HPPNK 2017: Hari Peladang, Penternak & Nelayan Kebangsaan Yang Mempunyai Pelbagai Pilihan di MAEPS
2:17:00 AM
Semalam kak fink berkesempatan ke Maeps Serdang sempena Hari Peladang, Penternak & Nelayan Kebangsaan 2017. Asyik tengok Twitter, orang kongsikan seronok sebab dapat food hunting dekat sini, eh kita pun nak pergi juga wak. Awal pagi dah sampai ke sini. Pagi adalah waktu paling sesuai untuk korang ke HPPDNK ni tau..Nak dapat parking pun senang dan tak panas sangat..
HPPDNK 2017 ni merupakan antara festival makanan dan pertanian terbesar di Malaysia yang mempunyai 600 buah gerai dalam kawasan seluas 80 000 meter persegi. Kami bermula dari Fruits & Flowers Kingdom. Dekat sini memang banyak sangat anak pokok yang korang boleh beli. Antara yang menarik perhatian kak fink adalah anak pokok durian dan pokok petai..
Di kawasan ni juga ada Petting Zoo untuk korang bawa anak anak rasa dekat dengan haiwan. Antaranya macam macam jenis ayam yang ada di sini tau..Korang pernah dengar ayam gelak? Haa kak fink pun pertama kali dengar. Nak tahu macam mana, kena lah datang ke Maeps dan dengarkannya sendiri..
Lepas tu, kami ke tempat yang paling tak sabar nak pergi sebenarnya ahahhahaha..Semestinya Kendurian ataupun nama penuh nya Kenduri Durian. Aku memang peminat durian. Boleh makan dalam kuantiti yang banyak durian tu ahahahaha..Tak sangka meja kiteorang semalam boleh katakan semua suka durian..Berebuttt makan HAHAHAHAHAHA..Alhamdulillah hilang mengidam kita wak..
Lepas makan durian mesti nak sejukkan tekak dengan minuman yang sedap kan. Haaa sempat lah merasa Mango Juicy Bucket dan Dragon Fruit Juicy Bucket..Fuhh dia punya ice cream dengan segala isi buah tu memang banyak ok..Padat juga lah perut nak habiskan sebekas tu. Memang kena kongsi sebab banyak sangat..Korang kena cuba!
Dekat sini korang tak perlu risau sebab ada perkhidmatan shuttle untuk para pengunjung yang berkunjung ke HPPDNK..Kiteorang pun merasalah dapat naik shuttle ni..Tak penat la berjalan kan..Tapi kalau korang suka berjalan, tak nak naik shuttle pun boleh..Macam aku, aku suka naik shuttle lagi..
Kami tuju Hall A dulu semalam. Ya Allah meriahnyaaaa..Ingatkan datang pagi tak ramai orang tapi rupanya pagi memang ramai juga..Ada banyak booth booth menarik untuk korang singgah tau..Pelbagai jenis makanan laut segar, udang laut, lemang sushi, kuro prawn, churros lekor dan juga ikan bakar garam..
Masa ni juga kiteorang dapat menyaksikan sendiri Cooking Demonstration daripada Chef untuk menyediakan Fish Churros dan Kuro Prawns..Sedap juga rasa dia. Nak sediakan pun tak susah sangat dan memakan masa yang lama. Yang ni memang senang jer nak masak. Korang boleh pergi ke Malaysia Seafood & Fishery Products..
Kuro Prawns
Fish Churros
Dalam Hall A ni jer dah banyak produk yang korang boleh beli dan tengok mana yang berkenan di hati. Lagipun tak panas nak berjalan dalam ni sebab ianya dalam dewan dan berhawa dingin. So memang sesuai lah kalau korang nak bawa keluarga ke sini. Dan yang paling penting jarak antara satu dewan ke satu dewan tu tak de lah jauh sangat..
Orkid pun ada dalam ni. Eh banyak sangat sebenarnya kalau nak kak fink senaraikan..Dalam Hall A ni juga akan dibahagikan mengikut negeri tau. Kalau kata korang teringin atau mengidam makanan yang menjadi kegemaran di mana mana negeri selama ni, haaa pergi je cari dekat sini ok..Nak dari Melaka ada, Sarawak ada dan Negeri Sembilan pun ada..
