Followers

Peranan MyIPO Dalam Melindungi Hak Cipta, Rekabentuk, Cap Dagangan & Paten di Malaysia

5:41:00 AM

Zaman sekarang ni ada sesetengah pihak yang suka buat kerja dengan cara yang senang. Suka tiru hasil kerja orang lain. Tak kira lah tiru dari segi hak paten, harta intelek dan sebagainya..Kita tak tahu betapa susahnya sesorang tu nak bina sesuatu jenama dan perniagaan sehingga dia capai kejayaan seperti sekarang kan?

Sekarang ni untuk mereka yang alami masalah seperti ini, mereka tak perlu risau lagi sekiranya masalah ditiru dan digunakan sewenang wenangnya oleh pihak yang tak bertanggungjawab kerana kita boleh melindungi hak cipta dan reka bentuk kita dengan MyIPO. Apa tu MYIPO? Haa sebut betul betul MyIPO, sebutan yang betul adalah MAIPO bukan MY-IPO ataupun MY-I-P-O..


MyIPO adalah sebuah organisasi di bawah KPDNKK yang bertanggungjawab dalam pembangunan dan pentadbiran sistem hak harta intelek di Malaysia. MyIPO menyediakan infrastruktur perundangan yang kukuh dan sistem pentadbiran yang cekap ke arah meningkatkan kreativiti dan eksploitasi harta intelek.


Antara objektif MyIPO adalah:
  • Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan.
  • Memperkukuhkan perundangan harta intelek.
  • Menggalakkan program kesedaran awam mengenai kepentingan harta intelek.
  • Menyediakan khidmat nasihat harta intelek.
  • Menyediakan maklumat harta intelek yang lengkap dan mesra pengguna

Berikut kak fink kongsikan dengan korang apa maksud sebenar paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, petunjuk geografi, hak cipta dan rekabentuk susun atur litar bersepadu. Ya lah nanti takut ada yang terkeliru dengan istilah istilah ni kan. Bila korang jelas, korang boleh lindungi hak korang daripada pihak yang tidak bertanggungjawab ni. Ok kita mulakan dengan:


1. Paten
Paten adalah satu hak eksklusif yang dianugerahkan untuk suatu rekacipta, sama ada ia adalah satu produk atau satu proses untuk melakukan sesuatu yang baru atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah. Rekacipta yang boleh dipatenkan adalah rekacipta itu masih belum dizahirkan kepada orang awam di mana-mana di dunia.

2. Cap Dagangan
Cap Dagangan adalah seperti perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi tersebut. Cap dagangan boleh membezakannya barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak lain. Cap Dagangan merupakan alat pemasaran yang membolehkan pengguna mengenali dan mengaitkan suatu keluaran dengan peniaga tertentu.
  • Hak Eksklusif
    Pemilik cap dagangan berdaftar mendapat hak ekslusif untuk menggunakan cap dagangan berkenaan dalam urusan/perjalanan perdagangan. Pemilik cap dagangan juga berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang mungkin menggunakannya tanpa kebenaran
  • Bukti sah undang-undang
    Sijil pendaftaran yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar menjadi bukti sebagai pemilik yang sah ke atas sesuatu cap dagangan. Bukti ini diterima di mahkamah dan juga pihak penguatkuasaan. Ia juga merupakan dokumen penting untuk membuktikan ‘kesahan’ hak milik cap dagangan dalam urusan pengeksportan barangan ke luar negeri.  
3. Rekabentuk
Reka bentuk perindustrian ialah ciri bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian, iaitu ciri yang ada pada barang siap, merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata. Pemilik reka bentuk perindustrian berdaftar mempunyai hak eksklusif untuk membuat, mengimport, menjual, menyewa atau menggunakan bagi tujuan perdagangan atau perniagaan.

4. Petunjuk Geografi
Petunjuk geografi adalah tanda yang digunakan ke atas sesuatu produk kerana produk tersebut mempunyai kualiti dan reputasi yang boleh dikaitkan dengan kawasan berkenaan. Hanya pengeluar yang menjalankan aktiviti di dalam kawasan geografi seperti yang dinyatakan di dalam sijil pendaftaran sahaja boleh menggunakan Petunjuk Geografi yang berdaftar di dalam urusan perniagaan. 

5. Hak Cipta
Hak cipta adalah hak eksklusif untuk mengawal kerja kerja kreatif yang dicipta oleh penulis, pemilik hak cipta dan pelaku untuk tempoh tertentu yang ditadbir di bawah Akta Hak Cipta 1987. Antara kerja yang layak untuk Hakcipta adalah seperti karya sastera, kerja-kerja muzik, kerja seni, filem, rakaman bunyi, siaran dan kerja derivatif

6. Rekabentuk Susun Atur Litar Bersepadu
Rekabentuk susun atur litar bersepadu adalah suatu susunan tiga dimensi unsur unsur sesuatu litar bersepadu yang mengandungi sebahagian atau semua unsur-unsur hubungan litar bersepadu atau keseluruhan susunan tiga dimensi disediakan untuk tujuan persediaan bagi proses perkilangan.


Untuk korang yang nak tahu secara lebih lanjut mengenai hak hak korang dan peranan MyIPO dalam membantu untuk melindungi hak hak korang seperti di atas, boleh la klik links dan website di bawah ni  ya:

Website: www.myipo.gov.my
Facebook: www.facebook.com/ipmalaysia
Instagram: @myipo 
Twitter: @myipo

semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua..



You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!