tempat Meet Up tu di mana dan sekiranya ingin barangan tadi dipos, harga pengeposan akan dinyatakan siap siap di situ..
RM20.00
5. Urusan memudahkan pembeli mahupun penjual
Bagi penjual yang berminat untuk menjual barangan mereka di Carousell, mereka hanya perlu:
- Daftar akaun bersama Carousell
- Muatnaik gambar yang ingin dijual
- Letakkan penerangan yang jelas tentang barangan tersebut dari segi harga, saiz, tempat untuk "Meet Up" dan juga harga pengeposan
- Daftar akaun bersama Carousell
- Pilih barangan yang disukai
- Chat with seller
- Tekan button Buy Now
- Buat pembayaran kepada penjual
Jadi untuk ibu ibu yang pening tak tahu nak beli mainan apa untuk anak anak, dekat Carousell semua ada..Selain daripada LEGO, ada banyak lagiii mainan lain yang korang boleh pilih ya..Yang penting tak penat korang nak keluar beli beli kan..Semuanya dihujung jari..Dengan harga yang berpatutan, barangan yang diidamkan dah boleh dibeli untuk anak mahupun diri sendiri..
Website: https://my.carousell.com/
Facebook: www.facebook.com/carousell.my
2 828 PinKy PinKo say Hi!
Menarik gak ni, si kembar suka Lego. Boleh usha kat sini ja
ReplyDeleteTak peenah tahu pulak pasal carausell ni..tq akak
ReplyDeletePlease have some respect and be courteous when you comment in my blog =)
Thanks peeps!