Cakap pasal Negeri Sembilan, kami sempat singgah ke tempat Abang Bob meniaga jus nanas. Wahh sedap sangat air nanas abang bob la..Hilang rasa haus tau..Hanya RM5.00 sahaja sebotol. Yang penting tak de perasa tambahan ataupun pengawet tau..Memang semulajadi..Terima kasih Abang Bob!
Lepas tu kami teruskan lagi perjalanan ke kawasan NAFAS atau lebih dikenali dengan Pertubuhan Peladang Kebangsaan. Banyak juga barang keluaran NAFAS ni. Dari sneak sampai lah ke biskut biskut, sos dan seda puntuk kak fink .
Kemudian kak fink teruskan lagi ke bahagian MARDI. Dekat sini banyak benda yang boleh kita pelajari. Korang pernah tak dengar bubbles yang selalu diletakkan dalam air minuman tu daripada madu kelulut? Kak fink pertama kali tahu tentang ni. Tak sangka sedap ripanya madu kelulut dalam bentuk bubbles ni..Rasa masam masam sikit..
Bubbles daripada madu kelulut
Bubbles daripada madu kelulut
Tahukah korang bahawa Agro Bazaar kini boleh dibuat pembelian melalui online? Haaa buka je website Agro Bazaar dan korang boleh buat pembelian hanya dengan cara atas talian. Mudah sangat ni. Semua di hujung jari kan sekarang? Banyak juga produk produk menarik yang kak fink tengok semalam..Klik www.agrobazaar.com.my
Buah buahan memang banyakkk sangat la dalam Hall A. Larat dengan tak je korang nak angkut nanti. Kak fink sempat lah bawa balik buah nanas dan rock melon. Fuhh berat juga semalam nak bawa hahahahaha tapi bila lagi kan. Rambang mata tengok buah buahan yang pelbagai bentuk dan rasa ni..
Kami sempat ke Jabatan Perkhidamatan Veterinar untuk melihat sendiri produk sarang burung walit. Sedap bila dah siap dimasak sarang burung ni. Banyak khasiat terumatanya untuk dijadikan pemakanan awet muda kita kan..Gambar bawah ni gambar sup burung walit yang dimasak oleh pekerja di sana..Rasa macam makan sizzling..Sedap!
Tengok tu seronok bloggers dengan hasil tangkapan semalam. Kemain masing masing muka gembira sangat walhal dah penat tu hahaha. Serius korang kena pergi HPPDNK 2017 ni. Nak food hunting ini lah tempatnya
Tempat yang paling nak sangat aku nak tuju semestinya di Empayar Makanan. Terdapat sebanyak 401 makanan ada di HPPDNKK tahun ni secara keseluruhannya. Kalau dekat dewan tadi dah banyak, korang ke sini lagi rambang mata. Food loversss ni tempat korang hahahaha
Antara yang aku cuba semalam Udang Sanggul. Pertama kali cuba, not bad juga. RM2.50 sebiji Udang Sanggul. Kalau beli 5 biji harganya cuma RM10.00 sahaja. Ni aku siap bungkuskan untuk anak anak semalam.
Haaa amacam wak? Tergoda tak tu? Mengidam tak tekak nak makan bila tengok gambar gambar ni? Bila lagi nak cuba. Kalau tak kita kena travel seluruh Malaysia kan. Ni tak payah dah. Semuanya dah dikumpulkan di bawah satu tempat.
Kalau kata korang datang dari luar KL, boleh lah menginap di Nafas Cube ni. Dari sini tak jauh dah nak ke dewan dewan yang berlangsungnya HPPDNK 2017. Ada banyak jenis bilik untuk dipilih mengikut bajet korang ok..
Kami bersarapan di Nafas Cube ni lah semalam. Dia punya makanan perghhh terbaik. Jujur aku cakap semua sedap! Patut banyak good review tentang Nafas Cube ni. Nanti nak cuba juga stay di sini. Ada bilik kabin untuk keluarga yang besar dan cube untuk mereka yang bujang atau datang berpasangan.
1 828 PinKy PinKo say Hi!
kita suka part durian tu. memang heaven wooo!
ReplyDeletegoo mader! seronok trip bersama mader tau. Mader sememangnya mader of kepelbagaian hehe :D
Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)
Thanks peeps!