­
Pinky Momma

Followers

Daftar NIVEA Care Run Tanda Sokongan Kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG)

11:00:00 AM

Seperti yang semua tahu, kulit di bawah lengan merupakan bahagian yang paling sensitif dan memerlukan penjagaan yang lebih teliti. Sekiranya korang mencabut bulu di bahagian tersebut ianya akan menyebabkan pembesaran pori pori pada bawah lengan dan sekiranya korang mencukur bulu di bahagian tersebut, ia akan mengakibatkan luka luka kecil di bahagian bawah lengan tu.

Disebabkan itu NIVEA memperkenalkan NIVEA Protect & Care yang didatangkan dengan deodaran yang diperkayakan dengan esen NIVEA creme. Deodoran NIVEA Protect & Care ini memberikan perlindungan yang berpanjangan selama 48 jam dan kesegaran sepanjang hari. Yang menariknya, deodoran ini dapat memberikan bawah lengan kita lebih lembut dan licin..


Sehubungan itu, Deodoran NIVEA Protect & akan menganjurkan NIVEA Care Run pada 29 Oktober 2017 bersamaan dengan hari Ahad. Larian ini bakal berlangsung di Presint 6 Putrajaya dengan jarak sejauh 5 Kilometer akan menyediakan pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan di bawah lengan

Pek hadiah eksklusif NIVEA Protect & Care yang terdapat dalam kit larian ini nanti akan membolehkan para peserta berkongsi cara cara penjagaan bawah lengan yang betul bersama dengan keluarga mahupun kawan kawan mereka. Dalam larian ini juga, para peserta berpeluang memenangi hadiah menarik dalam cabutan bertuah.


Untuk makluman semua, sebahagian daripada jumlah yuran penyertaan NIVEA Care Run ini juga akan didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) yang merupakan sebuah badan amal yang mengutip dan mengagihkan dana untuk rakyat Malaysia yang lebih memerlukan. Acara NIVEA Care Run ini juga akan turut disertai oleh selebriti terkenal seperti Siti Saleha, Nadia Heng dan juga Fiqrie.


Kak fink sendiri dah cuba deodoran daripada NIVEA Protect & Care yang roll-on dan juga spray tu. Memang segar sangat rasanya. Produk NIVEA ni memang kak fink guna dari zaman belajar belajar dulu lagi. Dan bila NIVEA mengeluarkan satu lagi rangkaian produk daripada NIVEA Protect & Care ni, mestilah rasa nak cuba kan. Bawah lengan rasa lembut jer..Korang pun kena cuba ok..


Untuk mereka yang berminat untuk menyertai NIVEA Care Run ini bersama sama, yuran penyertaan untuk seorang adalah RM65.00 dan peserta akan menerima kit larian dan juga barangan NIVEA bernilai lebih daripada RM100.00 Wowww best ni!

Untuk pendaftaran layari website: www.niveacarerun.com.my


Deodaran NIVEA Protect & Care Roll-On 50ml: RM11.30
Deodoran NIVEA Protect & Care Spray 150ml: RM17.50
 

jumpa korang penghujung Oktober nanti..kita pun join wak..tak sabarnya!



You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. alahai.. macam best ni.. tapi nak perginya macam takde partner je.. hehehe

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!