Followers

Winter Wonderland di Star Avenue Mall Menawarkan Vouchers RM500.00 Untuk Pengunjung

10:26:00 AM

Hari tu kan kak fink berkesempatan ke Star Avenue Mall untuk bawa anak anak berseronok di Winter Wonderland. First time ke sini tau, tapi best lah Star Avenue Mall ni. Tak serabut. Ada macam macam dalam ni. Nak shopping pun tenang jer. Parking pun banyak.


Tambahan lagi sempena Christmas hari tu, ada tawaran menarik untuk mereka yang membeli belah dengan hanya RM80.00 ke atas, maksimum 2 resit, anak korang boleh main secara percuma. Bukan 1 permainan, bukan 2 tapi 3 permainan boleh dimain secara percuma. Seronok tak tu? Mestilah seronok kan. Nak nak kalau benda tu percuma hihi


Tak kisah lah nak beli barang di mana mana kedai pun asalkan dalam Star Avenue Mall tu ya. Yang bestnya kan, bukan sorang jer boleh main tapi semua anak anak boleh hahaha. Meriah betul bila ada permainan yang anak anak boleh main. Di bahagian bawah satu dan bahagian atas ada 2. Kebetulan masa ni kami memang cari barangan keperluan sekolah kan. So memang lepas lah nilai RM80.00 tu


Dekat bahagian bawah, anak anak boleh main Marry Go Around ni ya. Suka betul kembar tu dapat main. Dengan abang long dan abang ngah pun dapat naik hahaha. Naik lah korang 4 beradik yer..Bukan selalu dapat main percuma macam ni kan. Tapi kan sebelum nak naik tu, korang kenalah daftar dulu dekat kaunter dengan menunjukkan resit sebagai bukti..



Borang tu nanti akan dimasukkan dalam kotak cabutan bertuah. Pemenang utama nanti akan memenangi hadiah vouchers daripada Giant bernilai RM500.00. Best kan. RM500.00 tu banyak boleh beli barangan untuk keluarga. So sambil sambil berbelanja di Star Avenue, korang juga boleh bagi anak main secara percuma dan berpeluang memenangi hadiah daripada cabutan bertuah.


Permainan kedua adalah menaiki keretapi ni. Sekali lagi kembar tu lah orang paling gembira sekali hahaha..Dapat lah merasa pusing 3 kali pusingan. Dan yang terakhir sekali boleh pusing wheel ni untuk menentukan korang dapat hadiah apa. Menarikkan. Berebut rebut anak kita nak pusing roda tu. Yang penting semua happy.




So korang tunggu apa lagi.. Jom berbelanja di Star Avenue dan bawa anak anak berseronok di Winter Wonderland. Jangan lupa isi borang di kaunter yang disediakan tau. Mana tahu korang yang menang cabutan bertuah tu kan. Seronok ok dapat vouchers Giant bernilai RM500.00. Banyak benda boleh beli..






You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!