­
Pinky Momma

Followers

Pengalaman Pandu Uji Kereta Toyota Sienta, Innova & Hilux

10:10:00 AM

Kak fink berpeluang membawa sendiri kereta Toyota Sienta, Innova dan juga yang paling besar untuk aku pandu hari tu di IOI City Mall Putrajaya adalah Hilux. Kalau sesiapa yang pergi ke sana pada 10 & 11 Jun dan 17 & 18 Jun 2017 yang lepas, korang berpeluang pilih mana mana kereta Toyota pilihan hati untuk dipandu uji..

Bukan hanya boleh pandu uji kereta Toyota tapi juga korang boleh menang hadiah yang ditawarkan oleh Toyota..Sempena raya ni, seperti yang kak fink maklumkan dalam entry yang sebelum ni, satu kempen Syoknya Shopping Raya Dengan Toyota telah diadakan selama 4 hari di IOI City Mall Putrajaya..


Toyota Sienta

Pada aku Toyota Sienta sangat sesuai untuk golongan wanita yang memandu sebab saiznya yang kecil sedikit kalau nak bandingkan dengan Toyota Innova dan juga Toyota Hilux kan..Namun masih mampu memberikan ruang duduk yang selesa dan bagi aku agak luas juga..Kalau untuk aku yang ada 4 orang anak ni, Sienta memang boleh jadi pilihan kereta yang ingin dibeli..


Click & Play Video

Nak parking pun senang ahahahahaha..Aku ada masalah kalau bawa kereta besar dan panjang bila nak masuk side parking..Kurang keyakinan sikit bila kereta tu panjang..Orang lain mungkin senang kan. Tapi biasalah untuk orang yang selalu nak cepat dan cemas ni mesti berpeluh peluh kalau tak lepas nak masuk side parking tu..


Toyota Innova

Haaaa Innova ni memang sesuai sangat kalau ada sebuah keluarga yang besar kan..Selesa..Macam macam boleh letak. Even kalau korang pergi membeli belah pun, korang boleh bawa Innova sebagai kereta yang angkut barang barang yang besar seperti kotak, rak kasut dan juga barang barang yang bersaiz sederhana besar..

Bagi kak fink, bila kereta tu tinggi sedikit, kita rasa puas sebab nampak lebih luas pemandangan di hadapan kan..Aku suka juga Innova ni sebab kalau balik kampung tu, tak risau soal space..Maklum ruang dia agak luas..Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi mengenai soal ciri ciri keselamatan kereta kereta Toyota ni, korang kena pergi dan rasai sendiri melalui khidmat pandu uji yang disediakan


Toyota Hilux

Ini paling nak bawaaaaa ok masa tu..Aku tengok Hilux mula mula tu rasa, eh boleh bawa ni? Sebab seperti semua orang tahu, Hilux kan besarrr yang amat..Aku ni rendah jer orangnya..Mampu ke? Sampai ke kaki hahahahaha..Tak yakin nak bawa tapi dalam masa yang sama rasa teruja..Bila lagi dapat peluang ni kan?

Ok lah jom kita cuba..Saat pertama kali masuk Hilux terus rasa wowwww tingginya hahahaha..Jakun juga lah..Tapi bila bawa kalau nak bandingkan 2 kerete Toyota sebelum ni yang dipandu uji, aku suka Hilux..Sebab rasa macam selamat bawa walaupun dia besar sangat..Tinggi dan gagah macam tu..Puas hati dengan Hilux ni..Seronok dapat peluang memandunya..


Untuk mereka yang nak cuba pandu uji mana mana kereta Toyota yang selama ni diidamkan boleh lah ke showroom dan pusat jualan Toyota yang berdekatan dengan tempat korang..Ataupun follow Facebook Toyota Malaysia untuk mengetahui di mana lokasi pandu uji seterusnya..Boleh tanya dengan lebih lanjut kemusykilan korang pada jurujual yang bertugas ya..

Instagram: @toyotamy

terima kasih Toyota beri peluang pada kak fink pandu uji kereta Toyota..
bukan satu tapi tiga terus hahahaa..terbaikk..



You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. syok la dpt test drive kete toyota tu

    ReplyDelete
  2. Perghh bestnya dapat merasai drive kereta kereta Toyota ni...

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!